CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8450|Reply: 27

mari kita selawat keatas nabi

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:49 AM | Show all posts |Read mode



ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Sura
h Al-Ahzab: 56)

Selawat berasal daripada perkataan Arab, iaitu solat. Solat dari segi bahasa bererti doa, iaitu menyeru atau meminta. Apabila kita berdoa kepada ALLAH, bererti kita menyeru dan meminta kepada ALLAH. Itu juga yang dimaksudkan dengan selawat.

Apakah makna ALLAH berselawat ke atas Nabi? Selawat ALLAH ke atas Nabi bermakna pujian ALLAH serta ALLAH menyebut-nyebut nama Rasulullah di sisi malaikat di langit tujuh. Disebut-sebut nama Rasulullah SAW di sisi malaikat yang paling hampir kedudukannya dengan Arasy ALLAH.

Apabila berselawat, sebenarnya kita berdoa kepada ALLAH agar ALLAH memperbanyakkan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dan menyebut nama Baginda di sisi malaikat-Nya. Ia sebagaimana disebut disebut dalam ayat al-Quran di atas.

Lafaz yang diucapkan “Allahumma Salli ‘ala Muhammad (Ya ALLAH, selawatlah ke atas Muhammad)” atau “Sallallahu ‘ala Muhammad (ALLAH berselawat ke atas Muhammad)”, adalah ayat permohonan supaya ALLAH berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah mentafsirkan ayat, “ALLAH dan golongan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi” berkata, dalam ayat ini ALLAH mengkhabarkan kedudukan Nabi Muhammad SAW yang tinggi, ALLAH memuji-mujinya serta disebut-sebut namanya di sisi malaikat muqarrabin, lalu malaikat pun berselawat kepadanya.

Seterusnya ALLAH memerintahkan penduduk bumi agar mengucapkan selawat dan salam kepada Nabi dan menghimpunkannya bersama selawat penduduk langit agar selawat itu lengkap dan sempurna, dan dimuliakan Nabi Muhammad dengan semulia-mulianya.

Imam Al-Qurthubi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini berkata ia secara langsung menunjukkan ALLAH memuliakan Rasulullah semasa hidupnya (ayat ini turun ketika Rasulullah hidup) dan juga setelah kewafatannya.

ALLAH hanya memerintahkan hamba-Nya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, tidak ada perintah (kewajipan) selawat ke atas Nabi lain. Di situ jelas Nabi Muhammad SAW telah dikhaskan dengan satu doa, dan itu menunjukkan kedudukan Baginda SAW yang lebih tinggi berbanding golongan Nabi dan Rasul yang lain.

Antara faedah diambil daripada ayat ini adalah kemuliaan dan kedudukan Rasulullah SAWdi sisi ALLAH, dan perintah wajib mengamalkan satu ibadah khusus iaitu berselawat ke atas Nabi di samping ibadah lain yang disyariatkan.

Golongan ulama menjelaskan interaksi antara kita dengan Nabi Muhammad setelah kewafatan Baginda adalah sekadar kita berdoa kepada ALLAH untuk berselawat ke atas Baginda. Maka tidak dibolehkan sama sekali kita menyeru, meminta, atau berdoa kepada Nabi SAW.

Walaupun ayat ini menjelaskan kedudukan Baginda yang tinggi, tetapi tidaklah sampai kita melebihkan kedudukan Baginda daripada kedudukan yang sepatutnya, dan tidaklah sehingga kita menujukan doa dan seruan kepada Baginda. Dalam urusan meminta hajat, kita hanya meminta daripada ALLAH semata-mata.

Ayat ini secara langsung menjelaskan penyimpangan golongan yang berinteraksi dengan Rasulullah, antaranya dengan menyeru Baginda, dan menyedekahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Ini adalah amalan baru yang diada-adakan. Kita tidak diperintahkan untuk melakukannya, bahkan golongan sahabat yang paling tinggi cintanya kepada Nabi pun tidak pernah melakukannya.

Dalam ayat yang sama, ALLAH turut memerintahkan supaya mengucapkan salam kepada Nabi SAW. Ini menunjukkan ada dua ibadah wajib dalam interaksi dengan Nabi iaitu berselawat dan mengucapkan salam.

Apa yang dimaksudkan dengan salam? Salam bererti keselamatan. Bagaimanakah ALLAH memberi keselamatan ke atas Nabi? Semasa hidup Rasulullah, telah dipelihara dan diberi keselamatan.

ALLAH berfirman: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada mu daripada Tuhan mu. Jika tidak kamu lakukan maka kamu tidak menyampaikan risalahNya. ALLAH akan memelihara (menjaga) kamu daripada manusia.” (Surah al-Maidah: 67)

Ayat ini menunjukkan jaminan ALLAH kepada Rasulullah. ALLAH memerintahkan Baginda supaya menyampaikan apa yang telah diturunkan. Ini adalah amanah dan tanggungjawab Baginda.

Lalu ALLAH menjamin akan menjaga keselamatan Rasulullah daripada manusia. Ini adalah keselamatan ketika Baginda masih hidup.

Adapun selepas kewafatan Baginda, keselamatan dan jagaan ALLAH berterusan ke atas Baginda SAW. Pernah berlaku dalam sejarah di mana ada usaha dilakukan untuk mencuri jasad Baginda di kuburnya, namun usaha itu dapat digagalkan.

Sebab itu pada hari ini kita lihat di sekeliling kubur Baginda dipagari dengan dinding logam yang tebal, supaya tidak berulang kejadian seperti ini.

Lafaz selawat ke atas Nabi disebutkan dalam hadis di mana seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan duduk di depan Baginda dan berkata, “Wahai Rasulullah, adapun tentang memberi salam ke atas mu telah kami ketahui, lalu bagaimana cara berselawat ke atas mu?

Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah: Allaahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad, kama sallaita ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim, innaka Hamidun Majid. Wabaarik ‘ala Muhammad wa ‘ala Aali Muhammad kama baarakta ‘ala Ibrahim wa ‘ala Aali Ibrahim innaka Hamiidun Majiid.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam riwayat lain, lafaz "Wabaarik" diganti dengan "Allahumma baarik". Ini adalah lafaz selawat yang paling sempurna dan tidak ada yang lebih sempurna dari itu. Kalau kita inginkan pahala selawat yang paling sempurna, inilah yang perlu kita baca, iaitu seperti yang kita baca dalam tahiyat ketika solat.

Adapun lafaz salam, juga seperti yang kita baca dalam tasyahhud, “At-Tahiyatu lillahi wassalawatu watthayyibaat. Assalaamu ‘alaika ayyuha An-Nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh.” (Riwayat Bukhari & Muslim). Ini adalah lafaz yang diajar Rasulullah.

Bagaimanapun, Ibnu ‘Umar RA yang merupakan sahabat yang faqih, sesudah kewafatan Rasulullah, membaca, “Assalaamu‘alan-Nabiyyi warahmatullaahi wabarakaatuh”.
Syaikh Al-Albani RH dalam kitab Sifat Shalat Nabi menjelaskan bahawa inilah yang sepatutnya dibaca, kerana lafaz Assalaamu‘alaika (Salam ke atasmu) diucap jika Nabi bersama kita (masih hidup). Berbeza dengan Assalamu‘alan-Nabiy (Salam ke atas Nabi) diucap kerana kita tidak lagi berinteraksi secara langsung dengan Nabi setelah Baginda wafat.

Syaikh Albani menyatakan mustahil Ibnu Umar RA mencipta sesuatu yang baharu daripada dirinya, kerana Ibnu Umar terkenal sebagai orang yang sangat mengikuti dan berpegang teguh sunnah Nabi SAW.

Perbuatan Ibnu Umar membaca dengan lafaz ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana perintah daripada Nabi SAW atau apa yang dia pelajari daripada Baginda.

Selawat dan salam ini kita ucapkan kedua-duanya di dalam solat. Di samping itu kita disunnahkan untuk berselawat pada tempat yang disyariatkan seperti dalam solat jenazah, selepas azan, dalam doa, dalam majlis, apabila disebut nama Rasulullah SAW, juga pada Jumaat di mana kita disuruh memperbanyakkan selawat.

Dengan itu terjelas kepada kita, tidak ada istilah kirim salam kepada Nabi, dan ini termasuk bidaah yang mungkar, kerana tidak ada beza selawat dan salam dari tempat yang dekat atau jauh. Kita tidak disuruh pergi ke kubur Baginda untuk melakukan ibadah ini.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling utama adalah hari Jumaat, maka banyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu.

Sesungguhnya selawat kamu dihadapkan kepada ku.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami dihadapkan ke atasmu sedang engkau telah hancur menjadi tanah?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya ALLAH mengharamkan atas bumi jasad-jasad golongan Nabi.” (Sahih, Abu Daud)

Sabda Baginda lagi, “Janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan (pusat kunjungan). Selawatlah kepadaku, sesungguhnya selawat mu sampai kepada ku di mana pun kamu berada.” (Sahih, Abu Daud)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Marilah berselawat...Jangan ada yang kata bidaah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 08:42 AM | Show all posts
emelia1509 replied at 8-3-2015 02:31 AM
Marilah berselawat...Jangan ada yang kata bidaah pulak

selawatlah dengan cara yang Nabi S.A.W ajar, bukan dengan selawat2 tok2 guru cipta atau sendiri reka, itu yang bidaah...

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
obelisk replied at 8-3-2015 08:42 AM
selawatlah dengan cara yang Nabi S.A.W ajar, bukan dengan selawat2 tok2 guru cipta atau sendiri re ...

Masalahnye kat arab saudi pun nak selawat ke atas nabi yang biasa tu, bukan tokok tambah pun dikata bidaah...realiti pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:56 AM | Show all posts
Pelajar: “Ustaz, adakah salah jika kita menambah lafaz sayyidina dalam selawat ke atas Rasulullah?”

Ustaz: “Tak salah. Hanya golongan Wahhabi sahaja yang menyalahkan tambahan ini. Penggunaan lafaz Sayyidina semasa berselawat ke atas Rasulullah itu adalah suatu yang baik. Ia adalah tanda kita menghormati baginda. Orang yang enggan menerima tambahan lafaz Sayyidina inisebenarnya ialah orang yang tidak tahu beradab dan hormat kepada baginda.”

Pelajar: “Betulkah Nabi dan para sahabat tidak pernah melakukan amalan ini?”

Ustaz: “Memang benar Nabi dan para sahabat tidak pernah melakukannya. Namun tidak ada hadis yang mencela dan melarang tambahan itu. Oleh itu amalan ini memang patut diteruskan.”

Pelajar: “Oh. Kalau begitu, bolehlah kita menambah lafaz Sayyidina dalam laungan azan seumpama “Asy-hadu anna Sayyidina Muhammadar Rasulullah”?

Ustaz: “Ish, tidak boleh. Itu bid’ah.”

Pelajar: “Kenapa pula ia dikatakan bid’ah, Ustaz?

Ustaz: “Sebab Nabi dan para sahabatnya tidak pernah mengajar amalan seperti itu. Lebih baik dikekalkan sahaja tatacara azan yang telah dicontohkan oleh sunnah Nabi dan amalan para sahabatnya.”

Pelajar: “Tapi bukankah sebentar tadi Ustaz ada mengatakan bahawa tambahan Sayyidina adalah suatu yang baik sebagai tanda hormat kita kepada Nabi? Lagipun tidak ada hadis yang mencela dan melarang tambahan ini. Jadi, mengapa pula kita tidak dibolehkan menambah kalimah Sayyidina dalam laungan azan?” Bukankah tanpa tambahan Sayyidina itu akan menjadikan kita manusia yang biadap kepada Rasulullah?"

(Sang Ustaz terdiam seribu bahasa…..)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2015 01:10 PM | Show all posts
Ada selawat nabi yang diajarkan sendiri oleh Nabi SAW, ada selawat yang dikarang oleh ulama dan orang alim. Namun perkara yang perlu kita faham terlebih dahulu ialah apa itu selawat?

Selawat ialah doa atau ucapan memohon kepada Allah swt supaya merahmati Nabi SAW, oleh itu selawat ini mestilah ada pernyataan supaya Allah swt merahmati Nabi SAW. Jika ia dikarang oleh ulama contoh selawat syifa, selawat tafrijiah, selawat azimiah dan sebagainya ia mengandungi doa permohonan supaya nabi SAW dirahmati, itu semua dikira selawat. Tidak ada masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 04:31 PM | Show all posts
emelia1509 replied at 8-3-2015 07:46 PM
Masalahnye kat arab saudi pun nak selawat ke atas nabi yang biasa tu, bukan tokok tambah pun dikat ...

Salawat yang mana satu yang dikatakan bid'ah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2015 11:40 PM | Show all posts
ibnur replied at 16-3-2015 04:31 PM
Salawat yang mana satu yang dikatakan bid'ah tu?

kena read between the line lar akhi ibnur..
maksud dia program qasidah perdana tu kot selawat...

madad madad...keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 06:35 PM | Show all posts
aku pon pelik gak ...pasal banyak selawat yang mcm macam ..
setau aku , selawat ini lah yang di ajarkan baginda kepada sahabat nya ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 07:31 PM | Show all posts
Edited by ussopp at 20-3-2015 07:34 PM

ambil yang nabi ajar...sebab itu yang nabi ajar....

dan itu yg nabi ajar ketika sahabat bertanya....

apabila sahabat bertanya, itu yang nabi ajar.....


oleh kerana itu yang nabi ajar, kita ikut selawat yang nabi ajar.

lagipun apalagi alasan kita nak buat yg lain bila kita kata yang nabi ajar adalah the best....

bila masuk bab bidaah, sy akan terpikir...kita beribadat utk puaskan hati sendiri atau nak redha Allah....

kalau nak puaskan hati, kita beribadat ikut cara kita...

tapi, takkan beribadat pun nak puaskan hati....

walaupun kita kurang senang dengan sunnah secara perasaan, tetaplah ikut sunnah bulat2....moga2 Allah redha.......
bila kita mementingkan cara yang Allah suka, lebih dari yang kita suka....moga2 Allah sayang....


wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 10:23 AM | Show all posts
ussopp replied at 20-3-2015 07:31 PM
ambil yang nabi ajar...sebab itu yang nabi ajar....

dan itu yg nabi ajar ketika sahabat bertanya. ...

Umumnya saya amat setuju dengan ussopp...

The best, buat seperti apa yang diajar oleh Nabi...

Cuma saya nak tanya sesuatu yang boleh dibincangkan dengan baik, berdoa termasuk dalam ibadah ke tidak?

Dan sahih dari Al-Quran dan Sunnah, memang ada doa-doa yang masnun...

Adakah tak boleh berdoa selain dari yang masnun untuk keperluan diri, selagi tidak tergelincir dari landasan syarak?

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 05:44 PM | Show all posts
obelisk replied at 16-3-2015 10:56 AM
Pelajar: “Ustaz, adakah salah jika kita menambah lafaz sayyidina dalam selawat ke atas Rasulullah? ...
salam

ini qiyasan budak tadika ke ..? hehe
Pelajar: “Oh. Kalau begitu, bolehlah kita menambah lafaz Sayyidina dalam laungan azan seumpama “Asy-hadu anna Sayyidina Muhammadar Rasulullah”?
entiti syahadat dan selawat

الشهادة syahadat rasul
اَشْهَدُاَنَّ مُحَمَّدً رَّسُوْلُ اللهِ

صلوات selawat
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَّعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ


kedua entiti ini
amatlah berbeza ..
dari darajat dan martabat ..
tidak boleh d'jadikan rujukan perbandingan ..
untuk meletakan سَيِّدِنَا sayidina .. pd syahadat rasul ..

----

d'dalam rukun 13 .. secara urutan ..
صلوات selawat duduk d'dalam no. 11
dan juga tertaklok d'dalam rukun ﻗﻮﻟﻲ qauli ..

persoalan nya ..
apakah hukum solat nya ..
sah atau batal .. ?
jika seorang itu membaca سَيِّدِنَا sayidina d'dalam selawat itu waktu tasyahud ..?

wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:37 PM | Show all posts
mnm77 replied at 23-3-2015 10:23 AM
Umumnya saya amat setuju dengan ussopp...

The best, buat seperti apa yang diajar oleh Nabi...

berdoa kita boleh buat bidaah sebebas-bebasnya....hanya utk doa. yakni apa yg kita nak ucap...

customize sesuka hati....kerna doa adalah ibadat yg umum.....

dan selawat ini utk disamakan dgn keumuman berdoa sy tidak pasti....

jd sy ambil jalan selamat biarlah selawat ini terus jd khusus.....

kalau nak berdoa utk nabi, doalah...

kalau nak selawat pada nabi selawatlah ikut nabi.

wallahua'lam....

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 05:45 PM | Show all posts
ussopp replied at 25-3-2015 10:37 PM
berdoa kita boleh buat bidaah sebebas-bebasnya....hanya utk doa. yakni apa yg kita nak ucap...

...

Mana boleh buat bida'ah dalam berdoa....

Contoh bida'ah dalam doa menyanyi dengan irama lagu cintan..... tak boleh.... tak boleh....

Bagaimana takrifan bida'ah dalam doa? (anggap saya tanya secara santai...)

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 03:47 PM | Show all posts
Edited by Jerambut at 27-3-2015 03:53 PM
zamkumis replied at 16-3-2015 01:10 PM
Ada selawat nabi yang diajarkan sendiri oleh Nabi SAW, ada selawat yang dikarang oleh ulama dan oran ...

Yang saya faham kan, Zam....solawat tu ada lafaz khusus...saya tak berani nak cakap lafaz lain tu salah ke...
tapi tu la yg saya faham...
sebab sahabat pernah tanya....(Hadis penuh dlm Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272.) "Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?" lepas tu Rasulullah ajar apa nak sebut.

dan juga dalam Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/57, no. 1268.....(saya ringkaskan...)
Basyir bin Saad bertanya..."Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?"
(Kata Abi Mas’oud): Maka Rasulullah ﷺ diam sehingga kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Sa’ad) tidak bertanya kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda:....
(rujuk hadis utk lafaz selawat)

...maknanya kalau selawat tu satu perkataan yg bebas, asalkan, memohon rahmat utk Rasulullah...tentu sahabat dah sedia maklum dan tak tanya.
Boleh jadi saya salah....harap tunjuk ajar....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2015 08:27 PM | Show all posts
mnm77 replied at 26-3-2015 05:45 PM
Mana boleh buat bida'ah dalam berdoa....

Contoh bida'ah dalam doa menyanyi dengan irama lagu ci ...

maksud sy dari segi ayat yang ingin kita minta customize.....

lagipun nak minta kereta apa2 saja...terpulang...tak semesti minta doa yg nabi ajar sahaja...

wallahua'lam...

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 06:42 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 29-3-2015 06:43 PM
ussopp replied at 28-3-2015 08:27 PM
maksud sy dari segi ayat yang ingin kita minta customize.....

lagipun nak minta kereta apa2 saj ...

Alhamdulillah... saya setuju

Cuma saya nak tambah, tentu ussopp pun setuju. Doa tentang sesuatu untuk kebaikan... itu termasuk cara sunnah kan?

Kalau doa memburuk-burukkan makhluk Allah, walaupun guna bahasa Arab sekalipun, itu bukan Sunnah. Setuju tak?

terpulang...tak semesti minta doa yg nabi ajar sahaja...

Ya.... akan tetapi, DOA itu masih lagi landasan syarak. Kalau terkeluar landasan syarak, jadi bida'ah.

Contoh menyanyi lagu berirama rock ketika berdoa, ini terkeluar landasan syarak. Berdoa dengan meletakkan syarat kepada Allah untuk memohon keburukan untuk orang lain, atau minta bencana datang kepada orang lain, juga merupakan contoh doa yang terkeluar landasan syarak.

Walaupun DOA tu umum, boleh berdoa dalam bahasa sendiri, bukan semestinya sama dengan apa yang Nabi doa saja, akan tetapi ia mesti dilakukan atas landasan syarak.

Berdoa kepada Allah dengan rendah diri (tawaddu'), dengan diri beriringan perasaan takut dan harap (khufyah).

Jadi, walaupun DOA itu ibadah umum, ia mesti juga ikut landasan syarak. Setuju? Kalau tak setuju, saya nak dengar penjelasan ussopp.


Apa perbezaan antara istilah DOA, SELAWAT, SOLAT?
Kalau boleh beri makna dari segi bahasa, dan dari segi syarak...

Adakah semua di atas itu umum atau ada yang umum, ada yang khusus ?

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 11:26 PM | Show all posts
mnm77 replied at 29-3-2015 06:42 PM
Alhamdulillah... saya setuju

Cuma saya nak tambah, tentu ussopp pun setuju. Doa tentang sesuatu ...

tiada apa yg tidak sy setuju tentang penjelasan doa itu....

cuma sekarang....bezanya di mana kita nak letak selawat...

ibadat khusus yg ada kaifiyat tertentu...atau ibadat umum bebas.....

doa pada ayat yg ingin kita lafaz, agak umum dan bebas dan sudah tentu bebas selagi baik....


selawat pula, adakah ia ada kaifiyat khusus atau bebas dari segi ayat....sy tiada jawapan mutlak....

utk selamat, sy anggap ia perlu ikut yg nabi ajar semata2.....sedangkan berdoa utk nabi, contohnya ya Allah kau kurniakan nabi kami tempat terpuji....
ya Allah bahagiakanlah nabi kami,

ya Allah redailah nabi muhammad....


adakah itu termasuk selawat?

sy tidak pasti......adakah ia sama secara syarak atau tidak, mod mnm tolong saya...

jikalau sy ingin selamat tentu sy pakai seketul.....salawat ibrahimiah....

lagipun, jikalau ditanya mana yg terbaik, takkan sy nak kata selawat rekaan yg terbaik...?

lagipun jika dah thu yg lain semua kurang baik dari selawat ibrahimiah, buat apa nak buat selain itu...bukankah?








Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2015 12:02 AM | Show all posts
ussopp replied at 29-3-2015 11:26 PM
tiada apa yg tidak sy setuju tentang penjelasan doa itu....

cuma sekarang....bezanya di mana ki ...

Malam ni saya ada kerja nak selesaikan... ni kira berehat sat....sambil rehat tu layan forum, pastu sambung kerja balik

ibadat khusus yg ada kaifiyat tertentu...atau ibadat umum bebas.....

doa pada ayat yg ingin kita lafaz, agak umum dan bebas dan sudah tentu bebas selagi baik....


selawat pula, adakah ia ada kaifiyat khusus atau bebas dari segi ayat....sy tiada jawapan mutlak....

Soalan saya yang sebelum tu ussopp belum respon, tapi saya rasa ussopp pun dah dapat agak ke mana arah perbincangan ni, respons ussopp pun dah advance...

Ok lah. ussopp setuju kan solat tu ibadat khusus? Itu dari segi syarak. Kita tahu solat itu ada cara perlaksaan yang khusus, dengan syarat-syarat tertentu.

Solat dari segi bahasa, merupakan ad-du'aa (sumber Lisanul Arab), satu ibadah berbentuk doa yang dimulakan dengan puji-pujian. Dari solat juga, diterbitkan istilah solawat (selawat), sollu (ber-selawat), yang hampir maknanya sebagai 'penghormatan'. Jika solat dan selawat digunakan dari segi bahasa, ia membawa makna umum: doa dan penghormatan. Namun istilah solat sememangnya digunapakai dari segi syarak, maka tak timbul sebagai ibadah umum. Bila diambil dari istilah syarak, ia jadi khusus. Solat tidak diambil secara umum, sedangkan doa digunapakai untuk ibadah umum.

Maka, untuk solat, tiada cara yang umum. Kaedahnya khusus. Kalau terjemah dalam bahasa lain selain dari Arab, dan ucap dalam bahasa lain ketika bersolat, tak akan dikira. Solat itu batal.

Selawat pula, adakah ia khusus? Yang disebut dalam hadith sememangnya itu contoh yang khusus, dan itu yang terbaik. Saya tak nafikan.

Dalam hadith ada disebut, bila disebut nama Nabi, maka hendaklah kita berselawat ke atasnya. Jika sememangnya selawat itu khusus, sebutan terjemahan (contoh: Peace & Blessing be upon him) pun tak boleh. Betul tak?

Berkaitan ucapan salam, adakah ia ibadah khusus? Memang ada cara ucapan salam dalam Islam, iaitu cara malaikat beri salam kepada Nabi Adam, itulah cara yang terbaik. Ia disebut dalam bahasa Arab. Dan kita orang Melayu pun guna ucapan salam.

Akan tetapi, bila kita beri salam, SALAM SEJAHTERA KE ATAS KAMU, adakah dah jadi bida'ah? Kalau kita solat dalam bahasa Melayu, tentunya jadi bida'ah.

Sebelum kita masuk lebih detail... saya harap ussopp respon persoalan saya setakat ni dulu... nanti kalau ada masa Insya-Allah, kita sambung lagi...

WAllahu a'lam




Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.071698 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list