View: 1008|Reply: 2
|
[Dunia]
Ludah: PEMAIN MU, Jonny Evans dan Newcastle, Papiss Cisse dihukum
[Copy link]
|
|
Edited by ib-instaforex at 5-3-2015 11:54 AM
PEMAIN Manchester United, Jonny Evans dan pemain Newcastle, Papiss Cisse mungkin berdepan dengan hukuman selepas meludah antara satu sama lain dalam perlawanan di Stadium James Park awal pagi tadi.
Rakaman TV menunjukkan Evans meludah Cisse dan kemudian dibalas pemain itu semula pada minit ke 89 perlawanan.
Memetik laporan The Mirror, persatuan bola sepak akan menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan.
Sementera itu, pengendali United, Louis van Gaal mengaku tidak melihat insiden berkenaan.
"Saya tidak melihat insiden berkenaan kerana jarak yang agak jauh.
" Saya tidak dapat bayangkan, Jonny Evans, seorang yang sangat sopan, boleh melakukan hal yang sedemikian," katanya.
Manchester menang tipis 1-0 ke atas Newcastle. |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat tidak profesional. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu ludah ke padang jer...terlepas kot...da biasa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|