CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 0

[Jenayah] Dua penyamun larikan RM500,000

[Copy link]
Post time 5-3-2015 11:57 AM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN - Dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol melarikan wang tunai kira-kira RM500,000 dari sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah bank di Bayan Baru di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, suspek menunggang motosikal menghampiri tiga pengawal keselamatan yang baru sahaja keluar dari sebuah bank sambil membawa dua beg berisi wang tunai RM500,000 dan RM300,000 untuk dimasukkan ke dalam van.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan Kesah berkata, mereka kemudian mendekati tiga pengawal yang sedang membuka pintu van sebelum merampas kedua-dua beg itu.

“Suspek yang membonceng motosikal mengacukan pistol dan menendang kaki pengawal keselamatan yang sedang membawa beg berisi wang sehingga terjatuh dan merampasnya sebelum melarikan diri.

“Seorang daripada pengawal sempat melepaskan lebih empat das tembakan ke arah suspek dan satu tembakan terkena bahagian kaki suspek,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Mazlan berkata, tembakan itu juga terkena cermin sebuah kereta yang diparkir di hadapan bank berkenaan.

Menurutnya, rakannya yang melihat kejadian itu segera melarikan diri dengan menggunakan motosikal manakala suspek melarikan diri dengan menyeberangi jalan sejauh 130 meter ke arah kawasan perumahan berdekatan.

Beliau berkata, polis menemui semula beg berisi RM300,000 yang tidak sempat dilarikan berdekatan premis barangan lusuh tidak jauh dari tempat kejadian.

“Susulan kejadian itu, kita melancarkan Ops Tutup di sekitar kawasan berkenaan bagi mengesan dua lelaki dipercayai berusia 20-an,” katanya.

Sementara itu, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat berhampiran lokasi kejadian bagi mengenal pasti penjenayah terlibat.

Beliau berkata, suspek mungkin mengekori pergerakan van berkenaan yang baru memungut wang dari sebuah bank berhampiran sehingga ke lokasi kejadian.

Sehubungan itu, polis akan menyiasat syarikat kawalan keselamatan berkenaan bagi meneliti prosedur operasi standard diamalkan dalam tugasan pungutan wang.

“Kita akan merekodkan keterangan empat pengawal keselamatan terbabit dan beberapa pekerja bank yang bertugas ketika kejadian bagi membantu siasatan.

“Kita meminta kerjasama klinik dan hospital yang menerima pesakit cedera di kaki akibat ditembak supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.058684 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list