CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4696|Reply: 23

[Tempatan] [Update] Mayat lelaki rentung dipercayai anak Tan Sri

[Copy link]
Post time 5-3-2015 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 6-3-2015 12:50 AM

Mayat lelaki rentung dipercayai anak Tan Sri

Mayat seorang lelaki dipercayai anak kepada bekas penasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ditemui rentung dalam sebuah kereta jenis Myvi di Bukit Damansara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata, pegawainya dimaklumkan mengenai penemuan itu kira-kira jam 10.35 pagi oleh pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.

“Mayat itu ditemui, selepas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran dan keadaan mayat rentung sepenuhnya.
“Kami mengesan pemilik kenderaan berkenaan, berdasarkan nombor casis pada kenderaan itu, di mana ia milik seorang lelaki yang tinggal di Jalan Setiakasih.

“Apabila kami menemui pemilik kenderaan itu, kami dapati dia adalah bekas penasihat kepada Tun Mahathir yang bergelar Tan Sri,” katanya.
Menurut Muhammad Azlee, Tan Sri itu memberitahu polis, kereta berkenaan dipandu anak lelakinya berumur 40-an yang menghidap penyakit Alzheimer.
Polis masih lagi menyiasat punca kebakaran itu.

Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan masih menunggu keputusan bedah siasat.
“Pasukan forensik tidak menemui apa-apa tanda mencurigakan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan identitinya akan disahkan.
“Kami tidak menolak kemungkinan, kes ini adalah pembunuhan, namun ia hanya dapat disahkan, selepas laporan bedah siasat diterima dan berdasarkan penemuan bukti di lokasi kejadian, setakat ini, ia dikklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada The Rakyat Post.


+++++++++++++++++++++++++++


KEADAAN kereta yang terbakar di kawasan bukit. FOTO Mohd Rizal Abdullah -\


Kuala Lumpur: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran kereta di kawasan bukit, Lorong Setiabestari 2, Bukit Damansara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 10.20 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 40-an berada dalam keadaan terbaring di bahagian pemandu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berkaitan kejadian itu.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universti Malaya untuk bedah siasat.

"Polis masih menunggu maklumat mengenai kes berkenaan sama ada kematian mengejut ataupun terdapat unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34932#sthash.R8chLM25.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2015 03:11 PM | Show all posts
Kereta Myvi hangus terbakar, pemandu rentung

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta ditemui rentung selepas sebuah kereta Perodua Myvi hangus terbakar di satu kawasan lapang di atas bukit berhampiran tangki air di Bukit Damansara hari ini.

Kebakaran itu menyebabkan kenderaan itu terbakar 100 peratus dan sehingga berita ini ditulis identiti mangsa masih belum dikenal pasti.   

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Rodzlan Othman berkata, pusat gerakan operasi bomba menerima panggilan pukul 10.27 pagi daripada pengawal keselamatan di kawasan berkenaan dan ketika pihaknya tiba kereta berkenaan sudah 50 peratus terbakar.   

"Kita berjaya memadamkan api kira-kira pukul 11.03 minit dan selepas selesai kita kesan ada mayat di dalamnya, namun tidak dapat dikenal pasti jantinanya. Mayat berkenaan telah diambil pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.   

Mengulas lanjut Rodzlan percaya kebakaran berkenaan bukan disebabkan kemalangan tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.   

"Dalam kereta berkenaan kita turut menjumpai kerusi yang selalunya digunakan orang kurang upaya. Selain itu kita juga menjumpai dua pemetik api," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 03:13 PM | Show all posts
bunuh diri ke? teringat kat Butterworth dulu ada pasangan lelaki dan perempuan Malay and Chinese, masing2 husband and wife bunuh diri, badan semua hangus tapi I/C tak terbakar, I/C lama mmg berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena bunuh??...atau kereta bermasalah?...Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 06:51 PM | Show all posts
cemana keta tu berada di kawasan terpencil ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kena bunuh ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2015 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak Tan Sri katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:12 PM | Show all posts
dibunuh atau membunuh diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 05:23 AM | Show all posts
kreta rentung...mangsa ado penyakit.....????
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:11 AM | Show all posts
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Samada dibunuh atau Bunuh diri hanya Allah yg tau..takziah buat keluarga simati.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali imbas baca mcm anak dr m.. Teringat anak dia mokhzani....lepas tu terfikir yg dr m tu Tun...bila baca balik...ooo anak bekas penasihat....rapid reading method punya bahana
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 08:08 AM | Show all posts
bersangka baik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:07 PM | Show all posts
cana, ada update ke berita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:09 PM | Show all posts
anak sapa ye..Tan Sri MNY ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:12 PM | Show all posts
mudanya kena penyakit nyanyuk

keturunan kot ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 03:18 PM | Show all posts
kata arwah ada penyakit alheimer....dan maybe kebetulan kereta terbakar..tk yah nk speku yg bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:20 PM | Show all posts
banyak sangat nak kena fikir,nyanyok awal la kut
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:23 PM | Show all posts
innalillah.. tragis cara kematian. seram baca org mati terbako ni.. aku dok depan dapur panas2 bahang api kena muka pon rasa x sanggup
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 03:27 PM | Show all posts
anak sapa agaknya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.466617 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list