CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 3

[Tempatan] Terengganu perkenal pakej pelancongan Ramadan

[Copy link]
Post time 5-3-2015 07:54 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri Terengganu akan memperkenalkan pakej khas pelancongan Ramadan bagi menarik kedatangan pengunjung ke negeri ini.
   
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, secara dasarnya pakej pelancongan itu akan memberi penekanan khusus untuk penumpuan ibadah di sekitar Terengganu dan pada masa sama akan memperkenalkan makanan tradisi negeri ini kepada pelancong.
   
"Kita akan rangka pakej yang merangkumi majlis berbuka puasa, diikuti solat terawih, qiamullail dan bersahur dengan tokoh agamawan tertentu dan memberi pengisian yang padat dengan ilmu.
   
"Mungkin ini akan jadi daya tarikan untuk orang luar datang ke Terengganu, terutama untuk menghabiskan masa cuti hujung minggu secara santai tapi pada masa sama mereka mendapat ilmu hasil pelancongan itu," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil cawangan Kuala Terengganu di sini hari ini.
      
Ahmad Razif berkata, Terengganu mempunyai banyak sejarah perkembangan ilmu agama yang menyaksikan lahirnya ramai cendekiawan Islam dan ia adalah produk yang boleh dibangunkan untuk pakej pelancongan semasa Ramadan.
   
"Namun, pakej secara terperincinya nanti akan diumumkan sebulan sebelum Ramadan oleh pihak pelancongan dan buat masa ini, apa yang perlu diberi tumpuan ialah mengenai pengangkutan.
   
"Biasanya dalam bulan Ramadan, syarikat penerbangan akan mengurangkan jumlah penerbangan harian mereka ke Kuala Terengganu namun kita mahu ia dikekalkan, atau mungkin juga boleh ditambah bersempena pakej pelancongan ini nanti," katanya.
   
Pakej pelancongan Ramadan yang bakal diperkenalkan buat julung kali itu juga akan menjadi perintis kepada lebih banyak program pelancongan berkonsepkan ibadah selaras dengan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu, katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2015 08:00 PM | Show all posts
macm2 nak buat..jadi ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelom ajar org luar, ajar rkyat ganu dlu, ganu ni ok skit je dri kelantan klo dtg bndar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 05:25 AM | Show all posts
dah tak adok modal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067958 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list