CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3305|Reply: 1

HP Spectre x360 Diperkenalkan – Komputer Riba Premium Berputar

[Copy link]
Post time 6-3-2015 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Pada awal minggu ini, selain daripada sejumlah pengumuman berkaitan dengan telefon pintar, pihak HP turut telah hadir dengan sebuah komputer riba yang terbaru dan hadir dengan beberapa ciri-ciri premium, dinamakan sebagai HP Spectre x360. Komputer riba yang boleh diputarkan 360-darjah, lebih kurang seperti rekaan Lenovo Yoga turut telah diperlihatkan pada acara Mobile World Congress 2015, dan turut menjadi salah satu tarikan utama di reruai HP.
Komputer riba ini hadir dengan rekaan yang amat premium daripada HP, dan pada masa yang sama, ia menggunakan logo dengan nama penuh “Hewlett-Packard”. Menurut wakil HP, ia merupakan bersempena dengan ulang-tahun ke-75, dan mereka memilih untuk menggunakannya bagi memberikan pengalaman yang lebih premium berbanding dengan penggunaan logo biasa. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh, dan pengguna boleh memutarkan skrin pada komputer riba berkenaan mengikut penggunaan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan ia sebagai komputer riba biasa, atau menggunakannya dengan mendirikan ia untuk menikmati video, atau akhir sekali turut melipatkan skrin ke belakang untuk menggunakan ia sebagai tablet.



Ketika menggunakan ia sebagai tablet, boleh dikatakan agak besar, dan tidak begitu sesuai untuk digunakan dengan memegangnya, tetapi mungkin lebih kepada melipatnya dan meletakkan pada meja untuk mengggunakannya.
Komputer riba HP Spectre x360 ini juga turut dilengkapi dengan butang Windows pada bahagian tepi komputer riba untuk mengaktifkan atau mengunci skrin, selain butang kuasa yang turut diposisikan pada bahagian tepi. Pelbagai slot utama disertakan, termasuk HDMI, USB, dan juga sokongan untuk pembaca kad-SD. Dari segi spesifikasi, pihak HP melengkapkan ia dengan cip pemprosesan Intel Core dengan pilihan antara i5 atau i7. memori sehingga 8GB RAM, ruangan storan sehingga 256GB SSD, dan menggunakan skrin bersaiz 13.3-inci. Ia turut hadir dengan sokongan skrin sentuh untuk menggunakan dengan sokongan sentuh. Papan kekunci untuk HP Spectre x360 pula turut dilengkapi dengan sokongan lampu blacklit yang boleh dikawal menggunakan papan kekunci.
Pihak HP turut menekankan komputer riba ini mampu bertahan sehingga 12.5-jam lamanya untuk penggunaan biasa, sekaligus menawarkan masa penggunaan di pejabat sepanjang hari menggunakan komputer riba ini.
Buat masa ini, komputer riba dengan rekaan premium, nipis dan ringan ini hanya telah dijual di Amerika Syarikat sahaja pada harga bermula $899.99 (~RM3300) untuk versi Core i5, dan $1149.99 (~RM4200) untuk Core i7. Pihak HP mengatakan komputer riba ini akan dipasarkan di seluruh dunia secara berperingkat, dan bukannya terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.




                                                                                                                                           
                                                                                                                                                                                       
kredit:www.amanz.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 09:38 PM | Show all posts
mmmm... lawan asus transformer yg leh flip sudah tiba...

harap rege base model x tlalu mahal.. kalo x, wa angkat asus gak la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063118 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list