CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2802|Reply: 23

[Tempatan] 2014: Jumlah pembaca akhbar Utusan Malaysia berkurang sebanyak 246,000 orang

[Copy link]
Post time 29-3-2015 12:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 29-3-2015 12:30 PM

Kuala Lumpur: Biarpun berdepan tahun mencabar, akhbar mingguan Metro Ahad (MA) terus mencatatkan peningkatan jumlah pembaca kepada 4.15 juta orang pada tahun lalu iaitu pertambahan 302,000 pembaca berbanding 2013.

Harian Metro (HM) turut mencatatkan peningkatan jumlah pembaca kepada 3.82 juta orang iaitu pertambahan 148,000 orang bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

Berdasarkan laporan firma penyelidikan pengguna dan media, Nielsen Malaysia menunjukkan peningkatan ketara Metro Ahad dicatatkan dalam kalangan pembaca berumur 15 hingga 19 tahun diikuti 25 hingga 29 tahun masing-masing mencatatkan pertambahan 67,000 dan 98,000 pembaca.

Laporan itu turut menunjukkan pembaca dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke atas mewakili 40 peratus daripada jumlah keseluruhan pembaca akhbar berkenaan iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 2013.

Jumlah pembaca di sekitar Pulau Pinang dan Johor Bahru (Johor) mencatatkan peningkatan dan hampir satu per tiga daripada pembaca terdiri daripada individu kolar putih.

Kolar putih merujuk kepada pekerja dalam bidang pengurusan, profesional, perkeranian dan lain-lain yang lebih memerlukan daya berfikir dan bukannya kekuatan tenaga.

Laporan firma itu turut menunjukkan HM popular dalam kalangan pembaca lelaki iaitu mewakili 55 peratus daripada jumlah pembaca keseluruhan iaitu meningkat empat peratus berbanding 2013.

Sebanyak 42 peratus pembaca HM terdiri daripada individu berumur antara 25 hingga 39 tahun, manakala pembaca dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 mewakili 42 peratus pembaca.

Pembaca HM dalam kalangan individu kolar putih turut mencatatkan peningkatan serta mewakili 35 peratus pembaca iaitu 1.34 juta pembaca keseluruhannya.

Hasil laporan firma penyelidikan itu juga mendedahkan tiga per empat daripada pembaca HM adalah mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sementara itu, akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) iaitu Berita Harian mencatatkan jumlah pembaca 983,000 pada tahun lalu, manakala akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times mencatatkan jumlah pembaca sebanyak 189,000.

Akhbar Sinar Harian pula mencatatkan penurunan jumlah pembaca sebanyak 231,000 orang iaitu 915,000 pada 2013 dan menurun kepada 684,000 pada tahun lalu.

Jumlah pembaca akhbar Utusan Malaysia mencatatkan 744,000 orang pada 2013, namun angka itu merosot kepada 498,000 pada tahun lalu iaitu pengurangan sebanyak 246,000 orang, manakala akhbar Kosmo mencatatkan jumlah pembaca sebanyak 840,000 pada tempoh sama.

Firma penyelidikan itu turut menggambarkan 2014 sebagai tahun mencabar di negara ini, namun televisyen, radio dan surat khabar masih kekal relevan iaitu menjangkau lapan daripada 10 penduduk dalam tempoh purata selama seminggu.

Penggunaan mingguan Internet juga meningkat dengan ketara kepada 51 peratus iaitu meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding 2013 dan ia dipercayai didorong oleh peningkatan penggunaan telefon pintar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 12:35 PM | Show all posts
perbanyakkan lagi buat citer2 sensasi tu.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:39 PM | Show all posts
mattzzx replied at 29-3-2015 12:35 PM
perbanyakkan lagi buat citer2 sensasi tu.........

tull tu...sok buat tajuk...najib letak jawatan
2 juta naskah terjual

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:40 PM | Show all posts
zaman kos sara hidup semakin tinggi ni, apa yg le cut cost kita cut la.

kalo nak baca berita kat internet je, x yah beli paper.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:41 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 29-3-2015 12:39 PM
tull tu...sok buat tajuk...najib letak jawatan
2 juta naskah terjual

mesti diulang cetak sampai 3 kali.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo xdak ABP..rasa2 aku sama je tak laku metro tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2015 12:43 PM | Show all posts
kalau selalu keluar berita
Kerajaan akan kaji GST
SPRM akan dakwa penerima rasuah tahap jerung
PAC akan siasat Klia2

semua berita 'akan'
mana la akhbar nk laku
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 12:47 PM | Show all posts
ntahla... aku sendiri baca paper diaorg nie setahun sekali dua jer kot....

malas nak baca menyampah n nak termuntah rasanya.... uwekkkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:14 PM | Show all posts
Aku beli utusan time nak DIY cat dinding rumah jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:33 PM | Show all posts
selalu pinjam/mintak paper utusan ni dari jiran sebelah je (macai bn tegar).. buat lapik kucing makan,lapik kalau nak mengecat etc
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:47 PM | Show all posts
beli the star lg worth kot nk buat lapik kucing ke, cat dinding ke....the star lg tebal rasa nya.... so utusan mmg x layak utk dibuat apa2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Utusan ni sesuai dibuat pembungkus bagi sanitari pad yg sudah digunakan utk dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:29 PM | Show all posts
orng malas nak beli sebab berita berat sebelah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:38 PM | Show all posts
Kalau ada sisipan khas berkaitan anime Jepun, filem-filem mutakhir di pawagam dan drama serta telefilem bakal tayang di TV dalam Metro Ahad sekaligus baru kuasa beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2015 05:12 PM | Show all posts
The Star setiap hari jumlah mukasurat 120 mukasurat
Utusan berapa mukasurat?

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 06:28 PM | Show all posts
Metro bakal senasib BH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 08:44 PM | Show all posts
Hahah. Ada lagi ke yang sanggup baca Utusan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:36 PM | Show all posts
buat selet tahi kat bontot anjng sebelah rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:46 PM | Show all posts
ini tandanya ...felda pprt dan kampung berkurangan....banyak dah jadi taman perumahan suburban dan urban...
penduduk suburban dan urban ni malu lah nak baca utusan meloya...itu hobi kampungan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Soratkabar mca sibuk citer psl gst muka dpn lg... Yg soratkabar melayu dok citer politik tak sudah2... Bharian dgn utusan dh mcm sisipan harakah plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 2.698301 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list