CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15166|Reply: 166

[Tempatan] GST perlu untuk tampung kenaikan gaji perkhidmatan awam, pencen

  [Copy link]
Post time 29-3-2015 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan pusat perlu mempelbagaikan sumber kewangan termasuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembangunan di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sumber kewangan baharu juga penting bagi memenuhi keperluan termasuk untuk membayar gaji penjawat awam dan bayaran pencen kepada golongan pesara yang semakin bertambah.

"Sekarang ini sumber kewangan kita banyak bergantung kepada minyak dan gas, ini kita tidak boleh harap sampai bila-bila, sebab itu kita perlukan GST sebagai sumber baharu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum bertajuk Hala Tuju Pembangunan Negeri Kelantan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di Kota Baru, hari ini.

Mustapa berkata kewujudan golongan menentang usaha kerajaan mempelbagai sumber kewangan seperti GST, tidak dapat dielakkan namun golongan ini harus menggunakan saluran yang betul dan bukannya melakukan tindakan yang tidak menghormati pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerajaan membuat kajian berpuluh tahun, kalau kita tidak laksanakan GST macam mana kita nak penuhi tuntutan bayaran gaji yang kian bertambah, macam mana nak tambah pembangunan luar bandar dan pembayaran pencen yang bertambah," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memberi keyakinan kepada rakyat  wang hasil GST itu, bagi memenuhi kehendak mereka dan kerajaan akan memastikan tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan seperti yang didakwa golongan yang menentang pelaksanaan GST.

Mustapa yang juga pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan berharap kerajaan pusat akan mengagihkan peruntukan sebaik mungkin kepada negeri tertinggal ke belakang dari segi kemajuan pembangunan seperti Kelantan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita harap sumber kewangan diagihkan mengikut tahap pencapaian dari segi pertumbuhan ekonomi dan kadar kemiskinan. Kita sedia maklum Kelantan di bawah pembangkang (PAS) tetapi ini bukan bermakna kerajaan pusat menafikan hak rakyat," katanya.

Sementara itu di Bachok, Mustapa mahu kerajaan Kelantan memperluaskan kerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama dari segi pembangunan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata kerajaan negeri  memberi kerjasama baik kepada kerajaan pusat dalam menangani bencana banjir dan kerja pemulihan pasca banjir.

Kerjasama dalam sektor ekonomi adalah penting terutama untuk memenuhi peluang pekerjaan kepada rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak. – Bernama, 28 Mac, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:07 PM | Show all posts
Abis yang bukan penjawat awam macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:11 PM | Show all posts
mattzzx replied at 29-3-2015 01:07 PM
Abis yang bukan penjawat awam macamana?

masuklah bilik bos..mintak nek gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:14 PM | Show all posts
pehbedah replied at 29-3-2015 01:11 PM
masuklah bilik bos..mintak nek gaji..

kalau penoreh getah nak mintak dgn siapa?

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nape rasa alasan macam ntahapa2. marhaen jugak yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 29-3-2015 01:14 PM
kalau penoreh getah nak mintak dgn siapa?

Penoreh getah dpt eluan bantuan pekebun2 kecil dan brim..disamping tu dpt bantuan baja, sudu dan cawan pokok getah.

Lagi pun beras, gula tepong tak kena gst.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2015 01:24 PM | Show all posts
mattzzx replied at 29-3-2015 01:14 PM
kalau penoreh getah nak mintak dgn siapa?

toreh la pokok tu sampai lebam...( ko jng amik serius lee..aku gurau saja tu )org kampung mana terasa GST semer ni..aku pun baru nak hadam GST..dan aku juga adalah antara jutaan org yg terkesan lah juga..kang tanya banyak2 kuarlah bodoh la..bangganglah....untuk selamat hadap sajalah....nak tak nak GST tetap ON..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:24 PM | Show all posts
Edited by mattzzx at 29-3-2015 01:26 PM
Anak_Nogori replied at 29-3-2015 01:22 PM
Penoreh getah dpt eluan bantuan pekebun2 kecil dan brim..disamping tu dpt bantuan baja, sudu dan c ...
tambahan pula harga getah pun dah turun kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:29 PM | Show all posts
pehbedah replied at 29-3-2015 01:24 PM
toreh la pokok tu sampai lebam...( ko jng amik serius lee..aku gurau saja tu )org kampung mana ter ...

hehe...lebam nanti susu pun dah kering....

hidup kena di teruskan juga ya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:30 PM | Show all posts
o..last last juga utk penjawat2 awam (bukan semua, tp kebykan) yg ummah meleis malas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:42 PM | Show all posts
rakyat jugak yg ko blame. abis ko nak suruh org buat kerje free ke? bodoh bangang betul statement. kenapa x cakap nak bayar gaji menteri2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit pencen rakyat yg beratus juta disonglap 1MDB tu bila nak pulang balik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:48 PM | Show all posts
rasa cam tax2 sedia ada tu mencukupi dah.. kalo diurus dgn lbh berhemah.. masalahnya hampir semua brg keperluan naik rega, so yg x dpt kenaikan gaji, yg keja sendiri keje kampung bagai tu camne nk tampung hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat sume org kt dlm malaysia ni keje gomen
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:52 PM | Show all posts
mcm x kena je buat statement gini.....

so staff gomen xleh nk over sgt lah sbb kenyataan nya smpi ke rakyt bawahan kna tggung gst sbb nk byrj gaji pnjawat awam...... xleh nk kuar ayat igt pekeja swasta je byr cukai byk
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:56 PM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 29-3-2015 01:22 PM
Penoreh getah dpt eluan bantuan pekebun2 kecil dan brim..disamping tu dpt bantuan baja, sudu dan c ...

gula, tepung, beras tak kena GST.... mana hang tau.....

abih tu lori yang bawa gula, tepung, beras tu... tak kena GST ka.... semua kena la.... lain la hang buat gula ngan tepung sendiri.. pastu tanam padi tanpa pakai baja dan racun.....

tu pun tak tau ka.....????


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah perangai Meleis boros...suka buat loan...memang tak cukup la.

Yg kena bahana seluruh lapisan rakyat Malaysia akibat nafsu bangsa bodoh perasan kaya ::
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:59 PM | Show all posts
bit replied at 29-3-2015 01:47 PM
Duit pencen rakyat yg beratus juta disonglap 1MDB tu bila nak pulang balik?

cukup umur pencen anda dapat lah balik.... tak pun lepas mati... waris terus dapat.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu salahkan peniaga cina,lepastu salahkan bank,then salahkan rakyat tak berjimat,tak pernah pulak keluar dari mulut menteri ni untuk salahkan kerajaan sebab boros,beli jet peribadi sampai 7,bagi 1bilion kat 1mdb:
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 29-3-2015 01:24 PM
tambahan pula harga getah pun dah turun kan?

Penoreh getah pun lagi cerdik pasal gst ni dari yg dikatakan cerdik pandai tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.080315 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list