CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anak_minang

Adakah Bos Aku Terkena Guna-guna?

[Copy link]
 Author| Post time 1-4-2015 01:31 PM | Show all posts
pjade replied at 1-4-2015 09:16 AM
Boss ko ni tak pernah kena uji dgn pompuan camni.. mid life crisis le tu.. dh tersyiok kat minah tu  ...

Feeling? Aku pun binik orang beb. Hadeh...

Aku bukan setakat nak pindah dept., tapi penah rasa nak resign. Tapi dinasihatkan oleh senior supaya bersabar. Sebab bukan aku sorang yang kena, ramai yang kena dengan minah ni.

Tak lama lagi ada rombakan oleh MD. Sebab masalah ni dah sampai ke MD. Harap masalah ni selesai. Aku rindukan suasana keja macam dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2015 01:44 PM | Show all posts
suka2 replied at 31-3-2015 10:55 PM
kat ofis lama2 aku penah ada kes gini. pompuan ni tak boleh buat kerja la senang cite. apa pun tak b ...

Situasi ni hampir 70% sama dengan apa yang aku alami ni.

Memang sebelum masuk sini, dah beberapa orang nasihatkan supaya jangan ambik budak ni. Sebab dia buat masalah yang sama di opis lama; gaduh dengan orang, tak reti buat keja sampai tak tau nak pindah dept mana dan pikat bos. Sama je kesnya.

Mungkin jugak bos aku ni simpati atau dah tergigit lidah sendiri sebab dia yakin kononnya boleh groom budak ni. Sekejap je baiknya (lepas kena buang dari dept lama); lepas tu buat hal balik. Aku bengang sebab dept aku aman harmoni je selama bertahun ni. Bila pompuan ni masuk, habis berkecah dept aku.

Opis aku ni ada 7 pengarah dan 1 MD. 6 pengarah dah reject dia ni atas pelbagai masalah. Bos aku ni je dok pertahankan budak ni. Dan korang jangan tak percaya, 90% staf sini dah pulaukan dia dan pompuan ni memang tak malu terus berlagak sebab bos aku dok back-up dia. Orang hentam dia macam-macam pun tak kisah sebab dia tau bos aku jaga dia. Acaner?


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 03:28 PM | Show all posts
depa ada hubungan terlarang ke? dah tido sama ke? geram pulak aku.. tak pro la company melayu nihhh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 01:17 PM | Show all posts
stania83 replied at 2-4-2015 03:28 PM
depa ada hubungan terlarang ke? dah tido sama ke? geram pulak aku.. tak pro la company melayu nihhh. ...

Latest news yang aku dengar, bos aku sanggup bagi platinum card untuk bayar repair keta dia dan bukak satu akaun bank yang mana kad ATMnya, pompuan ni pegang. Kami kat opis ni memang tau sangat perangai bos aku ni... nak belanja nasik lemak or sirap setahun sekali pun cukup berkira.
Ni pun best friend pompuan ni yang citer. Pompuan ni bangga gila bercerita yang bos aku ni sanggup bagi benda-benda ni.


Paling tak best, dia dah cari rumah sewa dekat-dekat dengan rumah bos aku ni. Padahal, rumah kelamin dia dalam 15 minit je dari situ. Bila tanya, kata dalam proses cerai dengan laki dia. Padahal, kitaorang tengok, laki dia baik sangat dengan dia.

Aku kesian sangat dengan suami pompuan ni & binik bos ni. Dah terang-terangan sangat kecurangan depan mata.

Sedih bila kenang-kenangkan. Aku sendiri pun dah tak selesa nak bekerja dengan bos aku ni. Dah hilang respek dan rasa hormat kat dia. Rasa tak best sangat nak kerja. Tak macam dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 02:38 PM | Show all posts
anak_minang replied at 6-4-2015 01:17 PM
Latest news yang aku dengar, bos aku sanggup bagi platinum card untuk bayar repair keta dia dan bu ...

cerita ko ni sebijik mcm cerita kwn aku.....last2 nasib bini lelaki tu cpt tau dan bertindak.....betina tak malu kat opis kwn aku tu sanggup guna bomoh tuk dptkan laki tu.....padahal dua2 dah ada ank isteri..betina tu siap nk sewa umah dkt ngan opis tujuan utama nak berdua2.....alasn betina tu nakkan laki tu konon tak bahagia ngan suami dia..padahal semua org tau laki dia baik sgt....tp kejadah sampai syok kat laki org dan sanggup bergelumang dgn dosa....setelah isteri lelaki tu tau....dia telah confront betina tak malu tu dan dia bwk suami dia berubat....lepas berubat lelaki tu baru mcm tersedar dan berakhirlah sebuah hubungan terlarang.....lelaki tu pun dah berhenti keje cari keje lain dan bahagia bersama isteri dan anak2nya....ko patut citer kat isteri bos ko tu.....sblm terlambat...sebelum runtuhnya sebuah masjid.....penangan ilmu guna2 aka hitam ni mmg boleh pecah belah sebuah umahtangga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:13 PM | Show all posts
kejoraria replied at 6-4-2015 02:38 PM
cerita ko ni sebijik mcm cerita kwn aku.....last2 nasib bini lelaki tu cpt tau dan bertindak.....b ...

Sekarang ni, kami dan pihak pengurusan dan berpakat secara senyap-senyap untuk membantu bos aku ni. Kami sedang kumpul bukti untuk 'cut-off' budak pompuan ni sebab budak ni memang bahaya. Modus operandi dia sama je macam kat opis lama dia dulu.

Rasanya, memang dia saja nak gunakan bos aku ni. Gila laaa...

Memang kami dalam misi untuk bagitau isteri dan suami masing-masing. Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 07:51 PM | Show all posts
mujur la dah sampai peringkat MD kes ni... . kang x pasal2 bos pun kena buang.hopefully dpt penyelesaian terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kejoraria replied at 6-4-2015 02:38 PM
cerita ko ni sebijik mcm cerita kwn aku.....last2 nasib bini lelaki tu cpt tau dan bertindak.....b ...


betul tu kejoraria, kita juga ada nyatakan seawal post #2, kerjasama pasangan bos juga penting dalam proses rawatan..

bayangkan kalau tiba-tiba anda yang ingin membantu bos disalah sangka oleh ahli keluarga bos anda, malah dituduh menjadi dalang pula mengadu domba pula di hujung cerita..

seeloknya dapatkan kerjasama isteri bos kerana salah satu usaha merawat yang kuat dan konsisten perlu datang dari isterinya sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2015 12:10 PM | Show all posts
kejoraria replied at 6-4-2015 01:38 PM
cerita ko ni sebijik mcm cerita kwn aku.....last2 nasib bini lelaki tu cpt tau dan bertindak.....b ...

entah2 kawan u dgn bos tt ni kene dgn org yg sama kot. modus operandi nya sama je
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 01:18 PM | Show all posts
tt record la apa2 yg betina tu cakap.. especially time kerja, kalau dia tak buat tapi dpn bos dia tak ngaku, tunjuk je video terus. korang pakat la ramai2. kalau dah ada bukti, bos dgn md pun takleh kata apa.. terang2 salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2015 02:20 PM | Show all posts
lindarafee replied at 7-4-2015 12:10 PM
entah2 kawan u dgn bos tt ni kene dgn org yg sama kot. modus operandi nya sama je

Agaknya la kut... macam sama je kan???

Eiii... takut la...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 04:26 PM | Show all posts
anak_minang replied at 6-4-2015 03:13 PM
Sekarang ni, kami dan pihak pengurusan dan berpakat secara senyap-senyap untuk membantu bos aku ni ...

alamak best nya kisah ini!!!

Ada update tak TT? berminat sangat nak tau pengakhiran.

Well dekat ofis iols ni ade jugak staff lama (yang dah berhenti) yang perangai jampi2 orang suruh suka kat dia. kalau sheols buat silap, walaupun kita meluap2 nak marah dia, nampak je muka sheols terus sejukkkk gituu. pastu suka offer makanan pada orang dan atas meja siap ada satu balang cekelat. maknanya habis satu ofis la termakan jampi serapah sheols.


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 12:06 PM | Show all posts
Segera bertindak...kesian yg menjadi mangsa2 keadaan. Bawak la berubat kat darul syifa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 04:58 PM | Show all posts
anak_minang replied at 6-4-2015 03:13 PM
Sekarang ni, kami dan pihak pengurusan dan berpakat secara senyap-senyap untuk membantu bos aku ni ...

TT,

nnt tlg update apa kesudahan/progress cerita ni. Berminat gak aku nak tau dari segi penyelesaian professionalnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 12:57 PM | Show all posts
Edited by anak_minang at 10-4-2015 01:00 PM
bonquiqui replied at 8-4-2015 04:26 PM
alamak best nya kisah ini!!!

Ada update tak TT? berminat sangat nak tau pengakhiran.

Kami pun tengah tunggu ni... Geram jugak dengan pihak pengurusan ni. Nak tunggu bala tiba baru nak bertindak ke apa? Almaklum, bos aku yang terkantoi ni, ada saham dalam syarikat.

Oh, ya! Untuk pengetahuan korang, company ni adalah company jemaah 100% melayu muslim yang berkonsepkan syariah. So, pagi tadi, kami buat solat hajat berjemaah di opis selepas baca yaasin. Hajat untuk semua benda la...

** walaupun sebenarnya aku dibagitau, solat hajat ni mohon Allah bantu syarikat kami yang sedang dilanda musibah ni. Mohon dipermudahkan segala keputusan. Tapi tu la, makhluk bertopeng tu tak datang hari ni. Takut kena sambar petir ke hapa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2015 12:57 PM | Show all posts
thoyol replied at 9-4-2015 04:58 PM
TT,

nnt tlg update apa kesudahan/progress cerita ni. Berminat gak aku nak tau dari segi penyele ...

Aku pun tak sabar nak tunggu ending ni. Best buat drama ni... walaupun kepala sakit pikir drama maksiat dan skandal depan mata. Heeeee.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 12:42 AM | Show all posts
Teringat zaman aku keje jadik head of department kat satu kilang ni kat Bentong. Anak buah aku sorang ni pompuan India. Mula2 aku masuk dah pelik tengok aci ni (dia lagi tua dr aku) sebab dia baik giler ngan manager aku (pun India jugak) n selalu stay back kat opis manager tu sampai malam tolong2 susun fail padahal keje dia kat makmal tak buat (dia lab asst aku). Pastu dia selalu bagi aku makanan which aku tak pernah makan sebab budak2 lain pesan jangan makan apa yang aci ni bagi. RUpanya aci ni kaki mandrem suka pi bomoh org asli kat Pahang. Manager aku tu jd mcm bos TT jugak la. Bongok je mengikut kata aci ni. Kadang tu dia boleh syok berdeting gelak2 dlm opis manager tu sedangkan husband dia dok la tunggu lama kat luar kilang tu nk jemput dia balik.

Bab mandrem tu aku malas nak campor sampai la dia start monteng2 keje and sesuka hati tukar shift. Bila aku sound tu dia punya la marah. Esok pagi2 aku nk masuk opis aku budak2 aku bagitau tadi aci ada datang calit minyak kat tombol pintu. Nasib baik ada yang nampak n report aku. Kalo tak dengan aku pun jd bodo agaknya. Pastu ada sekali maintenance buat wiring kat makmal. Jumpa tulang bungkus kain kuning kat siling. Rasanya keje dia la jugak kot.

Prestasi keje dia mmg out la sbb dia selalu tipu analisis lab. Budak2 production pun bising sbb banyak reject. Dlm lab report cakap material takde masalah. Skali tu bila aku sendiri buat test, kantoi la dia sbnrnya tak buat pun analysis. So aku pun bising la dgn aci ni kaw2. Masa tu aku takde la pikir apa sbb dia anak buah aku kan. Dh jd responsibility la utk tegur dia kalo dia buat salah.

Nak tau apa jadi? Dalam seminggu tu manager panggil aku. Dia cakap aku tak perform n sebab tu dia tak boleh confirmkan aku. Aku tak diberi peluang langsung untuk defend diri aku. N aku diberhentikan dengan notis 24 jam.
Budak2 aku back up aku tapi nak buat cemana, si aci tu lagi power. Nak tak nak kena la aku benti. Macam sialan kan?  Begitulah kisah aku berhadapan dengan staff kaki mandrem.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 07:51 AM | Show all posts
setankuning replied at 13-4-2015 12:42 AM
Teringat zaman aku keje jadik head of department kat satu kilang ni kat Bentong. Anak buah aku soran ...

kes ko ni sama dengan kes kat tempat kerja aku dulu. Aku pun kerja makmal swasta (dah berenti dah). Bos aku cina dan selalu ikut telunjuk seorang ahso ni (dah isteri orang). Aku datang awal kat makmal dan aku nampak dia sembur2 dan renjis2 dalam bilik bos aku dengan air dari botol kecik. Pastu dia sangkut sejenis daun..entah daun apa.
Aku saja tegur dia..terkejut dia time tu. Dengan muka agak dikontrolkan, dia cakap itu untuk dapat  "ong' makmal tu. Biar banyak dapat klien. Aku sengih je. Aku dah tahu apa dia buat sebenarnya.

Satu lagi, kalau nak naik pangkat ke, naik gaji ke..buat baik atau kipas ahso ni, for sure akan dapat punya. Sebab ahso ni akan beritahu bos. Kalau buat hal dengan Ahso ni, alamat tak dapatlah kenaikan gaji. Aku kerja situ sampailah aku berhenti sebab tak fair n square. Aku tak reti kipas tapi aku baik ngan ahso ni as a friend sepejabat saja dan dia pun tak pernah cari gaduh ngan aku. So, dari segi gaji aku tak ada masalah. Yang menjadi masalah, semua kerja aku kena buat dan ada pekerja makmal lain yang goyang kaki je..tapi  gaji sama amount dengann aku tiap tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 08:41 AM | Show all posts
anak_minang replied at 10-4-2015 12:57 PM
Kami pun tengah tunggu ni... Geram jugak dengan pihak pengurusan ni. Nak tunggu bala tiba baru nak ...

kalau pergi harus la dia mendoakan kemusnahan diri sendiri...

adakah sheols jenis yg pakai tudung tapi bab solat buat tak tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 03:17 PM | Show all posts
apa yg ai baca kt sini, bukan sahaja org melayu yg suka mandrem... bangsa lain pun ada jugakk...

utk TT, ai rasa cam kesian dgn u guys berhadapan dpn pompuan camtu... tapi ai percaya apa yg dia buat nnt akan balik kt dia juga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063670 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list