CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3757|Reply: 39

[Tempatan] Fuqaha sepakat hukum harus rawatan pulih dara

[Copy link]
Post time 26-4-2015 05:35 PM | Show all posts |Read mode
PEMBEDAHAN perlu dilakukan oleh doktor pakar dan berkelayakan. Gambar hiasan. Kemajuan teknologi memungkinkan pelbagai perkara boleh dilakukan dan dalam aspek perubatan ada kaedah untuk memulihkan selaput dara. Namun, timbul persoalan apakah tindakan itu dibenarkan kerana pasti banyak implikasinya nanti. Bagi memahami perkara itu, istilah pulih dara dalam perubatan tradisional dan pulih dara menurut perubatan moden adalah berbeza. Dalam perubatan tradisional, pulih dara bukan bermaksud mengembalikan atau mencantumkan kembali selaput dara yang telah lama terkoyak. Sebaliknya ia sekadar rawatan tertentu dengan herba bagi memperbaiki dan mengembalikan kesegaran faraj dan tubuh wanita hingga terasa seperti anak dara semula.

Sudah tentu perubatan seperti ini tidak salah dan digalakkan bagi menjaga keharmonian rumah tangga serta mengakrabkan suami isteri. Bagaimanapun dalam istilah perubatan, memulihkan dara bermaksud menjahit dan mencantumkan kembali selaput dara sehingga ia menjadi seperti belum berkahwin atau belum melakukan hubungan kelamin. Prosedur seperti ini yang menjadi perbahasan dalam kalangan ulama. Harus mangsa rogol, kemalangan jahit selaput dara Fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan hukum memulihkan dara mengikut keadaan jika dilakukan oleh mangsa rogol, bekas pelacur, penzina atau seorang isteri. Hukum ini dibahaskan fuqaha kontemporari dalam Persidangan Akademi Fiqh Islam kali ke-18 bertajuk Pembedahan Plastik: Apa Hukumnya? Resolusi persidangan merumuskan, harus menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh kemalangan, rogol atau secara paksaan. Menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh perlakuan lacur tidak harus dari segi syarak, demi menutup pintu kerosakan dan penipuan.

Persidangan yang diadakan di Putrajaya itu juga menggariskan panduan dan syarat umum pembedahan selaput dara serta pembedahan kosmetik secara umum. Pembedahan hendaklah satu maslahat yang diperakui oleh syarak seperti mengembalikan semula fungsi, memperbaiki kecacatan dan mengembalikan semula kejadiannya ke bentuk asalnya. Pembedahan itu tidak membawa kepada kemuda-ratan yang mengatasi maslahat diharapkan. Perlu doktor berkelayakan Doktor yang melakukan pembedahan hendaklah seorang yang pakar dan berkelayakan. Jika tidak, dia akan menanggung sebarang tanggungjawab.

Pembedahan hendaklah mendapat keizinan pesakit (yang memohon pembedahan). Doktor (pakar) hendaklah sentiasa melakukan pemantauan (kepada orang yang akan dibedah) dengan bahaya dan komplikasi dijangka berlaku atau berkemungkinan berlaku daripada pembedahan itu. Sudah tidak ada rawatan lain yang memberi sedikit kesan dan kesakitan kepada tubuh badan selain daripada pembedahan. Hendaklah dipelihara aturan cara berubat dari sudut mematuhi tidak berlaku khalwat, hukum hakam membuka aurat dan sebagainya, kecuali kerana darurat atau keperluan yang mendesak.

Kesimpulannya, tidak terdapat hukum qatie (muktamad) terhadap perbuatan mengembalikan dara. Tetapi berdasarkan kemaslahatan tertentu fuqaha memutuskan keharusan mengembalikan dara bagi kes wanita menjadi mangsa rogol bagi menutup aib. Ia juga memberi peluang kepadanya untuk memulakan hidup baru. Haram jika ada unsur penipuan Begitu juga wanita yang kehilangan dara disebabkan aktiviti lasak seperti bersukan atau kerana terbabit dalam kemalangan. Bagaimanapun, fuqaha dalam persidangan itu mengharamkan pemulihan dara jika boleh menimbulkan kemudaratan kepada wanita atau tujuan menggalakkan penipuan serta maksiat.

Golongan yang diharamkan menjalani prosedur itu ialah pelacur yang melakukan perzinaan untuk menyara hidup. Memulihkan dara bagi golongan ini mungkin dilakukan untuk melariskan diri atau menipu bakal suami. Perempuan yang berzina secara suka rela, mengharuskan pemulihan dara kepada golongan ini hanya menggalakkan mereka meneruskan kegiatan perzinaan. Berdasarkan itu, perempuan pelacur dan penzina tidak harus memulihkan dara. Pendapat Mufti Mesir Bagaimana jika wanita itu pernah menjadi pelacur atau berzina tetapi bertaubat dan ingin berkahwin dengan lelaki yang baik? Mufti Besar Mesir, Dr Ali Jemaah menfatwakan, wanita yang hilang dara atas apa sebab sekali pun harus menjalani pemulihan dara sebelum berkahwin.

Beliau dalam hujah mengharuskan pemulihan dara gadis malang itu berkata bahawa agama Islam menyeru kepada penutupan keaiban. Jika tindakan gadis yang telah hilang dara memulihkan daranya atas apa juga sebab dianggap boleh menyebabkan penutupan aibnya, maka Islam mengharuskan perbuatan itu. Menurut beliau lagi, gadis itu tidak perlu memberitahu tunangnya bahawa dia telah hilang dara. Perkara yang sama boleh diperlakukan ke atas wanita yang telah berzina di mana tidak harus baginya memberitahu suaminya bahawa dia telah berzina. Beliau seterusnya menegaskan perbuatan seperti itu dibenarkan untuk menjaga kesatuan keluarga dan membolehkan wanita yang telah melakukan kesalahan supaya bertaubat. Ia bukan sama sekali untuk menipu dan memperdaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 05:39 PM | Show all posts

Sape Suke Menipu Boleh La

Eleh, kekadang ade yang suke longgar2 ape..

Tolol betol la artikel ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap timbul salahguna nnti.. ..pnipuan tetep ada. ...hilang dara sbb bsukan lain ye.. .xsama ngn ilang dara sbb rela. ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu aku dgr pompuan bg alasan ilang dara sbb bsukan wlpn sbnarnye xbsukan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 05:54 PM | Show all posts
pulihkan teruna takda ke... prrffthh...
seluruh kehidupan dan nilai seorang wanita terletak pd selaput nipis. sedih.

anywaysss bahagiakah perkahwinan yg dibina atas penipuan... I thought marriage was about accepting each other, warts and all
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo berdara tapi x reti kemot, laki pon bosan.

mari akak2 semua.. kita sama-sama belajar mengemot sambil berporem..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 26-4-2015 05:54 PM
pulihkan teruna takda ke... prrffthh...
seluruh kehidupan dan nilai seorang wanita terletak pd sela ...

Bertabahlah kaka..

Pikiran laki memang ke arah itu..
Nama pon 1 nafsu, 9 akal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeuuwwww... pak2 lebai ni tak ada isu lain ke nak keluar hukum??

Kenapa suka sangat isu celah bedah orang??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 06:52 PM | Show all posts
rasa mcm nk buat lak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:53 PM | Show all posts
baca tajuk ja ka masing2?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:56 PM | Show all posts
ramai je pompuan hilang dara sebab bersukan dengan jantan. acara tag team.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 06:58 PM | Show all posts
Persidangan puak-puak berilmu tenggi ni. Lihat pada apa yang dibincangkan pon dah tau ia-nya sangat2 menjana minda ommah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:06 PM | Show all posts
Hahahahahaha.......membangun bersama ulamak......hahahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr........
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulih dara kalu sepakat lah sangaaaaaat....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:21 PM | Show all posts
janda janda boleh la berdara di malam pertama yang keseribu 4 ratus 5 kali...





Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:27 PM | Show all posts
~anya~ replied at 26-4-2015 07:11 PM
Pulih dara kalu sepakat lah sangaaaaaat....

kalu anya nak buat rawatan nati bleh pm taw.
i baru bukak klinik utk proses tu.
so, rawatan percuma utk u.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tak penting pun selaput dara tu
bg saya seseorg tu masih dara selagi dia belum pernah melakukan seks.. tak penah lagi zakar dtg melawat.
tak kisahlah selaput dara dah koyak ke tidak.
btw xtau plak bleh jahit blk selaput dara
sebenornya mcm mana rupa dia sampai blh jahit blk igtkn dah koyak hilang gitu je..
lg satu iols konpius juga, selaput dara ni tutup cemana ye sbb drh haid blh je kuar lalu situ.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:18 PM | Show all posts
Maideen. replied at 26-4-2015 07:06 PM
Hahahahahaha.......membangun bersama ulamak......hahahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ...

Selaput dara sangatlah penting, kata ularmak.
Ianya ibarat makan nasi...........tak de lauk.  Lelaki Islam yang dibenarkan kahwin 4 pada sesuatu masa (sebenarnya 100pun bolih dengan syarat ceraikan bini terdahulu supaya kekal 4 pada sesuatu masa) sentiasa mahu yang dara, tak diusik orang lelaki lain. Padahal zakar dia dah mencelup beratus perempuan tak pernah pulak nak dipersoalkan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini lobai sudah mahu ambil job sebagai tuhan kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:05 PM | Show all posts
batu kikir replied at 26-4-2015 10:18 PM
Selaput dara sangatlah penting, kata ularmak.
Ianya ibarat makan nasi...........tak de lauk.  Lel ...

Orang orang macam ni lah yang kita harus jadikan guru supaya Islam kita terpelihara.......hahahahahahaha

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.233571 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list