CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 7

[Tempatan] Polis Rancang Tubuh Unit Dron – KPN

[Copy link]
Post time 21-5-2015 08:13 AM | Show all posts |Read mode
                                May 20, 2015               
188
Gambar hiasan


SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk menubuhkan unit pengawasan udara menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Dron membolehkan kita membuat pengawasan lebih baik,” kata Khalid, sambil menambah bahawa selain daripada hanya menambah bilangan anggota, polis akan menggunakan teknologi untuk meningkatkan keupayaan kepolisiannya.
“Jangan bimbang, dron ini tidak akan dipasang dengan peluru berpandu, tetapi hanya kamera,” katanya pada sesi sembang dalam talian ‘Santai With IGP’ (Santai Bersama KPN) yang dianjurkan oleh Yayasan Pengaman Malaysia di sini, Selasa.
Tambah Khalid, penggunaan dron itu akan menjimatkan tenaga kerja di samping memastikan pengawasan di jalanan berjalan lebih lancar. – The Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai rc satu malaysia boleh masuk tender.dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:30 AM | Show all posts
Dron lah pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2015 08:31 AM | Show all posts
Nanti korang tengah pakai baju tetiba ada dron lalu tepi  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 08:43 AM | Show all posts
Penggiat dron semakin ramai dan baru semalam ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan Polis Diraja Malaysia akan menubuhkan unit dron mereka sendiri. Dron PDRM akan digunakan bagi pemantauan kawasan perumahan bagi mengurangkan kadar jenayah. Menurut beliau setiap dron boleh memantau kawasan yang lebih luas berbanding unit polis yang sedia ada.



Tiada maklumat tentang berapa banyak dan jenis dron yang akan digunapakai. Oleh sebab itu kami rasakan dron Sprite di bawah mungkin boleh disenarai pendekkan oleh pihak PDRM. Kelebihan Sprite ialah ianya sebuah dron bersaiz kompak dan mempunyai ciri tahan lasak. Ianya kalis air dan boleh terapung di permukaan air. Sprite hanya mempunyai dua pasang kipas yang berpusing secara kontra pada paksi yang sama. Dengan penggunaan kipas yang sedikit, Sprite  juga tidak memerlukan jumlah motor elektrik yang banyak. Ini sekaligus mengurangkan penggunaan bateri dan paling penting sekali mengurangkan bunyinya ketika operasi. Ini adalah penting bagi sebuah dron yang digunakan untuk tujuan pemantauan polis.

Apabila selesai digunakan bilah kipas Sprite akan terlipat dengan sendiri. Keseluruhan dron terlipat dengan baik menjadi bentuk silinder. Tidak perlu risau bilah kipas akan patah ataupun memerlukan ruang yang banyak di dalam kenderaan jika dibandingkan dengan dron DJI Phantom yang sangat popular sekarang.  Sistem kamera dengan rakaman 1080P terbina terletak pada bahagian bawah Sprite, tidak perlu membeli kamera GoPro secara berasingan seperti sistem dron yang lain. Sprite masih mengumpul dana dan dijual pada harga $779 sebuah.

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 09:37 AM | Show all posts
wa nak beli lima
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2015 09:47 AM | Show all posts
baru lah 2015
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 04:39 PM | Show all posts
Sprite ni masih dalam kickstarter kot. Polis malaysia backer terbanyak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.062118 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list