CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9612|Reply: 76

[Jenayah] Lelaki Lembut ‘Culik’ Kanak Kanak Untuk Puaskan Nafsu

[Copy link]
Post time 28-5-2015 07:30 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki Lembut ‘Culik’ Kanak Kanak Untuk Puaskan Nafsu                                May 27, 2015                260

Niat songsang lelaki lembut Tiga kanak-kanak yang dipercayai dibawa lelaki berperwatakan lembut sebelum berjaya dikesan pihak polis.





KOTA BHARU – Seorang lelaki berperwatakan lembut dipercayai mempunyai niat ‘songsang’ apabila membawa tiga kanak-kanak menaiki kenderaannya bersiar-siar tanpa pengetahuan ibu bapa kanak-kanak terbabit, sebelum menempatkan mereka di sebuah hotel di bandar ini.

Lelaki berusia lewat 20-an itu yang ‘melarikan’ dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai mengenali abang salah seorang mangsa.

Namun perbuatannya membawa kanak-kanak tersebut menaiki kereta Perodua Viva pada malam Sabtu lalu selepas menyaksikan perlawanan Final Piala FA melibatkan pasukan Kelantan menentang Lions XII, berjaya dikesan polis malam kelmarin.

Ia berikutan orang awam dapat mengesan suspek mengajak salah seorang mangsa menaiki keretanya. Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang mangsa dikenali sebagai Naufal, 13, berkata, dia bersama dua rakannya, Umaira dan Alif mengikut suspek selepas diajak berjalan-jalan menaiki kereta tersebut dan suspek tidak menunjukkan sikap mencurigakan.

“Saya ikut sebab dia baik. Lagipun sehari sebelum perlawanan Piala FA, dia ada jumpa kawan saya dan berikan nombor telefonnya jika mahu mengikut dia bersiar-siar.

“Selepas menonton tayangan skrin gergasi di bawah flat di Jalan Bayam, ‘abang’ (suspek) mengajak kami naik keretanya dan turut belanja kami makan, beli pakaian dan bawa kami bersiar-siar sehingga ke Gua Musang dan Rantau Panjang. Selepas itu, dia bawa kami pulang ke Kota Bharu,” katanya kepada pemberita.

Naufal berkata, suspek pada mulanya mahu menghantar mereka pulang namun mereka enggan kerana takut dimarahi ibu bapa.

Menurutnya, mereka kemudiannya dibawa ke Bachok dan ditinggalkan dalam masjid di kawasan berkenaan tetapi suspek kembali mengambil mereka semula.
“Tak sangka, perwatakan baik abang rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Selepas ambil kami semula, ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu, dia ajak saya melakukan perbuatan tidak senonoh dan mahu sewa hotel jika saya setuju.

“Saya mahu lari tetapi kasihan pula pada Umaira dan Alif yang tidur keletihan di tempat duduk belakang. Saya tolak ajakannya secara baik,” katanya.

Naufal berkata, malam kelmarin, dia bersama dua rakannya itu akhirnya dibawa tidur di sebuah hotel di bandar Kota Bharu dan ditinggalkan dalam bilik berlainan.

“Kira-kira jam 1 pagi, selepas saya ceritakan mengenai hal tersebut kepada Umaira, dia takut.

“Bimbang diapa-apakan, Umaira melarikan diri. Saya bersama Alif turut ikut Umaira melarikan diri sehingga ke Stadium Sultan Muhammad IV dan mengambil masa hampir 15 minit.

“Ketika kami berlegar-legar di kawasan itulah, kami nampak polis tiba dan terus bawa kami menaiki kereta peronda, dan dibawa ke balai polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, suspek dipercayai pekerja sebuah syarikat swasta dan mempunyai sifat sukakan kanak-kanak.

“Kami menerima laporan semalam daripada seorang ibu mangsa selepas menyedari kehilangan anaknya.

“Kita dapati suspek berusia 29 tahun ini dipercayai menggunakan kanak-kanak ini untuk kepuasan diri, bukan tujuan menculik,” katanya.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh, kanak-kanak terbabit tidak dicederakan, malah dilayan dengan baik.

“Hasil pemeriksaan doktor, mereka tidak mempunyai sebarang kecederaan.

“Suspek berjaya ditahan di hotel berkenaan hasil maklumat mangsa dan kita tahan reman suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya. – Sinar Harian Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 07:48 AM | Show all posts
nasib baik tak diapa2 kan lagi budak tuh..
pedo bersepah2..

parent..please be more alert!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 07:55 AM | Show all posts
pondan ni pun sekor jer ....
next time, kalo nak melampiaskan napsew serakah tue ... ajak lah laba....
sure laba tak reject punya .... kalo boley bawak balik umah simpan teruih...
aman sikit porem nie
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 07:55 AM | Show all posts
DayangKirana replied at 28-5-2015 02:48 AM
nasib baik tak diapa2 kan lagi budak tuh..
pedo bersepah2..

ada juga yer pedo nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:11 AM | Show all posts
nsib baik belum sempattt..
sekarang ni mcam2 benda pelik boleh jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus terbayang abang sally
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2015 08:17 AM | Show all posts
scary nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:21 AM | Show all posts
jahat!nak memesongkan budak2 pulak .. Mak ayah budak ni tak tahu ke anak diaorang buka pintu keluar dari rumah.?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dulu lg pedo ni dh ramai..cume xbyk kuar dlm berita or paper..macam kt kampung I.. ustaz..dh kawin.ank sorg..mmg org kmpung trpnjat beruk time ustaz ni kene tgkap..pedo la ni.taste die bdk2 lelaki..kemahin lg ajar bdk ngaji..silat bagai..rupenya ade udang disebalik mee..mase die kne tgkap..anak die kecik lg..bru setahun..sian sgt..die cikgu skola agama..kena buang keje trus..ustaz2
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:27 AM | Show all posts
pedo ni mmg jenis gitu..x semestinya laki tulen ke laki pondan ke kalau dah nafsu dia more ke arah budak2..gitu laa jadinya...huhuhuhuh nasib baik budak2 ni selamat..gamaknya nak ajak gang bang kot ramai2...giler lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:29 AM | Show all posts
nampak dlm berita malam td, ibu bapa mereka BOLEH didakwa sebab cuai..

rasanya negara kita dah macam indon.

asal kecuaian yg melibatkan kanak2, kata je nk amik tindakan pd ibu bapa..
tp ada ke ibu bapa cuai ni yg dah di amik tindakan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:51 AM | Show all posts
pihak berkuasa perlu ambil tindakan tegas kepada pesalah pedo ni. rejam
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:55 AM | Show all posts
budak pompuan tu kental gilerr
die yg lari dulu
girl power
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:04 AM | Show all posts
Dunia sekarang ni makin ramai yg berminat dgn kaum sejenis, xkira tua, muda, sado, lembut, dah beristeri, yang alim ulama, warak...semua tak terkecuali. Trending kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:18 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 28-5-2015 08:55 AM
budak pompuan tu kental gilerr
die yg lari dulu
girl power

Haah..dia tau ja niat xbaik org tu, trus nekad
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Isk kanak2 ni mmg bhya sbb percaya sgt tgk org baik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:31 AM | Show all posts
bertaubat ler sebelum terlambat.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:36 AM | Show all posts
Jauh benar jalan2..kb-gmusang dekat 3 jam..pastu balik g rantau panjang pula..pasti dlm6 jam++ ittew beliyau menahan gelora terkemut2...apa pon saya salahkan parent yang bg anak berpeleseran melata..ko ingt duk dlm shorga firdausi ke anak2 sunni boleh bertempiran kesana sini sesuka hati?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.075883 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list