CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10329|Reply: 48

[Dunia] Cara Baru Panggil Hantu Kini Trending di Panggil Cabaran Charlie Charlie

[Copy link]
Post time 28-5-2015 07:54 AM | Show all posts |Read mode
London: Kemunculan satu permainan baru yang dipercayai boleh memanggil roh kini menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja.
Permainan yang dikenali sebagai ‘Cabaran Charlie Charlie’ digambarkan sebagai ritual ghaib dan membolehkan pemain berhubung dengan roh.
Cara permainannya hanya menggunakan dua batang pensel yang disilangkan dan diletakkan di atas sehelai kertas yang ditulis dengan perkataan ‘Ya’ dan ‘Tidak’.
Si pemain kemudiannya menyeru roh dengan menyebut ‘Charlie, Charlie boleh kita main?’ sebanyak dua kali dan menunggu pensel itu bergerak.

Sekiranya pensel menunjuk ke arah ‘Ya’, mereka boleh mula bertanyakan soalan.
Untuk menamatkan permainan, mereka perlu meminta kebenaran dengan menyebut ‘Charlie, Charlie bolehkah kita berhenti?’
Mereka perlu menunggu sehingga pensel menunjukkan ke arah ‘Ya’.
Selesai bermain, mereka harus menjatuhkan pensel ke lantai supaya roh itu boleh kembali ke tempat asal dan tidak mengganggu pemain.
Permainan itu menjadi popular selepas ramai remaja memuat naik video pensel yang bergerak sendiri di Internet.
Sekumpulan remaja di sini memberitahu permainan itu sangat menyeramkan walaupun mereka tahu tidak mungkin roh masuk ke dalam pensel berkenaan.
“Kami  mahu berseronok dan tahu pensel itu bergerak akibat gerakan kami sendiri.
“Bagaimanapun, melihat pergerakan pensel itu sudah cukup untuk membuat kami berasa seram,” katanya.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 7:10 AM   
«         »
                     
BARANG yang diperlukan untuk memanggil roh.











- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53913#sthash.izxSRblL.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2015 07:55 AM | Show all posts
main yes no je ye dek.bosan kot.cuba la ada urup macam Ouija kan syiok ko boleh Tanya Charlie suka makan cokelat apa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 07:57 AM | Show all posts
next tyme ... kalo nak seru laba .. wat game cam nie erk...
kowt kowt roh roh laba dari multi nick terdahulu yang dah kiok akan datang menghantui laba kat porem nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2015 07:59 AM | Show all posts
‘Panggil syaitan’ kegilaan terbaru internet?

                                 27 Mei 2015                 

  •                                                                             Gambar hiasan





SUATU cabaran baharu yang dikenali sebagai 'Charlie Charlie Challenge' yang viral di laman mikro Twitter pada akhir minggu lalu menyaksikan ramai pelayar teruja untuk mencubanya.

        Menurut Mirror, dua batang pensel dan kertas yang ditulis dengan 'ya' dan 'tidak' diperlukan untuk memanggil syaitan yang dikenali sebagai 'Charlie'.

        Cabaran tersebut yang hampir menyerupai pemujaan menggunakan papan permainan Ouija dikatakan menakutkan beratus-ratus pelayar yang bertindak merakam aksi mereka 'memanggil syaitan'.

        Beberapa gangguan seperti jeritan dan bisikan halus, cermin pecah dikatakan mengganggu mereka yang mencuba cabaran ini.

        Bagaimanapun, cabaran ini dianggap palsu dan hanya wujud untuk menakutkan pelayar-pelayar laman sosial.

        Menurut seorang pakar paranormal, Neil Dagnall berkata, 'memanggil syaitan' bukan satu perkara baharu.

        "Ianya pelik, dan bukan jenis pemujaan yang saya pernah ketahui. Ia variasi dari pemujaan menggunakan papan Ouija," jelasnya.

        "Pelayar saksikan perkara ini berlaku di internet, dan mereka mahukan sesuatu terjadi.

        "Bila kita mahu ia terjadi, kita mula mengaitkan perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan pemujaan tersebut," katanya yang berasal dari Manchester Metropolitan University.

        Menurutnya lagi, Charlie Charlie Challenge hanyalah 'mainan akal'.

        "Cabaran ini menjadi popular kerana media sosial," akhiri beliau.



[url=]http://www.sinarharian.com.my/global/panggil-syaitan-kegilaan-terbaru-internet-1.394928
[/url]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:09 AM | Show all posts
kenapa mesti panggil charlie? nama lain tak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:15 AM | Show all posts
hahahah tingat zaman 70an dulu... spirit of the coin hahahhahahahah giler!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2015 08:15 AM | Show all posts
apasal tak panggey bobo?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
X Ganas lgsg nama hantu charlie...dah serupa charlie chaplin...  Nanti adala yg tiru kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 08:23 AM | Show all posts
Macam ala-ala spirit of the coin pula
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:45 AM | Show all posts
aku try tak gerak2 pun...puihh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:48 AM | Show all posts
xder keje sgt dh nk panggil hantu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:50 AM | Show all posts
spirit of the coin, teringat novel Asrama
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:55 AM | Show all posts
dah takde nama antu lain ke??kalau panggil nama lain aci dop?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:55 AM | Show all posts
cuba hadap cermin.
kemudian cakap  ' bloody mary. bloody mary. bloody mary '

tengok ada hantu mata berdarah muncul dalam cermin x.

pastu uols kojol. x dapat main porem dah.


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 08:58 AM | Show all posts
pehtu boleh buat pilem...spirit tu xmo balik

eh...ke dah ada??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:02 AM | Show all posts


ni lawak..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 09:29 AM | Show all posts
Acong replied at 28-5-2015 08:15 AM
apasal tak panggey bobo?

haha. Panggil "Charlie Bobo" pun bagus gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:33 AM | Show all posts
bellaa replied at 28-5-2015 08:55 AM
cuba hadap cermin.
kemudian cakap  ' bloody mary. bloody mary. bloody mary '

tu nama arak   

gi buat kat pub   
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:34 AM | Show all posts
ummah konkesen PPRT .
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 09:35 AM | Show all posts
harkktuih replied at 28-5-2015 08:09 AM
kenapa mesti panggil charlie? nama lain tak boleh?

lain kali boleh panggil lava, lava boleh kita main?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.263942 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list