Edited by tapibukanaku at 28-5-2015 11:40 AM
Bekas eksekutif bebas tuduhan bunuh isteri
SHAH ALAM 28 Mei - Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh isterinya iaitu seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaafar, tiga tahun lalu,
Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian setelah berpuas hati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Norazman Bashah, 34, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di No. 115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012. Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun. - UTUSAN ONLINE
|