CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tapibukanaku

[Tempatan] Bekas eksekutif bebas tuduhan bunuh isteri, eksekutif TV9

 Close [Copy link]
Post time 28-5-2015 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun bebas korg ingat hidup dia senang...silap2 nmpk duk tepi jalan gelak2 nangis2 sambil tepuk tangan... Dia akan forever dihantui perasaan guilt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2015 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 28-5-2015 09:03 PM
Kemurungan lain dgn tertekan........ kemurungan is an illness not a mere emotion

I budget mesti dah lama sheols mcm tu.. Dan si laki pulak confirm buli perasaan arwah. Tu yg buat lagi murung
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
atekome replied at 28-5-2015 05:34 PM
Kalo lh btul knapa kes sblm nie ade je suami yg lps kes bunuh ngn alsan tk sdar ms mlakukan tuh??  ...

brmksod mgkin mmg die gila, mgkin laki tu ade schizo, bipolar, penyakit mental lain lg yg tak didiagnos lpas kes tu bru dpt diagnose. kesedaran pnyakit mental kat malaysia ni masih tahap rendah lg. wad forensik gila kat hospital bahagia tu bkn sja2 di buat utk lpaskan pnjenayah. aku tak tahu prosedur die mcm mne sbb aku tak smpt posting situ lg
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 10:55 PM | Show all posts

.... at leastttt ... anaknya akan masih berayah ...  


kalau nengok dalam CSI ... kalau mati tergantung ni .... ada la tanda2 dia yg boleh dijumpai masa buat forensik posmotem ...

Moga roh arwah aman di sana ....

kalau betul suami yg bunuhtapi dia lepas .... moga suaminya hisup murung hingga ke akhir hayat ... nampak kat gambar pun macam tak betul jer . ...

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah dpt gambo student pompuan bunuh diri gantung kat kipas siling dlm bilik...kipas tu jd bengkok senget sbb berat budak tu...xkan polis dlm kes ni xtgk kondisi kipas tu camna...nmpk nau xckup pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 11:18 PM | Show all posts
amon_79 replied at 28-5-2015 03:08 PM
Iols pernah dpt gambo student pompuan bunuh diri gantung kat kipas siling dlm bilik...kipas tu jd be ...

kah..ni la dia pengaruh tv kuat sgt.. ko ingat unit forensik tu buat pa.. ngangkang dok sembang2 je ke masa kat tempat kejadian..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2015 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 28-5-2015 10:10 PM
Ntah,  tp dari laporan artikel ko pasal hasil dapatan postmortem x conclusive,  just generally sta ...

Tu aku amek ayat page 1 thread perbicaraan je..baru prosiding pertama kot. Yg seterusnya x smpt nak beklog lg..tp dlm keputusan mahkamah tu mcm bagi kesimpulan minah tu bunuh diri tp x jmpe lak kat mana laporan tu. Kalau dh ade bukti bunuh diri watpe nak teruskan pendakwaan kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 28-5-2015 02:34 PM
Ada sedara aku.
Hari-hari dia tuduh suami dia ada perempuan lain.
Lepas tu merajuk, malas masak, ...

Memula nak tuduh post ni mcm nak salahkan pempuan...


Tp setuju bab las yg suami kene la invest sama utk bini...jgn harap bini itu ini tp laki pun nan hado ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 12:14 AM | Show all posts
Kpd mana-mana laki yg gedik nak kahwin lagi tu fikir betul-betul adakah berbaloi nak kahwin lain hanya sbb nafsu nafsi. Bila kau dera perasaan isteri kau dah menzalimi isteri tersebut, ambik anak orang elok-elok pulangkan elok2 kalau tak suka, jgn kau dera perasaan dia, kau bunuh jiwa dia, Kalau benarpun dia tak bunuh tapi dia terlebih dulu dah bunuh bini dia sabelum bini dia jd arwah. Mati jiwa tu lebih azab dari mati jasad. Allah bagi hak tapi hangpa lupa Allah letak syarat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
amon_79 replied at 28-5-2015 11:08 PM
Iols pernah dpt gambo student pompuan bunuh diri gantung kat kipas siling dlm bilik...kipas tu jd be ...

benda obvious/basic camtu takkan la forensik nak terlepas pandang..banyak sangat tengok csi u ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 07:36 AM | Show all posts
msia ni jd lubuk utk bunuh pompuan ke? byk sgt... norita, altantuya, model yg related to raja dihilir perak, eksekutif petronas, eksekutif tv9.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 07:41 AM | Show all posts
Semoga Arwah ditempatkan bersama sama orang yang beriman dan si pesalah akan mendapat balasan yang setimpal. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 07:51 AM | Show all posts
aku slalu layan csi, criminal mind etc so mmg bleh terima la keputusan yg slalu twist gini
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 07:55 AM | Show all posts
selamat pengantin baru, buat bekas tertuduh
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 09:56 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 28-5-2015 07:56 AM
hasil post mortem aritu mmg mangsa dibunuh..
so die terlepas ni sbb peguambela berjaya timbulkn k ...

masalah skrg hakim bg keputusan si mati committed suicide.. which contradicts the autopsy report
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 10:10 AM | Show all posts
Kelemahan siasatan faktor utama pembebasan suami eksekutif pentadbiran TV9

Kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada eksekutif pentadbiran TV9 Nur Syaleza Jaffar dijerut sampai mati atau menggantung dirinya adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan suami wanita itu daripada tuduhan membunuhnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman berkata dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor adalah amat penting dalam mencari punca sebenar kematian Nur Syaleza.

"Dalam keterangannya, SP6 (saksi keenam pendakwaan) (Dr Shahidan) sebagai doktor pakar sendiri tidak dapat kemuka dengan jelas sama ada mangsa gantung diri atau dijerut sampai mati. Sebagai doktor pakar berpengalaman luas, keterangan beliau amat diharapkan dapat membantu mahkamah namun beliau sendiri hadapi kesukaran dalam mencari jawapan dan kesemua keterangannya berakhir dengan 'kemungkinan' serta 'boleh diterima pakai'.

"Oleh itu, dalam keadaan seperti itu di mana pelbagai kemungkinan boleh diberikan, undang-undang menetapkan bahawa inferens yang memihak kepada tertuduh hendaklah diterima," katanya ketika membacakan penghakiman bertulis sepanjang tempoh sejam setengah.

Abdul Halim memutuskan untuk melepas dan membebaskan suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 34, daripada tuduhan membunuh wanita itu selepas berpuas hati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Seterusnya, Abdul Halim berkata kekuatan kes juga bergantung kepada siasatan dan bagi kes itu, beliau mendapati siasatan yang dijalankan pegawai penyiasat serta pihak forensik tidak terperinci, tidak meluas serta terdapat kelemahan.

"Dalam kes ini, pihak polis forensik antaranya gagal siasat kewujudan bangku kecil yang patah di tempat kejadian. Apakah kaitannya dengan insiden, bagaimana ia patah dan adakah ia digunakan sebagai senjata untuk serang mangsa atau adakah bangku itu digunakan untuk mangsa berdiri ketika gantung diri tidak disiasat.

"Selain itu, pegawai penyiasat gagal siasat isu kemurungan mangsa seperti menemu bual keluarga dan rakan rapat mangsa.

"Oleh kerana isu kemurungan disebar meluas di media mengenai status terakhir telefon blackberry milik mangsa tertulis ‘sabarlah duhai hati’, kegagalan menyiasat perkara itu menimbulkan persoalan walaupun pihak polis merampas telefon bimbit itu selain gagal menyiasat kandungan telefon bimbit mangsa," katanya.

Selain siasatan, Abdul Halim berkata pembuktian motif pembunuhan juga amat penting dalam kes yang bergantung kepada keterangan ikut keadaan.

Dalam kes ini, katanya, Norazman Bashah bukan suami yang baik serta mengakui berlaku curang terhadap Nur Syaleza, malah keterangan menunjukkan mereka sering bergaduh dan perubahan sikap wanita itu berpunca daripada kecurangan suaminya itu.

"Bagaimanapun motif membunuh tidak dibuktikan (dalam kes ini) dan tiada keterangan dikemukakan untuk membawa kepada motif yang memungkinkan untuk sabitkan tertuduh. Pihak pendakwaan mendakwa hubungan sulit tertuduh dengan wanita bernama Haslinda adalah motif kepada pembunuhan Nur Syaleza.

"Sungguhpun kewujudan Haslinda dijadikan motif untuk membunuh, perlu diingat hubungan sulit berlaku telah lama iaitu sekitar 2009, dua tahun sebelum kejadian.

"Tiada keterangan juga ditampilkan untuk menunjukkan tertuduh masih berhubung dengan Haslinda semasa kejadian. Oleh itu, ia gagal menjurus kepada motif pembunuhan disebabkan kewujudan Haslinda dan berdasarkan keterangan, tidak dapat dilihat apakan faedah diperoleh tertuduh dengan membunuh mangsa," katanya.

Menyifatkan kes ini amat pilu dan menyedihkan, Abdul Halim berkata kecurangan Norazman Bashah telah meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina pada 26 Okt 2008 atas dasar cinta dan perkara ini diakui oleh lelaki itu sendiri.

Hakim itu berkata sepanjang perkahwinan dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nur Syaleza tetap bersabar dan memendam perasaan malah membantu suaminya dalam kewangan berikutan pendapatan Norazman Bashah berjumlah RM3,000 sebulan tidak mencukupi.

"Nur Syaleza sanggup berkorban masa, wang ringgit semata-mata kasih terhadap suami. Bagaimanapun, kesabaran yang dipertahankan selama ini, kasih yang dipupuk, kesetiaan dan ketaatan dicurahkan wanita ini ibarat 'panas diharap sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari'.

"Dugaan mangsa sangat berat akibat perbuatan suaminya... isteri mana yang tidak remuk hati dan perasaan akibat kecurangan suami dan faktor kemurungan ini adalah punca mangsa membunuh diri.

"Apapun, nasi sudah jadi bubur, penyesalan oleh tertuduh jika ada tidak dapat kembalikan nyawa mangsa...tertuduh telah musnahkan segalanya sehingga kesabaran isterinya tidak dapat dibendung sehingga membawa kepada kemurungan yang tidak boleh dibendung lagi. Justeru itu, jalan pintas diambil (dengan membunuh diri)," katanya.

Sebanyak 24 saksi pendakwaan, seorang saksi pembelaan dan 63 barang kes dikemukakan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan T Deepa Nair manakala Norazman Bashah diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Rosidah ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir memberitahu pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan. – Bernama, 28 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.L4bqdER9.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2015 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
naj13 replied at 29-5-2015 09:56 AM
masalah skrg hakim bg keputusan si mati committed suicide.. which contradicts the autopsy report

"Dalam keterangannya, SP6 (saksi keenam pendakwaan) (Dr Shahidan) sebagai doktor pakar sendiri tidak dapat kemuka dengan jelas sama ada mangsa gantung diri atau dijerut sampai mati. Sebagai doktor pakar berpengalaman luas, keterangan beliau amat diharapkan dapat membantu mahkamah namun beliau sendiri hadapi kesukaran dalam mencari jawapan dan kesemua keterangannya berakhir dengan 'kemungkinan' serta 'boleh diterima pakai'.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kes ini, katanya, Norazman Bashah bukan suami yang baik serta mengakui berlaku curang terhadap Nur Syaleza, malah keterangan menunjukkan mereka sering bergaduh dan perubahan sikap wanita itu berpunca daripada kecurangan suaminya itu.

"Bagaimanapun motif membunuh tidak dibuktikan (dalam kes ini) dan tiada keterangan dikemukakan untuk membawa kepada motif yang memungkinkan untuk sabitkan tertuduh. Pihak pendakwaan mendakwa hubungan sulit tertuduh dengan wanita bernama Haslinda adalah motif kepada pembunuhan Nur Syaleza.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah2. ler. Jaja. Hasil. Dapatan. Autopsy. Kalo. Laporan. Penghakiman. Jelas. Menyatakan. Yg. Pakar. Forensik. Tu. Gagal. Membuktika. DGN. JELAS. kemungkinan. Ianya. Kes. HOMICIDE. bukan. SUICIDE.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila. Baca. Kome. #197......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.080173 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list