CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4547|Reply: 16

[Dunia] Tak Boleh Sembahyang Duduk Pulerr

[Copy link]
Post time 5-6-2015 07:11 AM | Show all posts |Read mode

Fatwa Larang Solat Duduk Dikecam Umat Islam Bangladesh                                Jun 4, 2015                226






DHAKA — Sebuah fatwa dikeluarkan badan pemerintah tempatan yang melarang seseorang menjalankan ibadah solat sambil duduk di kerusi ketika berada di dalam masjid mencetuskan kritikan keras umat Islam Bangladesh.

Sebahagian besar rakyat Bangladesh yang majoritinya Muslim menyifatkan fatwa terbaharu itu akan menyebabkan golongan lanjut usia dan mereka yang lemah anggota badan lebih sukar untuk melakukan ibadah fardu tersebut.

The Islamic Foundation, sebuah badan autonomi milik pemerintah pada akhir minggu lalu mengeluarkan fatwa yang mengharuskan umat Islam agar melaksanakan rukun Islam kedua itu hanya di atas hamparan sejadah.

Namun, fatwa berkenaan mengundang kecaman dari sejumlah ulama tempatan dan pegawai kerajaan bahkan dibawa kepada Perdana Menteri, Sheikh Hasina Sheikh Mujibur Rahman dalam mesyuarat kabinet mingguan.

Pemimpin Bangladesh itu ketika mesyuarat tersebut dilaporkan sangat terkejut dengan penerbitan fatwa berkenaan manakala pelbagai organisasi Islam tempatan memberi reaksi marah menentang hujah fatwa terbabit.

“Kami amat membantah keras fatwa yang aneh dan tidak dapat diterima ini,” kata Abdul Latif Nejami menerusi kenyataan bersama diterbitkan kelompok ulama dan tokoh Muslim negara rantau Asia selatan tersebut pada Rabu.

“Kerusi sebenarnya sudah digunakan umat Islam khasnya untuk menggalakkan kurang upaya mudah bersolat di ratusan ribu buah masjid seluruh Bangladesh sejak sekian lama tanpa apa-apa masalah pun,” kata beliau lagi.

Secara tradisional, umat Muslim memang melakukan ibadah solat dengan bersujud di lantai, namun beberapa tahun lalu, masjid-masjid Bangladesh menyediakan kerusi bagi warga emas atau mereka yang sakit tubuh badan.

Dalam pada itu, Ketua The Islamic Foundation, Shamim Afzal berhujah: “Kami menerbitkan fatwa ini dengan menyesuaikan tradisi amalan sunah yang lazim dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Kewujudan kerusi menjejaskan nilai keindahan masjid dan langkah serupa juga dilakukan umat Muslim di India. “Tiada contoh dalil dari Rasulullah solat sambil duduk di atas kerusi,” ujar Afzal. — Agensi/H.A.AMREE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 07:32 AM | Show all posts
So setiap fatwa yang di keluarkan owleh ulamak tak semestinya boleh di guna pakai. Sebab ulamak juga seperti saya dan awak! Jadi jangan terlalu taksub dengan ulamak Sebab tak semua ulamak itu berfikiran waras!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu nnt ulamak tu dah tua sakit pinggang camna pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 07:54 AM | Show all posts
islam tu kan mudah. kenapa disusahkan lagi org yg kurang upaya untuk solat seperti biasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ad_hoc79 replied at 5-6-2015 07:54 AM
islam tu kan mudah. kenapa disusahkan lagi org yg kurang upaya untuk solat seperti biasa

bukan dia suh solat mcm biasa..dia suh solat atas sejadah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:13 AM | Show all posts
sukacactus replied at 5-6-2015 07:50 AM
Tunggu nnt ulamak tu dah tua sakit pinggang camna pulak

khenzzzzzzz....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2015 08:19 AM | Show all posts
alo tambi...dari duk kuar fatwa itu ini...baik la korg selamatkan rakyat korg yg berbondong2 nak dtg msia secara haram....kukuhkan ekonomi supaya rakyat dpt hidup tenteram dan aman damai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:20 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-6-2015 07:32 AM
So setiap fatwa yang di keluarkan owleh ulamak tak semestinya boleh di guna pakai. Sebab ulamak juga ...

setuju  fatwa bermaksud pendapat.bukannya hukum dari tuhan.pendapat yg tak waras tak boleh diguna pakai.jika sampai taksub ...boleh menyeleweng dan mencemari islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam itu mudah kalau ikut rasullulah...namun di tanah air ramai nk jadi nabi..trus jadi susah isle..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
xlama lg adala bangla yg dilantik dlm jakim
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:46 AM | Show all posts
Islam kan mudah. Kalau ulamak yang ni kata tak boleh cuba kaji sebab apa.
Kaji jugak ulamak  yang kata boleh dan beriktikadlah dengannya jika sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 5-6-2015 07:32 AM
So setiap fatwa yang di keluarkan owleh ulamak tak semestinya boleh di guna pakai. Sebab ulamak juga ...

true ! klau kita pertikai dikatanya pertikai hukum tuhan.. choii. fatwa je okeh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 09:14 AM | Show all posts
owh maknanya kalo nk solat duduk duduk atas sejadah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 09:16 AM | Show all posts
kena bahas ngan team ulamak pasal nie...koz manusia nie daif....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 09:24 AM | Show all posts
aku pernah dgr kat IKIM, ustaz tu cakap ok je solat duduk guna kerusi tapi kalau boleh jangan la letak kerusi kat tgh2 saf mcm gambar atas tu. seelok2 nya kerusi kat saf tepi sekali atau belakang. x la ganggu org yg solat mcm biasa coz kadang2 bila guna kerusi separuh2 ni contoh masa rukuk n sujud je guna kerusi tapi masa berdiri mcm biasa kerusi tu boleh terkebelakang dan kena kepala Jemaah lain.

ala fatwa je pun alangkan rokok yg di fatwa haram kat Malaysia ni pun ramai je x ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 09:25 AM | Show all posts
Dalam pada itu, Ketua The Islamic Foundation, Shamim Afzal berhujah: “Kami menerbitkan fatwa ini dengan menyesuaikan tradisi amalan sunah yang lazim dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Kewujudan kerusi menjejaskan nilai keindahan masjid dan langkah serupa juga dilakukan umat Muslim di India. “Tiada contoh dalil dari Rasulullah solat sambil duduk di atas kerusi,” ujar Afzal. — Agensi/H.A.AMREE


Sah geng wahabi... Nabi S.A.W tak buat, tak bole buat. Haram. Mati kena seret masuk neraka jahannam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 09:41 AM | Show all posts
laa .. nabi tak mengalami sakit pinggang sakit lutut kut dulu. so mmg la nabi tak pernah solat duduk atas kerusi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.102728 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list