CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4305|Reply: 13

Fakta Yang Akan Membuat Anda Kagum & Berfikir Sejenak

[Copy link]
Post time 30-6-2015 06:17 PM | Show all posts |Read mode


Jika bercakap mengenai fakta, pasti ramai yang akan terfikir tentang bahan bacaan ilmiah dan buku tebal yang kurang memberangsangkan.

Tetapi fakta ilmiah juga boleh menjadi menarik jika diterangkan dengan cara yang menarik dan mudah difahami.

Disini kami bawakan 9 fakta yang akan membuatkan anda kagum dan menyebabkan otak anda berfikir sejenak.








1 - Satu sudu madu bersamaan dengan hasil kerja seumur hidup 12 ekor lebah.

Secara purata, seekor lebah pekerja akan menghasilkan lebih kurang 1/12 daripada satu sudu besar madu sepanjang hayatnya.



2 - Terdapat sejenis obor-obor yang tidak akan mati.
Obor-obor jenis Turritopsis Nutricula adalah satu-satunya haiwan yang dikenalpasti boleh menukarkan dirinya menjadi muda kembali setelah selesai mengawan. Kerana itulah jumlah obor-obor semakin meningkat dan merunsingkan para saintis.



3 - 'Mammoth' masih wujud ketika Piramid Giza sedang dibina
Mammoth terakhir pupus sekitar tahun 2000BC manakala pembinaan piramid Giza telah siap pada 2540 BC. Ini menunjukkan Mammoth masih wujud ketika piramid Giza dibina. Malah ada yang menyatakan Mammoth pernah dibawa ke mesir pada zaman dahulu.


4 - Jika kereta boleh dipandu keatas, ia akan mengambil masa sejam untuk sampai ke angkasa
Jika kereta dipandu pada kelajuan 95km sejam kearah langit, ia akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke angkasa.


5 - Syarikat Nintendo ditubuhkan sebelum kejatuhan empayar Uthmaniyyah.
Syarikat Nintendo telah ditubuhkan sebagai syarikat kad pada akhir 1889 yang mana pada asalnya diberi nama Nintendo Koppai. Syarikat ini pada mulanya menjual satu permainan kad yang dipanggil Hanfuda. Empayar Uthmaniyyah pula dibubarkan pada tahun 1922.


6 - Anda tidak pernah melihat wajah anda dengan mata sendiri. Hanya gambar dan refleksi sahaja.
Percayalah, anda tidak pernah melihat bagaimana wajah anda. Apa yang anda nampak dicermin hanyalah sekadar refleksi yang telah diproses oleh otak anda(dengan pelbagai tokok tambah). Perkara yang paling hampir dengan wajah anda adalah gambar dan video anda sahaja.


7 - Planet Pluto tidak pernah melengkapkan putaran orbitnya mengelilingi matahari semenjak ia digelar sebuah planet.
Pluto telah ditemui pada 18 Februari 1930. Ia memerlukan 248.09 tahun bumi untuk melengkapkan satu orbit mengelilingi matahari. Jika dikira, Pluto akan melengkapkan putarannya mengelilingi matahari pada tahun 2178.


8 - 25,000,000 sel anda mati ketika membaca fakta ini.
Tetapi jangan risau kerana tubuh anda membuat lebih 300 billion sel untuk menggantikannya setiap hari.



9 - Mata anda selalu melihat hidung, tetapi otak anda mengabaikannya.
Walaupun hidung anda berada betul-betul di depan mata anda, otak anda akan mengabaikannya dan tidak memprosesnya maklumat mengenainya(bentuk, warna dan lain-lain). Ini kerana otak anda sudah mengetahui bagaimana rupa hidung anda dan tidak ada maklumat lain yang boleh diambil dari hidung anda.

Jika anda pernah mempunyai jerawat diatas hidung, anda pasti pernah mengalami situasi dimana pada mulanya, anda akan selalu ternampak jerawat tersebut merasa tertekan dengan jerawat tersebut. Ini kerana ia adalah benda baru yang perlu diproses oleh otak anda. Tapi lama-kelamaan otak anda akan terbiasa dengan jerawat tersebut dan mengabaikannya. Ini akan membuatkan anda 'lupa' tentang jerawat itu, kecualilah jika jerawat itu semakin membesar atau berubah warna. -
Siakapkeli.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 09:54 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:29 AM | Show all posts
amazing....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:40 AM | Show all posts
Info hidung tu menarik

Kalau sesiapa yang baru operate mancungkan hidung, mesti terganggu penglihatan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:42 AM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 10:20 AM | Show all posts
bila baca pasal hidung je, terus tgk hidung sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 11:31 AM | Show all posts
lelakinaive replied at 1-7-2015 10:20 AM
bila baca pasal hidung je, terus tgk hidung sendiri

itulah, sampai terjuling bijik mata aku  
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 02:42 PM | Show all posts
good info
tak pepasal iols tgk idung s'diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 1-7-2015 10:31 AM
itulah, sampai terjuling bijik mata aku

Bace komen korg,
Aku pon terjebak same...

Kuuii...kuuiiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:25 PM | Show all posts
tetiba aku memikirkan nasib seekor lebah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:57 PM | Show all posts
hahahahaha.. amazing!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:33 PM | Show all posts
menarikkan bab hidung tu?
Maksudnya selama ni kita nampak hidung kita tu sepanjang masa. hoho
tapi otak kita abaikan je...
Kalau nak sedar kewujudannya, kena tengok dgn sedar...
terlupa je, tak sedar balik...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 10:40 AM | Show all posts
yang hidung tu betul.i pernah kena pimple d hidung..punya la i gelisah sebab nampak pimple tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
info best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.068171 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list