CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2770|Reply: 9

Senarai LIF Yang Paling Menakjubkan Di Dunia

[Copy link]
Post time 30-6-2015 06:23 PM | Show all posts |Read mode
5 ELEVATOR PALING MENAKJUBKAN DAN MENAKUTKAN DI DUNIA | Elevator atau di sini lebih popular dengan sebutan lif sudah pasti terdapat pada gedung-gedung pencakar langit.

Dengan alat pengangkutan inilah kita boleh bergerak dengan cepat mencapai lantai yang tinggi dari tingkat ke tingkat.Di lokasi-lokasi tertentu, ada beberapa lif yang dirancang membuat orang yang menaikinya sakit jantung dan gayat terlampau.

Andai anda tiada keberanian, jangan gatal-gatal nak cuba menaiki lif yang disenaraikan di bawah. Takut nanti ada orang terkencing ketakutan. Ha! Ha! Ha!

Saksikan senarai lif paling menakutkan di dunia.




1. Swiss Skydive elevator



Swiss Skydive adalah elevator yang dibina untuk mencetus adrenalin anda.



Bagaimana tidak, elevator yang boleh menaiki ketinggian ratusan kaki ini, bahagian dasarnya diperbuat daripada kaca metalik berteknologi tinggi sehingga a
nda boleh melihat pemandangan di bawah elevator (yang tentunya sangat membuat jantung berdegup kencang) tanpa takut akan jatuh.


2. Stockholm Globe Arena elevator






Stockholm globe arena adalah binaan bangunan unik berbentuk separuh bola Golf yang terdapat di kota Stockholm.

Salah satu yang terkenal pada bangunan ini adalah elevatornya di mana anda boleh naik ke puncak bangunan dengan menggunakan elevator melingkar.

Elevator diperbuat daripada kaca agar anda boleh menikmati pemandangan salji kota Stockholm serta sensasi ketinggiannya.



3. Bailong elevator





Bailong Elevator adalah salah satu elevator outdoor tertinggi di dunia.

Elevator ini berada di Tebing Wulingyuan di Zhangjiajie, China.

Dengan menaiki elevator ini, Anda boleh menikmati sensasi ketinggian tebing dengan segala keindahannya di ketinggian 1.070 kaki (sekitar 300 meter)



4. Taipei 101's elevator





Bukan ketinggian yang mengejutkan pada elevator ini, namun kepantasan naik dan turunnya.

Bayangkan saja, elevator ini naik ke atas dengan kelajuan 37.7 mph.

Elevator ini dinobatkan sebagai elevator tercepat di dunia.

Anda boleh sampai ke tingkat 10 dari ground floor hanya dalam beberapa saat sahaja.



5. Eiffel Tower Passenger Elevators




Ini adalah salah satu elevator paling terkenal di dunia, Eiffel Tower Passenger Elevators.

Elevator inilah yang membawa pengunjung Menara Eiffel untuk menaiki bahagian atas menara Eiffel.

Elevator ini dibina dengan bentuk yang terbuka sehingga pengunjung boleh menikmati keindahan menara Eiffel dan kota paris sepuasnya.
http://www.mazeermohamad.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 07:04 PM | Show all posts
dlm byk2 lif kat atas, Eiffel Tower punya lif yg dah pernah aku naik dulu. Time aku naik dulu, lifnya jenisl lif lama, berkeriut bunyinya sana sini. Nak melangkah keluar dari lif mcm ada gap, gerun je tgk, takut kot2 jatuh lak.

Kalau di suruh naik lif2 yg kat atas tu, tak hingin aku naik,biarlah duduk je dibawah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 09:46 PM | Show all posts
Dalam list yang kat atas Swiss Skydive elevator je cam tak berapa nak berani nak cuba
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:27 AM | Show all posts
takde apa sangat pon Eiffel Tower nyer lif, tak menakjubkan pon sebenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 04:15 AM | Show all posts
boleh la nak try naik semua..
tp china punya tu ragu2 sikit nak naik..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:16 AM | Show all posts
Ni kalau dah naik atas ni mesti nangis-nangis nak turun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 08:48 AM | Show all posts
Kalau naik pun, mata pandang atas jek.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 1-7-2015 07:48 AM
Kalau naik pun, mata pandang atas jek.

Bukanlah...

Tutup mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Felycya replied at 1-7-2015 04:41 PM
Bukanlah...

Tutup mata...

Tak pun pakai sunglasses.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 07:07 AM | Show all posts
cmf_Kimmy replied at 30-6-2015 07:04 PM
dlm byk2 lif kat atas, Eiffel Tower punya lif yg dah pernah aku naik dulu. Time aku naik dulu, lifny ...

iols naik ikot tangga jak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063492 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list