CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7688|Reply: 30

Sari Yanti Ditahan Polis di China

[Copy link]
Post time 6-7-2015 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by fynnkakiblock at 6-7-2015 09:54 AM

Sari Yanti Ditahan Polis, Dimasukkan Ke Hospital Ketika Di China

Berpunca daripada salah faham dengan pihak berkuasa di China, Sari Yanti telah ditahan ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lepas. Sari Yanti dan kru ditahan sewaktu mereka menjalani penggambaran di tanah perkuburan kerana didakwa menceroboh kawasan tersebut dan mereka telah dibawa menaiki trak polis.

“Kalau ditahan, saya seorang sahaja perempuan. Saya dah suruh adik bersiap sedia untuk hubungi pejabat kedutaan kalau saya kena tahan. Alhamdulillah, semua itu hanya salah faham dan akhirnya kami dilepaskan dan meneruskan penggambaran,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.
Selain itu, tambah pelakin ini, dia juga telah dimasukkan ke hospital tempatan di sana kerana demam panas kerana cuaca yang agak panas iaitu sekitar 45 darjah celcius ditambah lagi dengan keadaan berdebu di kawasan padang pasir.

“Cuaca di sana memang panas. Bila malam dingin sangat. Saya dan Shah Jaszle dimasukkan ke hospital kerana demam panas, gara-gara kami keletihan kerana perjalanan yang jauh. Sempat jugalah air dimasukkan ke dalam badan kami.”

“Biarpun saya alami pelbagai dugaan tetapi saya suka tengok suasana di sana. Dapat lihat pokok anggur sepanjang jalan dan satu lagi masyarakat di sana suka makan tembikai. Sewaktu penggambaran, orang di sana macam biasa saja dengan aktiviti mereka,” katanya.


Kredit kepada RotiKaya





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 09:54 AM | Show all posts
pada Jun tahun lepas
mengikut pemahaman aku, menda ni jadik June 2014...  awat skang baru keluar cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:55 AM | Show all posts
Sari Yanti telah ditahan ketika menjalani penggambaran drama Mencari Mubarakh di Turpan, Xinjang, China pada Jun tahun lepas.


cerita tahun lepas ke ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 09:55 AM | Show all posts
eyansss replied at 6-7-2015 09:54 AM
mengikut pemahaman aku, menda ni jadik June 2014...  awat skang baru keluar cite ni...

Aku baca balik pun tulis tahun lepas. Aku cedok kat RK haha bengong RK sekali dgn aku pun bengong
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:56 AM | Show all posts
Owohh!!! Bukan dia sorg yg ditahan. Da whole crues... Tajuk mcm dia sorg je yg ditahan. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah.xfaham2 lagi ke bala elohim bertimpa2 ittu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 09:58 AM | Show all posts
ni pun nak jadi bahan berita...apedah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:58 AM | Show all posts
fynnkakiblock replied at 6-7-2015 09:55 AM
Aku baca balik pun tulis tahun lepas. Aku cedok kat RK haha bengong RK sekali dgn aku pun bengong  ...

RK kena clearkan betul2...  June tahun lepas ke june lepas...  dedua bawak makna yang sangat berbeza tu...  hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 09:58 AM | Show all posts
aku baru nak speku mende lain...seb baik baca dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 6-7-2015 09:58 AM
RK kena clearkan betul2...  June tahun lepas ke june lepas...  dedua bawak makna yang sangat berbe ...

Tacang punya pasal bengong ai haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:59 AM | Show all posts
lah, cerita tahun lepas. motif nak upkan balik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 6-7-2015 09:58 AM
aku baru nak speku mende lain...seb baik baca dulu

Speku ape nok
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:02 AM | Show all posts
tahun lepas??.. oiitt tertinggal ketapi jauh sgt ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur forumer semua masih waras dan masih dapat detect kes tertulis tahun lepas. Tak letih berpuasa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:05 AM | Show all posts
cite thn lepas br nk publish thn ni ke...lama nyer amik masa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
reenz013 replied at 6-7-2015 10:05 AM
cite thn lepas br nk publish thn ni ke...lama nyer amik masa

Kenangan tahun lepas kot? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 10:12 AM | Show all posts
motif yang ingin disampaikan oleh beliau adalah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:27 AM | Show all posts
alaaa...  citer ni timbul sbb drama lakonan sheols tu yang kt china tu baru ditayangkan bulan puasa ni ....hakikatnya shooting dah bertahun.... standard rtm laa...   shooting dah lama...tp bertahun2 baru nak tayang kat chanel RTM...
bukan macam tv3 and astro ...  shooting tak abis2 lagi even skrip belum siap especially utk drama bersiri...terus dah disiarkan kat kaca TV ....#eyh... hehehee...

Citer sariyantik yg kononnya ditangkap ni dah keluar juga kat mstar dan beberapa akhbar sebelum ni

Sekian laporan meols...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:49 AM | Show all posts
cerita lama....

+kacang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 10:54 AM | Show all posts
ju taun lps? jun lepas?


atau cane ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.082566 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list