CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8369|Reply: 16

Pengarah Suka Kontroversi Shuhaimi Lua buat hal lagi; Gadoh dgn A.Aida pulakk..

[Copy link]
Post time 6-7-2015 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 6-7-2015 03:35 PM

A. Aida Tanggung Rugi Sikap Lalai Pengarah Drama
Penerbit drama A. Aida terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM30,000 ekoran sikap sambil lewa pengarah Shuhaimi Lua kerana terlepas pandang banyak adegan ketika mengarahkan drama bersiri berjudul Puteri Gunung Ledang. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 44, berkata, dia berang apabila mendapat tahu pengarah itu tidak merakam 100 adegan dalam drama berkenaan sehingga menjejaskan jalan ceritanya.

"Skrip Puteri Gunung Ledang saya sendiri yang tulis jadi semasa sesi suntingan bersama editor saya pelik kerana 100 babak tiada dan ia menjejaskan karya tersebut. Semua 100 babak itu adalah penting kerana ia saling berkaitan dan saya tidak faham kenapa dia sambil lewa dalam tugasnya sebagai pengarah sehingga saya terpaksa menanggung kerugian kerana perlu membuat penggambaran semula," katanya kepada mStar Online.

Puteri Gunung Ledang  membariskan pelakon seperti Atikah Suhaimi, Ammar Alfian, Sabhi Saddi, Aida Khalida, Amyza Aznan, Mimi Ernida, Idris Khan dan Keena Mentor.


Ia disiarkan menerusi saluran Internet, HyppSensasi (116) bermula 15 Jun lalu yang keudara pada setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

Dalam pada itu, A. Aida yang juga pemilik A.Aida Productions berkata, dia terpaksa meminta artis terlibat menjalani semula penggambaran babak yang tidak dirakam biarpun sedar kesibukan masing-masing dengan tugas lain termasuklah bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Katanya lagi, pihak produksi juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi tujuan tersebut dan tindakan Shuhaimi itu jelas mendatangkan pelbagai kesan kepadanya.

"Bayangkan 100 babak saya hendak rakam kembali dan ia bukannya percuma dan perlu kos yang tinggi tetapi tidak mengapa kerana ada hikmah dan pengajaran saya bertemu dengan individu sebegini. Alhamdulillah pelakon-pelakon juga memberikan komitmen untuk menyelesaikan baki penggambaran biarpun sibuk dengan tugas lain," ujarnya.

Sementara itu, A. Aida berkata, dia ada bertanya sendiri kepada Shuhaimi berhubung perkara itu namun kecewa dengan jawapan diberikannya. Jelas A. Aida, Shuhaimi bersikap tidak bertanggungjawab selain menyalahkan pihak lain termasuk penolong pengarah yang kononnya tidak memaklumkan adegan yang tidak dirakam itu kepadanya.

"Dia sebagai pengarah patut lebih tahu sekiranya ada babak yang tertinggal dan bukannya menyalahkan orang lain apabila disoal tentang kehilangan 100 babak drama berkenaan.

"elakon yang terlibat pula berasa pelik kerana penggambaran tiba-tiba selesai kerana mereka sedar masih banyak babak tidak diselesaikan. Kepercayaan dan amanah yang saya berikan dibuang begitu sahaja dan itu adalah kali pertama dan terakhir A. Aida Production bekerjasama dengan dia," tegasnya.


'Saya Tidak Lari' - Shuhaimi Lua

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi yang dihubungi menjelaskan dia bersedia untuk mengarah semula baki babak drama tersebut dan hasrat itu sudah dijelaskan kepada A. Aida. Malah kata Shuhaimi, dia tidak pernah melarikan diri daripada masalah dibangkitkan kerana menganggap isu tersebut perkara biasa dalam sesebuah produksi.

"Apabila anda berurusan dengan drama bersiri sebanyak 30 episod dengan lebih 1,300 babak untuk dirakam, ia bukan kerja pengarah untuk ingat semua benda tambahan pula saya hanya diberi masa dua bulan untuk menyiapkan drama berkenaan.

"Seratus babak yang tiada seperti diperkatakan itu sebenarnya hanya sekitar lapan peratus sahaja tidak dirakam dan saya bertanya bahagian mana yang tidak ada dan saya ada masa lapang sepanjang Ramadan untuk melakukan penggambaran semula," ujarnya.

Tambah Shuhaimi, dia juga tidak pernah menyalahkan penolong pengarah drama seperti mana diperkatakan dan menganggap masalah yang timbul melibatkan seluruh produksi. Bagaimanapun Shuhaimi mengakui konsentrasinya terganggu kerana dalam tempoh yang sama A. Aida memintanya mengarahkan sebuah lagi telefilem berjudul Ramadan Jangan Tinggalkan Kami ketika dia sibuk di lokasi Puteri Gunung Ledang.

"Saya pada dasarnya tidak menyalahkan sesiapa berhubung isu berkenaan seperti didakwa kerana produksi adalah kerja berpasukan dan kita saling membantu sekiranya timbul sesuatu masalah.

"Tumpuan saya juga terganggu apabila terpaksa buat dua benda dalam satu masa dan kebimbangan itu pernah saya luahkan kepadanya tetapi tidak diendahkan," jelasnya.

Shuhaimi berkata, biarpun sedar kerjayanya bakal menerima kesan ekoran insiden berkenaan namun dia yakin kejadian itu banyak memberi hikmah dan pengajaran.

"Ini kali pertama sepanjang bergelar pengarah saya terpalit dengan perkara seperti ini tetapi tidak mengapa ia adalah satu ujian buat saya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Insya-Allah masih ada ruang untuk saya kerana sudah banyak kerjasama saya jalinkan dengan produser sebelum ini dan sekiranya ada masalah pun ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengarah yg mengaku diri dia gila glamor, hadap kontroversi, gila jantan sado, Shuhaimi Lua a.k.a Abg (Kakak) Mie (pengarah Chukang) sekali lagi menimbulkan kontroversi dengan org yg bekerjasama dgnnya. Kali ni bertekak pulak dgn A.Aida, produser yg bagi dia job.....

tp knowing heshe....kadang2 dia sengaja bikin kontroversi, konon nak bg nama up....dlm industri penerbitan drama2 ni....  huhuu...

statement dia kata tak salahkan Assistant Director tu nampak benau nipunya....hari tu dia ada bg statement kata tu semua salah AD pastu dok canang kat penerbit Haji Zeel, yg tu bukan salah dia, salah orang lain...  alih2 A.AIda dah sentap....terus tukar statement....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2015 04:13 PM | Show all posts
one word. Sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 04:24 PM | Show all posts
tak kenal pun... ko buat la kontroversi havoc mcmana pun tetap aku tak kenal kau.

sekian,
makton propa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ada atikah suhaimi? pelakon kayu tu?
takpayah puteri gunung ledang la tukar jd puteri kayu jati
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn setiap satu take..pengarah dgn production team akan mainkn playback utk tgk kesesuaian shoot ker...selagi xpuas hati selagi tu ulang ulang...kes ni kira smpai betul2 nk rush siapkn kerja.smpai byk bnda trlepas pandang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2015 09:39 PM | Show all posts
Gilekan abg sado? Selalunyer muka2 sedih camni slalu taste tinggi2 sbb suka amek kesempatan hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2015 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Para plakon PGL tlng la hazab okeh..kcuali aida khalida n amyza..

Dia ni best gak cite2 yg dia arah.. lbih kurg cite azma aizal, best.. tp rogayah upanya.. ari tu glemer kes apa lupa dah.. panas la jap, pastu sendu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk drama mungkin tau la..tgk pengarah..x hensem..x kenal pun xper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 09:28 AM | Show all posts
sendunya alahai ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:38 AM | Show all posts
Entah...jgn kata pengarah...citer PGL versi drama sendu ni pon aku x tahu wujud
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2015 01:29 PM | Show all posts
zaraaqilah replied at 7-7-2015 09:38 AM
Entah...jgn kata pengarah...citer PGL versi drama sendu ni pon aku x tahu wujud

sendu sendan sbb tyg kat hypp TV chuolss...  hikhikkk...

tu yg kena bikin kontolbesi ...suh org langgan hypptV menengokk nya...  walaupun hakikatnyaaa  mmg taklahhh kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:26 PM | Show all posts
sendu betul lah nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 02:34 PM | Show all posts
ehhh rasa mcm dah byk tahun jugak acik zaidah awang ni umo 44
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 6-7-2015 10:57 PM
Para plakon PGL tlng la hazab okeh..kcuali aida khalida n amyza..

Dia ni best gak cite2 yg dia ar ...

dia arah pilem lgbt chukang..roslan shah jd mak hayam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 01:27 PM | Show all posts
Yg latest drama heshe under production A.Aida jugak, bakal tayang masa raya nanti kat Tibi Tigasuku tajuk           ABG SADO KAU ADO?
Curlastttttt. Mampooo?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2015 03:19 PM | Show all posts
sape ni?? sape ni? x kenal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2015 04:54 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 9-7-2015 04:56 PM

shuhaimi luak ni memang terkenal dgn kontolbesi nya bermula dengan :

1) filem pendek arahan sheols iaitu chukang, filem pertama arahan sheols kekdahnya...menimbulkaan kontolbesi sbb memaparkan lgbt then kisah di rumah2 urut rogayah hamzah...lakonan azam pitt, kakak selan shah, ipah raziah dan ramai retis sendu....

2) pastu lepas arah pilem pendek, sheols feeling nak arah drama pulekk...puas meroyan kat seluruh chanel yg ada di malaysia bg sheols peluang ...last2 nan hado....lalu sheols bukak company sendiri, direct sendiri guna kos sendiri...tajuk very classy ..."perempuan tanpa rahim", drama ni best la jugek ...tayang masa raya, lakonan hebat normah damanhuri dan eja. tp disebaliknya sheols turun naik tangga chanel tv suh depa beli drama ni, last2 tv3 setuju membelinya...



3) pernah dituduh menyimpan anak ikan bernama faiz fadzil, budak ni pelakon sendu ...pernah berlakon dlm filem Hore Hore yg akim ahmad berlakon tu, everytime sheols mengarah mesti si faiz ni berlakon tak kisahla watak pembantu k, watak extra ke, watak pacak k, tatap dia ada....last2 shuhaimi menafikan kenyataan yg dia menyimpan si fadzil ni... dan menyatakan fadzil ni hanyalah retis residen syarikat sheols jahhh



4) mengaku suka cipta kontroversi, gila glamer, himpit retis populer bagi nak naik nama...  setiap kali sheols mengarah mesti akan ada kontroversi yg timbul... antaranya : kontroversi bergaduh dengan fida ibrahim dan zalif sider utk sebuah drama raya, hasut si fasha sendat supaya bergaduh dgn amira rosli masa shooting satu drama raya gak... konon2 si amyra dtg lambat, and minta fasha tegur si amyra la....sheols feeling batu api.. bergaduh sentap dgn pengarah tersohor slot samarinda ramadan shahrulezad...

5) gila trending, kalo drama arahan sheols tak trending, meroyan2 meratib kat IG... antara drama sheols direct yg sheols feeling meletop tp hanya suam2 kuku jahh..  drama nasuha, maaf jika aku tak sempurna and bencinta, ketiga2 drama under penerbitan zeel production (mak hayammm besauuu juga tu dalam dunia penerbitan drama)

6) and now gaduh ngan akak A.Aida pulekkk...  gasakk la koranggg ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.072548 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list