CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3034|Reply: 42

[Tempatan] Dakwaan WSJ Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kerajaan

[Copy link]
Post time 7-7-2015 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan WSJ Konspirasi Untuk Menjatuhkan Kerajaan - Ketua Pengarah Jasa
BALIK PULAU, 6 Julai (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) menyifatkan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan.

Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata selepas penangkapan warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo bulan lepas, maka terdedah bahawa ada pihak yang melakukan pemalsuan dokumen untuk menfitnah kerajaan.

"Selama ini kita hanya melihat konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini melalui 'orang dalam' semata-mata tetapi dengan apa yang dilakukan WSJ ini jelas negara kini turut berhadapan dengan serangan daripada luar.

"Saya berharap Perdana Menteri dapat segerakan tindakan saman terhadap WSJ yang sengaja mahu memfitnah dan memburukkan nama baik beliau dan negara," katanya kepada pemberita sebelum Program Jasa Prihatin peringkat Pulau Pinang di Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib semalam bahawa beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Mohd Puad yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata tindakan saman itu harus disegerakan kerana dakwaan itu bukan sahaja membawa kesan kepada kepimpinan Perdana Menteri tetapi juga kestabilan dan keselamatan negara.

Beliau turut mengesa anggota UMNO supaya bersatu mempertahankan Perdana Menteri dan yakin Najib mampu menerajui cabaran itu dengan sokongan anggota UMNO dan keyakinan rakyat.

"Kenyataan (penafian) yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung perkara ini adalah jelas dan dakwaan WSJ langsung tidak berasas," katanya.

Jumaat lepas, WSJ menyiarkan laporan dengan mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Najib.

-- BERNAMA


apa faedah mereka untuk jatuhkan kerajaan?..WSJ tu dari amerika, PM Najib pula pro amerika
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 09:07 AM | Show all posts
Ehh soklan ang sama mcm soklan aku sebelum aku baca soklan ang tu... mcm la mesia ni prc yg menguasai ekonomi dunia...lawak sunggoh ...

dia ingat wsj tu tarap berita hairan ka  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:15 AM | Show all posts
Lebeh percaya pada perbicaraan di mahkamah dr perbicaraan di media
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:21 AM | Show all posts
Kalu kena tang Najib bunyi dia "Konspirasi".. Tapi kelu kena tang KETUM & Bontot Sepol bunyi dia "Skandal Seks"... Lembu2 UMNO semua duk pakat angguk2 geleng2 je.... Muhahahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:24 AM | Show all posts
jaman takdak internet dulu bulih lah nak berpropaganda gini...hoiiiiiii! dah abad ke 21 dah nih...bawak2 lah kluar dr akai taun 80an tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:25 AM | Show all posts
konspirasi plak dahhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 09:27 AM | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 7-7-2015 09:28 AM

Konspirasi nak menyonglap duit negara tak kata pulak. I hope somebody will write on this ....one of these days....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar aman2 aje dlam penjara..merasa la ko najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 09:31 AM | Show all posts
jilat dan jilat..lepas raya dapat result
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:35 AM | Show all posts
konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan?

terhibur aku pagi2 lagi dah baca lawak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:35 AM | Show all posts
apa faedahnya kalau dapat menjatuhkan kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:41 AM | Show all posts
akusukaq replied at 7-7-2015 09:15 AM
Lebeh percaya pada perbicaraan di mahkamah dr perbicaraan di media

Soalnya sekarang, bila mahkamah nak mula berbicara.  Makin lama mahkamah tak cakap, selama itulah rakyat akan tertanya2  Akan lebih banyak cerita dan soalan yg akan timbul dan akan lebih lamalah Najib dn Rosmah tak lena tidur. Hari2 terhujat, hari2 stress.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan? Kalau kena pada batang hidung sendiri puak BN ini akan cakap semua ianya adalah konspirasi dunia, Yahudi, Cina, Komunis untuk jatuhkan kerajaan.
Cuba kalau WSJ membongkar keburukan pemimpin PR, macai BN mesti cakap ini takdir Tuhan. Laporan WSJ harus dipercayai sebab mereka telus dan profesional.

BTW, motip WSJ dan media tempatan dan asing mahu berkomplot jatuhkan kerajaan negara kita? WSJ lebih berminat nak jatuhkan kerajaan China, Russia dan Korea Utara.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:55 AM | Show all posts
mmg nampak sgt.. dolu2 buat secara dalaman.. buat demonstrasi tak jalan jugak..dorang create persepsi dah bertahun-tahun sampaikan membenci kerajaan ni dah sebati kat rakyat Malaysia esp golongan2 bawahan yg malas nak cari maklumat dan berfikir..set2 urban pun hadap sgt nak naikkan pemimpin cina racist..lepas tu guna plak 1MDB.. dah kantoi 1MDB tak boleh nak jatuhkan, guna isu lain plak.. mmg sgt bijak dan terancang cara mereka nak jatuhkan kerajaan.. sambil2 tu, pecah belahkan org melayu sungguh-sungguh.. geng Tun det, geng Najib, geng Pas, geng Pasma.. sungguh2 hasut rakyat benci GST padahal GST ni kalau nak stable perluka masa.. bagi la at least setahun...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:01 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 7-7-2015 09:50 AM
Kan? Kalau kena pada batang hidung sendiri puak BN ini akan cakap semua ianya adalah konspirasi duni ...

Itulah spidey... perasan sungguh. Takkan TDM yg sendiri declared as musuh no 1 yahudi nak konspirasi dgn WSJ untuk jatuhkan Najib.. Najib tu dah la baik benar dgn us... nak jatuhkan dia buat apa.?WSJ pulak bukan us gov punya tp private entiti

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 7-7-2015 09:24 AM
jaman takdak internet dulu bulih lah nak berpropaganda gini...hoiiiiiii! dah abad ke 21 dah nih...ba ...

jaman ada internet semua mak cik kaki gosip mulut becok pun nak jadi hakim ka majistret ka peguam ka

sambil berporum sambil terlucut kain baju

pfftt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 10:06 AM | Show all posts
mattzzx replied at 7-7-2015 09:35 AM
apa faedahnya kalau dapat menjatuhkan kerajaan?

yahudi, nasrani, syiah, buddha, Tao, Shinto, Hindu, Pagan sentiasa cemburukan ummah sunni malaysia yang boleh dikatakan rare species yg dijanjikan  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:06 AM | Show all posts
d'zeck replied at 7-7-2015 10:01 AM
jaman ada internet semua mak cik kaki gosip mulut becok pun nak jadi hakim ka majistret ka peguam  ...

pagi2 bang dijek dah bayang mek lucut kain baju...bini balik kampung beranak, posa zahir batin siang malam ka bang dijek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 7-7-2015 10:06 AM
pagi2 bang dijek dah bayang mek lucut kain baju...bini balik kampung beranak, posa zahir batin sia ...

mung sambil berak pun sambil bagi hujah bekap cina DAP

sure kategori mak cik serabai

pfftt
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 7-7-2015 10:06 AM
yahudi, nasrani, syiah, buddha, Tao, Shinto, Hindu, Pagan sentiasa cemburukan ummah sunni malaysia ...

tidak mustahil sama sekali

especially cina komunis DAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074103 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list