CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 6

[Jenayah] PAS AKAN SAMAN KERAJAAN PULAU PINANG

[Copy link]
Post time 7-7-2015 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Anak_Nogori at 7-7-2015 10:16 AM

PAS AKAN SAMAN KERAJAAN PULAU PINANG7/07/2015 |




Memecat aktivis PAS secara tidak beretika, PAS negeri akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata PAS negeri pimpinannya telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang telah dipecat itu

“Reputasi mereka adalah menjadi keutamaan. Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menyebabkan orang ramai berfikir wakil yang dipecat itu bermasalah. Ia menjejaskan reputasi mereka,” katanya kepada The Star Onlinepada Isnin.
Menurut beliau, pemecatan wakil PAS dari pentadbiran negeri itu menjadi satu masalah dalam hubungan PAS dan DAP.
Pada Muktamar PAS yang awal bulan lalu, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.
Namun, memandangkan keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan, Fauzi berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemecatan itu adalah salah.
“Adakah ini satu kepimpinan bermoral? Jika mereka boleh melakukan perkara ini kepada kami, apa yang rakyat boleh harapkan daripada pemimpin dengan moral seperti itu? Mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak diketahui di sebalik semua ini,” katanya.
Beliau berkata sebarang tindakan yang diambil mestilan berdasarkan prosedur operasi standard.
“Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan keadilan tetapi persepsi. Sebagai kerajaan negeri, mereka harus mengikut prosedur yang betul,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri jelas bertindak melulu dalam isu pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
“Kami mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat wakil dari parti kita,” katanya.
Yaacob adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, manakala Omar adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh.
Pemecatan kedua aktivis PAS itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow pada 18 Jun lalu.
Kedua-dua aktivis PAS yang dilantik sebagai ahli Majlis pada Januari lepas dipecat serta merta meskipun kontrak mereka masih belum tamat.
Omar Hassan Dipecat Ahli Majlis MPSP ‘Hadiah’ Menangkan PRK Permatang Pauh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2015 09:45 AM | Show all posts
gila jawatan gak pas ni yerr
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:47 AM | Show all posts
TAHNIAH ANAK NOGORI, TIAP2 HARI KO GIGIH CARI ARTIKEL2 LAIN SELAIN DARIPADA BERKAITAN DGN TUAN KO - BIJAN
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala pas pun sama je
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:50 AM | Show all posts
PUALAU PINING
lek2 bang AN..kot ye pon nak cepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2015 09:54 AM | Show all posts
Woii TT @Anak_Nogori .. Kat tred sebelah ko dah kantoi TERCIRIT.. Ko bukak tred baru plak??

NI ko dah tercirit kat sini http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1135465

APA CITER? MANA MAU LARI??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2015 09:54 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 7-7-2015 09:47 AM
TAHNIAH ANAK NOGORI, TIAP2 HARI KO GIGIH CARI ARTIKEL2 LAIN SELAIN DARIPADA BERKAITAN DGN TUAN KO -  ...

check and balance katanya...

Attorney General Russert:That won't be necessary, Colonel, as I have already received no less than a dozen calls from highly-ranked and powerfully-placed individuals telling me to let you go. But the joy of checks and balances in our government is that I can, and am, indeed, required by law, to tell them to fuck off.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.057780 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list