CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8898|Reply: 17

7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui

[Copy link]
Post time 28-7-2015 04:15 PM | Show all posts |Read mode

7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui Umum. Rasanya hampir setiap orang pernah menonton filem P Ramlee, filem yang banyak memberi pengajaran, nilai – nilai kemanusiaan, kritikan serta sindiran dan lawaknya masih segar di ingatan walaupun filem tersebut sudah agak lama penerbitannya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara dalam filem P Ramlee yang merujuk kepada sindiran atau kritikan tajam yang diolah mengikut peredaran masa.



7 Perkara Dalam Filem P Ramlee Yang Tidak Diketahui Umum

1. Filem Ali Baba Bujang Lapok
Dalam kisah Ali Baba Bujang Lapok, Sewaktu orang kaya menyuruh ketua penyamun merompak beliau, demikian adalah dialognya:
Orang kaya: Aku orang kaya. Aku mahu minta tolong dengan engkau. Boleh tidak engkau rompak aku punya rumah?
Ketua penyamun: Why? Apa pasal engkau suruh aku rompak engkau punya rumah?
Orang kaya: sebab aku mahu lari dari “bayar hutang”…

Kalau perasan, orang kaya tersebut, menyebut bayar hutang, tetapi dialog asalnya adalah “lari dari income tax“. Cuba tengok betul-betul gerak mulut nya. Begitu la orang kaya (tak semua). Sanggup bersekongkol dengan penjenayah untuk tak nak membayar cukai (untuk pembangunan Negara) atau membantu orang miskin asalkan tak perlu membayar cukai..

2. Filem Ali Baba Bujang Lapok
scene di pasar raya (ada yang dah kena delete)
Penjual 1: ganja, ganja
Penjual 2: Candu, candu
Marjina: saya mahu beli belacan
Penjual 3: Shhh. jangan cakap kuat-kuat, nanti polis tangkap sama saya.
Marjina: Jual belacan pun polis tangkap?
Penjual 3: Ya cik siti. Jual candu ada lesen. Jual ganja ada lesen. Jual belacan tak ada lesen. Saya smuggle dari Malaya.

3. Filem Laksamana Do Re Mi
Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:
Mi: Tuan puteri. ada sabun tak?
Tuan puteri: Nak buat apa tengah-tengah malam sabun?
Mi: er.. err… (tengok gerakan tangan dia. Hanya lelaki je faham hehehe)

4. Filem Musang Berjanggut
(scene Pusapawangi dan Tok kadi)
Pusawangi: Kanda, bolehkah adinda bertanya tentang undang-undang negeri di sini?
Tok Kadi: Boleh apa salahnya. Undang-undang apa dinda?
Puspawangi: salah atau tidak jikalau seseoang lelaki masuk ke rumah seorang perempuan di kala suaminya tiada di rumah
Tok kadi: Itu salah besar salah besar.
Puspawangi: Kalau macam tu, kanda ni pun salahlah
Tok Kadi: salah jugak la. Tapi itu tak jadi apa. Sebab undang-undang dalam negeri kanda yang bikin… ITU SEMUA BOLEH PADAM…

Begitulah kritikan P Ramlee terhadap pentadbiran negara. Undang-undang mereka tulis dan padam sesuka hati mengikut hawa nafsu mereka

5. Filem Musang Berjanggut.
P Ramlee merujuk anak-anak pembesar sebagai “betina” dan bukan “perempuan”. Pencarian isterinya bukan sekadar pangkat, kedudukan dan paras rupa, tetapi kebijaksanaan seorang wanita membawa dirinya.
Kerana Pemilihan isteri yang teliti menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan Perkahwinan Tun Nila Utama

6. Filem Nujum Pak Belalang
(bila badan dan nyawa di jumpai dalam gua)
Pak Belalang: Hai la badan.. matilah kau badan. Esok pagi akan bercerailah badan dengan nyawa. Hai la nyawa.. Esok pagi sultan akan menjatuhkan hukuman pancung..
Ramai merujuk cerita ini kepada Barisan Nasional kerana (Badan) (B) dan Nyawa (N). Tetapi sebenarnya tidak tepat. Ini kerana filem ini diterbitkan pada tahun 1959 sedangkan (masa itu BN dikenali sebagai parti perikatan atau Alliance front) sedangkan Barisan Nasional hanya di tubuhkan pada tahun 1969 dan didaftar pada 1974 secara rasmi.

7. Filem Pendekar Bujang Lapok.
Ini banyak yang disebut oleh orang ramai apabila Sudin menyebut Alif, mim, Nun Waw (UMNO)



Ramli: eh sudin.. ini apa bacanya
Sudin: Alif mim nun Waw… Alif tendang Waw sarkis daaaa..
Kisah ini benar dan di sebut oleh Aziz sendiri dalam temuramah di youtube mengenai UMNO. Sememangnya, P Ramlee sengaja merujuk UMNO sebagai parti sarkis.

Banyak lagi boleh di kongsi. Itu dalam penulisan lain. Ada yang kebetulan. Tetapi ada yang memang di sengajakan. Tetapi walaubagaimanapun setiap yang berlaku mungkin secara kebetulan atau sebaliknya. Wallahua’lam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 04:42 PM | Show all posts
al-fatihah kpd arwah..

beliau mmg seorang seniman yg hebatt..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 08:33 PM | Show all posts
betul..memang banyak sindiran nya...termasuk juga pengajarannya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 10:21 AM | Show all posts
kajian yang baguss....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 11:10 AM | Show all posts
Betul tu filem2 beliau banyak terselit pengajarannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 12:32 PM | Show all posts
seorang seniman yg hebatt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2015 03:58 PM | Show all posts
Arwah P Ramlee adalah jauh kedepan dari segi pemikiran dan minda. Di masa kita rata rata dok kampong, dia dah ada wawasan. Ada satu scene dalam movie apa tah.. character nyer pegi kat pak guard bai untuk beri rasuah ke apa, dan pak guard bai tu bagi nasihat which was both excellent and contemporary dgn masalh masyarakat masa itu dan lebih lebih lagi masa kini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2015 08:31 PM | Show all posts
ipes2 replied at 29-7-2015 03:58 PM
Arwah P Ramlee adalah jauh kedepan dari segi pemikiran dan minda. Di masa kita rata rata dok kampong ...

tak patut p ramlee suruh kaum lain terutama punjabi yg mundur bersyarah mengkritik melayu macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2015 08:58 PM | Show all posts
Entahlah.  P ramlee  macam katak bawah tempurung sikit . Sama dgn majoriti penerbit filem lain hingga ke hari ini. Cipta berbagai adegan sesuka hati walau menyimpang dari hakikat sebenar.
Ada hati pulak lagi nak mengata parti bangsa sendiri yg dah banyak bakti. Padan la dia mati dalam keadaan hampir sengkek
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 11:15 AM | Show all posts
Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:
Mi: Tuan puteri. ada sabun tak?
Tuan puteri: Nak buat apa tengah-tengah malam sabun?
Mi: er.. err… (tengok gerakan tangan dia. Hanya lelaki je faham hehehe)

ok, tak paham...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:11 PM | Show all posts
chinta89 replied at 2-8-2015 11:15 AM
Part di mana puteri dah diselamatkan. Mi masuk ke dalam bilik tuan puteri:
Mi: Tuan puteri. ada sab ...

dia nak pegi basuh baju la
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 09:13 AM | Show all posts
alfatihah untuk arwah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 11:40 AM | Show all posts
Salah bod lagi.....

Pasal konon UMNO tu...tolong ingat UMNO 1950an jauh beza dengan UMNO 2015....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah.xpenah jemu menonton cerita arwah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2015 11:37 AM | Show all posts
memang banyak unsur sarcasm dalam ceritanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2015 05:32 PM | Show all posts
Edited by bedahmulutpuaka at 11-9-2015 09:34 AM

siapa makan cili dia terasa pedas..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2015 12:52 AM | Show all posts
cerita2 p.ramlee mmg evergreen...
semua peringkat umur blh layan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068748 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list