CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[Edisi Siput] Saya Tak Tahu Escargot Tu Haram Dimakan - Neelofa #218

  [Copy link]
Post time 2-8-2015 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan dan rimas nya ada follower mcm tu.. Kdg2 pelik mna datang manusia mcmni. Manusia mcm ni tak patut didedah dgn teknologi internet harus dihumban dalam gua jer. Tkbleh ke tgk jer gambar tu tanpa nk jd jd alim ulama kt page org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tgk dlm ig miss kepoh tu, pakat dok kata haram sbb haiwan dua alam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:09 PM | Show all posts
kalau tengok dekat blog fatwa ...mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan ... sebab siput darat ... siput sedut tu air tawar ... sbb tu boleh makan ...

tp ada ulama yg mengharuskan ...

Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?                      Submitted by FatwaMalaysia on 6 November 2013 - 5:00pm   
                                     
                     
      


       

                ISU:

                Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam?  Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

                PENJELASAN:

                Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

                Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:
                                وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ
                Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).


                Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.
               
                Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

               
                “Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.


                Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

                Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

                Wallahu A’lam.

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/a ... an-oleh-orang-islam





Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kelasss lagi sekali sumber dari ig miss kepoh. iols baca kat ig sheols pun tau pasti isu ni bakal viral lagik. sheols sumber gosip popular skrg
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu telur penyu, ikan keli halal ke idak..makanan ummah tu,berani geng2 ucetat nak haramkan benda yg dah jd darah daging ummah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Lopak ni suka menunjuk nunjuk kononnya dia

Je la dpt mkn fine dining

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2015 02:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:23 PM | Show all posts
lantak la halal ke haram...mmg aku geli nak makan..so what
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 02:24 PM | Show all posts
sape ingat dialog cte SENARIO??

'escargotttt" kata si Wahid mse hidang siput ni kat restoran.

si Syanie jawab "Macam siput babi je?" hahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis gigih sgt nk jd urban parisian bagai makan escargot.walhal siput babi kat mesia ni byk jah. pi baca fatwa sana tgk halal ke haram nk makan.kalau dh tahu haram kang nak melantak jugaj kot suka kome ler...byk lg ayam kat mesia ni.kosser mocik nk makan siput babi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:26 PM | Show all posts
Adikk lopa takde maki2 kechek kelate ke kat ig kakak sheols bekap
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Org porum ni ramai jugak yg jahil
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:36 PM | Show all posts
Aku x sure siput yg neelofa makan ni siout apa
Tp sejak aku lahir hingga  besar  Kelantan... siput masak lemak yg  cuma kenal adalah spisis siput sawah yg ruoanya hampir sana dgn siput babi tu
Tp opkos bukan siput babi
Rupanya pon lain
Cuma aku nk bitau bukan siput belitung yg org antai barat dok makan jer wujud
Jgn ada pulak yg sakai ingat spisis siput masak lemak org melayu ni cuma siput belitung jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
makan benda haram menggelapkan hati.. oooo patut lah ummah meleis semua hatinya terang benderang perangai baik belaka... yela, tak makan benda haram pehtu nama pulak nama ereb yg bawak mksud baik2... itu yg ummah meleis sentiasa baik hati suci murni hati terang gituu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fatwa kata haram, tp ada ulama yg mengharuskan, namun majoriti mengharamkan..pada aku lebih baik kalo x makan langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 2-8-2015 02:16 PM
Dah tu telur penyu, ikan keli halal ke idak..makanan ummah tu,berani geng2 ucetat nak haramkan benda ...

Kan... Siput Yg lain ketam semua tu dua alam tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2015 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
calling2 @siputsedut n @sepitsiput bg pihak sedara siput tu utk ucap sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 2-8-2015 02:28 PM
Org porum ni ramai jugak yg jahil

Orang forum, orang chat group, ramai je yang jahil...



*astaghfirullah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih ke pprt an ummah..tau lah pprt tak mampu makan escargots bagai tapi jangan lah tunjuk jakun ya amat !
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
pantang tul dgn nma babi
siput sedut pun sedara siput babi jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.229503 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list