CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21288|Reply: 123

Raja Mukriz Kesal Sikap Kawan2 Sharifah Shahora

[Copy link]
Post time 5-8-2015 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Krisis Rumah Tangga, Raja Mukriz Kesal Sikap Teman Sharifah Shahora
Raja Mukriz gembira masalah rumah tangganya dengan Sharifah Shahora dapat diselamatkan.

AMPANG: Pengarah sinematografi, Raja Mukhriz kesal apabila isterinya Sharifah Shahora berdamping dengan sahabat yang berfikiran negatif sehingga menyebabkan pergolakan rumah tangga mereka mengambil masa untuk diselesaikan.

Raja Mukriz atau nama sebenarnya Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43, berkata, sahabat isterinya juga gagal memberi nasihat yang baik untuk merapatkan semula hubungan mereka sebaliknya bertindak meracun fikiran sehingga masalah menjadi bertambah rumit.

“Saya rasa perkara paling bahaya apabila kawan-kawan dia tak support dia untuk melihat masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan. Pada saya, kawan-kawan macam ini ialah kawan yang tidak sihat,” ujarnya kepada mStar Online.

Raja Mukriz ditemui pada majlis rumah terbuka Aidifitri anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Selasa.



Ini merupakan pengakuan pertama Raja Mukriz selepas dia bertindak mengunci mulut mengenai masalah rumah tangganya itu.

Pada 2 Jun lalu, Sharifah Shahora membuat pendedahan di laman sosial Instagram dan Twitter mengenai kecurangan suami yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Yanie.

Syukurlah apabila Sharifah Shahora dan Raja Mukriz kembali bahagia.


Perbuatan Raja Mukriz dapat dihidu selepas Sharifah Shahora  terbaca beberapa mesej kiriman wanita berkenaan sehingga membuatkan rumah tangga mereka menjadi kontroversi, ibarat retak menanti belah.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu kejadian itu, kehancuran hati Sharifah Shahora terubat selepas berjaya dipujuk suami.

Dalam pada itu Raja Mukriz telah menasihati isterinya agar membataskan persahabatan dengan individu yang disifatkannya sebagai rakan yang tidak sihat.

Malah Sharifah Shahora sendiri menyedari perkara itu selepas mereka berbincang bagi mencari jalan menyelesaikan masalah rumah tangga itu.


Ditanya apakah pengajaran selepas kejadian itu Raja Mukriz berkata, ia memberi hikmah tersendiri kerana mereka sebenarnya saling perlu memerlukan dalam hidup selepas lapan tahun berkahwin.

Ketika krisis rumah tangga itu ujar Raja Mukriz, dia telah berusaha memujuk Sharifah Shahora dengan memberikannya bunga yang diletakkan di atas meja bersama sekeping nota tertulis “esok bunga ini akan kembang.

Keluarga  mereka juga kata Raja Mukriz turut memberi sokongan untuk melihat hubungan mereka kembali jernih yang akhirnya perkara baik itu mendatangkan hasil.

"Saya bukan seorang yang romantik. Masa nak pujuk dia, saya bagi bunga padanya yang diletakkan atas meja bersama sekepimng nota dengan harapan hatinya sejuk. Syukurlah… akhirnya masalah rumah tangga kami dapat diselesaikan dan hubungan kami menjadi bertambah baik," katanya.

Sementara tu dalam perkembangan lain Raja Mukriz turut tersenarai dalam top-5, Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang akan berlangsung pada 5 September depan bagi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Ophilia.

Dia tidak menyangka mendapat peluang itu selain menganggap ia adalah rezeki selepas penyatuan semula kasih sayangnya dengan isteri.

“Semua calon dalam kategori ini hebat-hebat belaka dan saya syukur dengan pencalonan ini,” ujarnya.

Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan mempunyai dua orang anak masing-masing berusia tiga dan tujuh tahun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:55 AM | Show all posts
iolls nk simpn dulu komen..nk tgk forumers lain dulu komen..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:55 AM | Show all posts
buta ke yanie tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu x melayan pompuan lain n bini tak jumpa mesej tu mmg rumahtangga xde goyang punya. Ni dah gatal pastu nak tunding jari kat kawan2 bini lakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:59 AM | Show all posts
ermmm...slhkn org lain plak..diri sndiri xslh ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:02 AM | Show all posts
Hmm.. still ego takmo mengaku salah tu? Hailaaaa.... ini macam spesis pun ada... cet!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2015 09:05 AM | Show all posts
klu nak buat statement yg sakitkan hati org gini, baik x payahdok dendiam sudah
salahkan bini plak salah pilih kawan
yang dia tu pi gatai teloq berkawan dgn si yanie tu ok plak
ni le org lelaki..salah sendiri x mao nmpk
salah bini je dok jaja kat semua org..siap blame org sekeliling lagi
harus la org hasut bini hang suh tggalkan hang sbb perangai hang yg x semenggah tu
berapa lama dia bersabar merendam air mata
perangai dgn muka sama je.... x semenggah
sedar la diri tu, bersyukur bini mao terima balik
meluat plak aku dgn statement mamat muka tayar lori ni.


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:06 AM | Show all posts
udah nama pun perempuan...

ko tak tahu kan perempuan bab bab curang ni mana ada istilah consider or support..
aku rasa jauh di sudut hati kekwan sahora ni nak je suruh bercerai tak pun jangan bagi muka kat ko...

pa pa pun we ol doa yang terbaik...
hanya empunya badan je tahu hati memasing..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 09:08 AM | Show all posts
hensem gak laki die ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:09 AM | Show all posts
lahai... tetiba plak attitude kawan yang dia fokuskan... hahahaa... ko dah bape kali kantoi bang baru la kawan2 bini ko bising2... nampak sangat deme2 tu dah cuba sebaik habis mempositifkan keadaan... ko je yang asek buat perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:10 AM | Show all posts
salah kan kawan2 bini pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:15 AM | Show all posts
oo..yang kes si budak punk si madeyanie tuh ye?
so, ape cer si garit tuh? jangan dok kacau daun plak ye wahai si ulat bulu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:17 AM | Show all posts
saper BFF si Sahora nie

aku tak tahu pulak   
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntahnya.. sendiri yg salah dok melayan pompuan lain, nak salahkan kawan2 bini pulak. Diorg tu sayangkan bini ko sbb tu tak sokong dia bg muka kt ko. Kalau diorg tak sayang, diorg buat tak tahu je.. lantakla kome.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:19 AM | Show all posts
anak kandung ke 2 org tu? ke anak angkat?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukurla la ko bang rupa pecah tembok pun ada org nak buat laki.... Lg nak skandal sana sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 09:22 AM | Show all posts
low taste betul si yanie tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
whadda replied at 5-8-2015 08:55 AM
buta ke yanie tu...

Kadang-kadang kacak/cantik bukan penyebab jatuh hati
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:23 AM | Show all posts
wannoorazlina replied at 5-8-2015 09:05 AM
klu nak buat statement yg sakitkan hati org gini, baik x payahdok dendiam sudah
salahkan bini plak  ...

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:23 AM | Show all posts
ermm....salah kengkawan pulak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.071998 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list