CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9321|Reply: 4

Siri Sejarah Peperangan Sepanjang Zaman

[Copy link]
Post time 5-8-2015 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by robotech at 5-8-2015 11:13 AM

Siri Sejarah Peperangan (1) - Peperangan Pra Sejarah:


1. Peperangan pra-sejarah merujuk kepada peperangan yang berlangsung dikalangan masyarakat tidak bernegara / bertamadun yang tidak direkodkan dalam sejarah.

2. Ketika era Paleolitik yang bermula 2 juta tahun dahulu sehinggalah 800 ribu tahun dulu, populasi mawas purba terawal dikenali homo erectus tidak melibatkan konflik pertempuran antara spesies2, jika ada pun mirip kepada pergaduhan atau perlawanan perebutan kawasan, hak mengawan dan hak menjadi alpha male (ketua kumpulan) dalam kumpulan mawas ini sbgmana cimpanzee atau gorila kini.

3. Kehadiran mawas purba spesis Homo Neanderthalesis menyaksikan keadaan "warlessness" (ketiadaan peperangan) berterusan kerana spesis mawas purba ini terpaksa bersaing dgn spesis2 mamalia gergasi karnivor lainnya dalam mendapatkan makanan. Soal kelangsungan kehidupan (survival) menjadi objektif kebanyakan spesis mawas purba ini.

4. Namun kehadiran Bani Adam (Homo Sapiens) merubah sosio-geografi pada zaman Paleolitik pada 250 ribu tahun yg lalu. Bani Adam dapat menyesuaikan diri dgn dgn perubahan iklim sedunia pasca Zaman Ais, malah menjadi pemangsa terunggul (apex predator) di kebanyakan kawasan yg dikuasainya. Kepupusan besar2an spesis mamalia gergasi herbivor purba spt "woolly mammoth" / "woolly rhino" dll oleh tindak langsung Bani Adam dgn adaptasi teknologi senjata perburuan menyaksikan rantaian kepupusan haiwan mamalia gergasi karnivor purba spt harimau sabre tooth, singa gunung (cave lion) dll, termasuklah spesis mawas Neanderthal yg tak mampu bersaing akibat batasan pemikiran dan tidak dapat mengadaptasi dgn perubahan iklim dunia yg mendadak.

5. Kelebihan bani Adam adalah Akal, dan tidak bergantung pada naluri (instinct) semata2. Penguasaan penjelajahan dari 250 ribu - 50 ribu tahun lalu membawa manusia ke setiap pelusuk dunia pasca Zaman Ais. Namun sejarah membuktikan, pembunuhan manusia yg pertama iaitu Qabil ke atas Habil turut diwarisi bani Adam seterusnya pada era perkembangan bani Adam yg berikutnya. Amat menarik sekali, penghujung era Paleolitik berakhir dgn kepupusan besar2an pesaing utama bani Adam iaitu mawas purba Neanderthal, bukan kerana perang atau senjata, tetapi kemajuan akal bani Adam yg melangkaui naluri spesis mawas paling terkehadapan itu.

6. Namun begitu, era Mesolitik menyaksikan masyarakat bani Adam yg berpaksikan kehidupan pemburu-pengumpul (hunter-gatherer) berevolusi secara perlahan kpd masyarakat setempat sedentari. Perebutan kawasan perburuan, kawasan kediaman, serta perampasan hasil buruan atau hasil tani melibatkan pertempuran berdarah. Ini dibuktikan dgn penemuan sejarah peperangan pertama di tapak Mesolitik dikenali Kuburan 117 (Cemetery 117) bertempat di Sg Nil berdekatan sempadan Sudan-Mesir. Byk rangka2 manusia purba yg ditemui mempunyai mata anak2 panah tertanam pada rangka mereka, sekaligus membuktikan mereka adalah korban perang.

7. Peperangan era Mesolitik dipengaruhi oleh perkembangan teknologi senjata pemburuan seperti belantan, busur panah dan lastik (sling). Busur panah menjadi senjata paling penting dalam era peperangan Mesolitik ini. Pertempuran jarak dekat (melee attack) pula amat jarang, bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa. Bbrp lukisan purba pada dinding2 gua turut memaparkan ilustrasi pertempuran antara dua kumpulan manusia menggunakan anak panah, dan jelas menunjukkan Bani Adam ini mula menggunapakai teknik dan taktik serangan sisi / rusuk (flanking attack) serta serangan pengumpulan (envelopment tactic).

8. Dgn bermulanya zaman Neolitik, Bani Adam berevolusi dari masyarakat pemburu-pengumpul kpd hidupan awal tamadun. Hidup setempat spt kampung2 dan permulaan pertanian dan penternakan haiwan ternak mempengaruhi bani Adam dalam kelangsungan kehidupan. Ini juga melibatkan peperangan. Kebanyakan masyarakat Neolitik terlibat langsung dgn pertempuran bersenjata, samada berbentuk menyerang (offensive) atau pertahanan (defensive).

9. Contoh kekejaman pertempuran era Neolitik adalah tapak arkeologi Lubang Maut Talheim (Talheim Death Pit) di Jerman. Satu masyarakat desa dibunuh secara kejam beramai2, rangka2 mangsa ditemui dgn kesan2 serangan beliung (kapak kecil) dan bbrp mata anak panah turut ditemui. Dua lagi tapak pengebumian beramai2 masyarakat Neolitik yg mati akibat keganasan dalam skala lebih besar ditemui di Schletz-Asparn dan Herxheim. Di Herxheim sahaja, mangsa2 ditemui dipenggal dgn kapak dan ada kemungkinan berlaku ritual kanibalisme (memakan daging manusia).

10. Manusia purba Neolitik terlibat dgn pertempuran yg bermatlamat perluasan wilayah, perampasan hasil tani dan ternakan, dan pertembungan budaya. Bagi menghadapi serangan2, ada bbrp masyarakat Neolitik mula membina tembok2 pertahanan mengelilingi kawasan penempatan mereka, satu bentuk awal sistem pertahanan yang pasif. Sehingga kini, ciri pertempuran era Neolitik diwarisi sepenuhnya oleh kebanyakan masyarakat asli di Papua, hutan Amazon Amerika Sltn dn beberapa puak manusia asli di bbrp kepulauan terasing hingga ke hari ini.

Kesimpulan, dari era Nabi Adam AS (era penghujung Paleolitik) ke zaman Nabi Idris (era Mesolitik) seterusnya ke zaman Nabi Nuh AS (zaman Neolitik sblm Banjir Besar) dikenali sbg zaman Antediluvian, penumpahan darah dari pembunuhan Habil oleh Qabil kemudian berevolusi kpd era pertempuran terbuka. Sejarah pembunuhan membawa kpd sejarah peperangan pertama. Bila Banjir Besar melenyapkan hampir semua manusia pra-sejarah, dan anak2 Nabi Nuh dan pengikutnya bertebaran kembali ke muka bumi (era penghujung Neolitik), keturunan mereka turut membawa bersama warisan peperangan ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 11:17 AM | Show all posts
Spesis Mawas Purba Neanderthal



Kumpulan mawas purba Neanderthal yang akhirnya pupus akibat gabungan kesan iklim dunia pasca Zaman Ais, dan kekurangan makanan akibat kepupusan mamalia herbivor gergasi disebabkan gagal bersaing dgn bani Adam.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 11:22 AM | Show all posts
Edited by robotech at 5-8-2015 11:23 AM

Kumpulan pemburu Bani Adam penghujung era Paleolitik



Masyarakat awal Bani Adam dalam ekspedisi berburu "woolly mammoth". Kepupusan byk spesis mamalia herbivor gergasi adalah disebabkan perburuan bani Adam, rantaian kepupusan ini membawa kpd kepupusan pemangsa purba lain spt mawas Neanderthal dan rimau sabre-tooth pd penghujung era Paleolitik.


Masyarakat Bani Adam pada penghujung Paleolitik atau awal Mesolitik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 11:26 AM | Show all posts
Pemburu bersenjatakan busur panah


Kapak batu, lembing / tombak, harpoon, serta busur panah adalah antara senjata pra-sejarah. Inilah evolusi senjata perburuan dan alatan potong daging buruan yg berevolusi menjadi senjata peperangan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 11:28 AM | Show all posts
Mata tombak dan mata anak panah prasejarah.


Beliung batu purba yg digunakan masyarakat era Mesolitik dan Neolitik. Alatan bertukang ini juga akhirnya berevolusi menjadi senjata peperangan era Mesolitik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.509278 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list