CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63856|Reply: 220

Selebriti-selebriti yang meninggal di Usia Muda..yang akhir sgt mengejutkan....

[Copy link]
Post time 25-8-2015 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by zaraaqilah at 25-8-2015 10:51 AM

Berikut adalah selebriti-selibriti yang meninggal di usia muda....
Al-Fatihah pd mereka yang telah pergi...
1. Izwan Pilus
2. Bob Kuman
3. Acik Spin
4. Din Beramboi
5. Faizal Yusof
6. Yanie Mentor
7. Along Spoon

Boleh tambah lg...
Asyik nak gossip jer..haruslah ada citer sikit hal-hal berkaitan kematian....supaya kita pon insaf dan berfikir sejenak, kita pula bila....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 10:38 AM | Show all posts
yatie ke yanie kak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:39 AM | Show all posts
terus akak insop
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by susukambingbest at 25-8-2015 10:42 AM

Allahyarham hani mohsen, izi yahya, shamrin fotograf : kategori muda ke ni

mjoriti yg mninggl muda....dsbbkn sakit jntung kn
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwahny sudirman..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg mngejutkan? Mmg satu Msia da tau ... Btw its Along Spoon bkn Acik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku terbaca bob lokman tadi. Astaghfirullahalazim
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:43 AM | Show all posts
teruk beno tt ni... ada nama2 yg salah... xcited bukak benang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2015 10:44 AM | Show all posts
..

Azwan Pilus
Bob Lokman
Acik Spin
Yanie mentor




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:44 AM | Show all posts
Adoi..byknya salah nama...& ada yg bukan muda belia lg semasa meninggal
Apa2 pon Al fatihah utk mereka semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 10:46 AM | Show all posts
Yer.... Along Spoon n Yanie Mentor..sorry...ampunnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 10:48 AM | Show all posts
kredit pd www.mediakini.net
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
yatie mentor?? acik spoon??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:48 AM | Show all posts
so bukak thread, list down org dah meninggal, tepek gambo sekeping dua..
tujuan nk bg keinsafan?bole terangkan sket?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 10:50 AM | Show all posts
KISAH IZWAN PILUS

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.

Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu. -mstar
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz asri - rabbani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2015 10:59 AM | Show all posts
KISAH BOB KUMAN

Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, pada 3.5. 2012, 4.38 petang tadi.

Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.

"Saya bergegas ke rumah  selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya,  sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.

Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal  kerana  sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.

KISAH ACIK SPIN

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dengan kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban dengan kereta Toyota Estima yang di pandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham neninggal dalam usia 28 tahun pada 17hb April 2010.

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 10:59 AM | Show all posts
berapa kali nk bukak thread gini tah.. udah2 ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2015 11:01 AM | Show all posts
KISAH YANIE MENTOR


KOTA KINABALU: Jenazah pemenang tempat ketiga musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie, 25, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Suami Allahyarham, Irfin Abdul Manan, 30, ketika ditemui Berita Harian selepas majlis pengebumian berkata, Yanie menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi semalam di Hospital Keningau, berikutan ketumbuhan dalam paru-paru yang dihidapi sejak November lalu.

“Penyakitnya bertambah kronik sejak dua bulan lalu dan kerap menerima rawatan di Hospital Keningau. “Yanie meninggal di pangkuan saya. Anak kami, Iris Sofia, yang baru berusia dua tahun turut berada di sisi,” katanya semalam.

Irfin yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah di sini berkata, isterinya sempat berpesan beberapa hari lalu supaya anak tunggal mereka dijaga dengan penuh kasih sayang.  Malah, katanya, Allahyarham tidak putus-putus mengingatkan Iris Sofia diberi didikan sempurna supaya menjadi insan berguna. “Insya-Allah, akan saya tunaikan wasiatnya itu. Saya terima ketentuan Ilahi kerana sudah tiba masanya untuk kami berpisah di dunia,” katanya.


Hadir sama ibu bapa Allahyarham, Jul Karim Maring, 49, dan Seriah Osman, 43, serta mentuanya, Abdul Manan Mohd Noor, 57, dan Manisah Abdullah, 52. Bagaimanapun, Iris Sofia tidak kelihatan di tanah perkuburan. Bacaan talkin disempurnakan Penolong Imam Masyid Kariah Kampung Sembulan, Kota Kinabalu, Mahmud Sana.

Allahyarham adalah anak sulung daripada lima beradik, menyertai Mentor pada 2005, selaku protege Ning Baizura. Yanie mendirikan rumah tangga dengan Irfin pada 23 November 2007


Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:05 AM | Show all posts
Xpayah la siarkan gambar arwah yg x sempurna tutup auratnye tu.. kesian die nnti.. buang la gambar tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.190575 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list