CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zaraaqilah

Selebriti-selebriti yang meninggal di Usia Muda..yang akhir sgt mengejutkan....

[Copy link]
Post time 26-8-2015 11:08 AM | Show all posts
arwah serapsinclair budak kluang..Al fathihah buat arwah.Berita ttg along spoon meninggal..kuor malam raya tahun 99..masa dijumpai di kuala klawang dh tinggal rangka.Al fatihah buat arwah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 11:13 AM | Show all posts
al fatihah pada yang meninggal

forumer yang meninggal tu .aku pun ingat2 lupa..

yang freekey tu biar betul dia meninggal ? bila?

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah arwah serap sinclair tu tahun bila? mak aih BBNU nynye meollss
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 11:27 AM | Show all posts
kodoklawa replied at 26-8-2015 11:08 AM
arwah serapsinclair budak kluang..Al fathihah buat arwah.Berita ttg along spoon meninggal..kuor mal ...

den pun ingat laie...time along spoon meninggal... time aku tgk beraya dgn famili pastu dgr berita mayat dah jumpa dlm gaung tak silap...time tu den sekolah mennegah laie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 11:42 AM | Show all posts
antidote replied at 26-8-2015 09:15 AM
ko pun ingat lagi ya cerita ni?

Al-Fatihah...tragisnya kematian Zul....br ku tahu citer sebenar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 11:48 AM | Show all posts
antidote replied at 26-8-2015 09:17 AM
http://syamimmokhtar.blogspot.com/2013/10/info-penyanyi-rock-yang-telah-pergi.html

Tq atas perkongsian ini.....rupanya ramai juga artis-artis rock kita yg dah meninggal.....Al-Fatihah n Takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2015 12:04 PM | Show all posts
aku_best replied at 26-8-2015 12:05 AM
Arwah Mustafa noor...yg berlakon filem mawar merah...meninggal muda jugak...

Mak I peminat tegar dia...kala dedulu dialah actor paling cool n hensem...sayangnyer I try google takde lgsg gambar dia. Al-Fatihah utk arwah. Meninggal x silap i dlm tahun 1990....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 12:30 PM | Show all posts
NI KOT MUSTAFAA NOOR

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2015 12:49 PM | Show all posts

yerrr...nilah dia....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 12:54 PM | Show all posts

cara arwah bercakap mmg macho kan.....suka dgr suara dia..sakit apa ye dia?

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 01:40 PM | Show all posts
iols rindu dgn @houdini  @sayang_mulut ...





Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 02:22 PM | Show all posts

Ahaaa, arwah ni yang berlakon dgn raja ema x sedo diri tu, bapak sedara cinta anak sedara...

memang best lakonan dia walaupun keras kejung, macho kata org...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 02:42 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 25-8-2015 11:06 AM
Forumer cari pun ada yg meninggal muda.. x igt nickname dia..tp budak lelaki tu muda lagi..aktif men ...

haah iols ingat forummerz tu. hensem gak bila iols skodeng pesbuk dia. eksiden motor. muda belia. xingat ler nm nickname dia tp dia memang suka mengusik, klakar dan font kaler2..moga arwah ditempatkan dikalangan org beriman

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 03:40 PM | Show all posts
innalillah.. semoga ketenangan buat roh2 mereka di alam sana.. Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 03:44 PM | Show all posts
Salah sorang yg meninggal muda juga, vokalis Fotograf - Shamrin



PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.
Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.
“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.



Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.
Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.
Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 03:47 PM | Show all posts
yang ni pelakon watak jahat selalu, Izi Yahya



ARKIB : 25/06/2007
Pelakon Izi Yahya meninggal akibat pendarahan otak
JOHOR BAHRU 25 Jun — Pelakon Izi Yahya yang terkenal dengan watak jahat dalam filem-filem lakonannya meninggal dunia pagi ini di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini akibat pendarahan otak.
Izi, 42, meninggal dunia kira-kira pukul 10.15 pagi setelah dimasukkan ke hospital itu semalam, kata bapanya Yahya Mat Samah.
“Arwah terjatuh dan pengsan ketika menjalani penggambaran dokumentari berjudul “Darurat” pada Sabtu lepas, sebelum dibawa oleh rakan-rakannya ke sebuah klinik di Mantin dan dirujuk ke Hospital Seremban,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA.
Yahya, 77, berkata, difahamkan akibat ketiadaan doktor pakar di Hospital Seremban, Izi dikejarkan ke HSA untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan di bahagian otaknya.
Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu tidak dapat dilakukan memandangkan keadaannya yang koma sehingga beliau meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham Izi yang merupakan anak keempat daripada enam adik-beradik meninggalkan seorang anak lelaki berumur 8 tahun, Mohd. Zizi dan isteri, Suraya Abdullah berumur 30-an.
“Arwah yang menghidap sakit jantung pernah menjalani satu pembedahan pada tahun 80-an. Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak mengetahui perkembangan penyakit itu kerana Izi seorang perahsia,” katanya.
Allahyarham Izi yang dikenali sebagai “Koboi” di kalangan keluarga, mula menceburi dunia lakonan ketika mengambil kursus Fotografi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Peretak, Selangor.
Lakonan pertamanya ialah dalam filem “Ali Setan” dengan memegang watak “Jeff” dan menerusi watak tentera Jepun, Leftenan Akaishi dalam filem “Embun” beliau memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-16 pada tahun 2003.
Jenazah allahyarham dituntut keluarga kira-kira pukul 1 tengah hari dan dibawa ke pulang ke kediaman keluarganya di Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang, malam ini. - Bernama




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz3juAojj1z
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 03:55 PM | Show all posts
Edited by awex^returns at 26-8-2015 03:56 PM
Jagendas replied at 25-8-2015 11:46 AM
Zali pelakon masihkan ada ramadan
meninggal pon bulan ramadan kalau x silap . eksiden kat federal h ...

arwah ni mmg tak popular
tapi masa cerita tu main... aku yg johorean ni pon leh follow
sedih citer tu... pandai arwah ni berlakon
maybe sbb digandingkan ngan pelakon berbakat macam eman manan dan wan hanafisu

dari blog Lyana Hasan:
RAMADHAN TERAKHIR BUAT 'ZALI' - AL FATIHAH
[size=15.3999996185303px]Al Fatihah…. Aku tak tahu, aku lambat nak hapdet @ masih ada yang tak tahu berita kematian seorang pelakon muda yang  meninggal dunia pada 30 september di Federal Hihgway.. Tetapi melihatkkan traffic blog aku semalam memang ramai yang singgah di entry aku Belajo Cakak Ganu,  mungkin kerana pencarian nama pelakon baru yang tidak sempat mencipta nama niii…


[size=15.3999996185303px]Namanya memang korang tak kenal, apatah lagi kalau yang tak pernah tengok drama lakonannya… , Sebab baru satu drama arwah berlakon iaitu pada bulan puasa yang lepas berjudul “ MASIHKAH ADA RAMADHAN ”… Kalau ada yang  tak pernah tengok drama ni boleh baca entry aku yang lepas , arwah merupakan pelakon utama yang memegang watak Zali  di samping pelakon2 terkenal lain seperti Eman Manan, Zamarul Hisham.


[size=15.3999996185303px]


[size=15.3999996185303px]Nama sebenar arwah ialah Muhammad Amirul Mazlan, berumur  19 tahun, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman Terengganu. Arwah maut dalam kemalangan di Federal Highway dekat Universiti Malaya. Motosikal ditunggang arwah dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.


[size=15.3999996185303px]


[size=15.3999996185303px]Apa yang terlintas di kepala otak aku bila dapat tahu berita mengenai arwah, automatic kepala aku terus flashback watak arwah dalam drama tu.. Dalam drama tu dia meninggal kerana menghidap barah otak, dan paling sedih bila dia meninggal ketika nak menjelang raya dan mak bapak dia tak tahu dia ada penyakit tu.. Seriuss aku menangis masa tengok drama tu… Walaupon dia pelakon baru, tetapi watak yang di bawa kan oleh arwah Berjaya membuat hati penonton terusik.. Dan kali ini , dia benar-benar ‘pergi’ bukan sekadar di dalam lakonan sahaja…




Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 04:02 PM | Show all posts
awex^returns replied at 26-8-2015 03:55 PM
arwah ni mmg tak popular
tapi masa cerita tu main... aku yg johorean ni pon leh follow
sedih cit ...

aku siap rekod cerita ni. tapi aku tgk pun ulangan, lepas dia dh meninggal..syg nk delete. cite best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 04:05 PM | Show all posts
awex^returns replied at 26-8-2015 03:55 PM
arwah ni mmg tak popular
tapi masa cerita tu main... aku yg johorean ni pon leh follow
sedih cit ...

Tq coz sudi bg info....aku pon nangis tgk citer tu.......Al-Fatihah untuk arwah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2015 04:07 PM | Show all posts



Antara peserta sehati berdansa, Ariff Johan Abdul Jalil bekas suami penyanyi Atilia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 42 tahun di Hospital Universiti, Petaling Jaya akibat penyakit kanser hati. Walaupun Atilia dan Ariff Johan telah lama berpisah namun pemergian beliau amat menyedihkan buat dia sekeluarga.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.195160 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list