CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15276|Reply: 126

Kenapa Azwan Ali banned semua majlis berprestij?

[Copy link]
Post time 9-9-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 9-9-2015 04:09 AM

Kenapa Azwan Ali banned semua majlis berprestij

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
9 September 2015
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kenapa-azwan-ali-banned-semua-majlis-berprestij-1.428841



TIDAK pernah lari daripada kontroversi ke mana saja kakinya melangkah, selebriti sensasi, Azwan Ali mengesahkan telah menolak semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.

Menurutnya, tindakan itu diambil setelah menyedari kehadirannya di majlis-majlis tersebut hanya diperalatkan oleh pihak penganjur.

“Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.

“Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan.

“Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang ‘spotlight’ atau kamera dan sehinggalah hari ini (semalam), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Online dalam satu temu bual khas, semalam.

Dalam pada itu, pengacara yang sering dihimpit dengan pelbagai kontroversi ini juga melahirkan kekecewaan apabila setelah 27 tahun dalam industri, dia hanya dijemput sebagai tetamu dalam mana-mana majlis anjuran stesen-stesen TV tertentu.

“Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu?

“Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas,” katanya.

Azwan juga mengakui setelah pulang menunaikan umrah kali ke lapan pada Julai lalu, dia telah menutup laman mikro Twitternya dan hanya menggunakan laman Instagram untuk berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di ‘timeline’ saya.
“Sekarang saya hanya guna Instagram untuk update apa-apa perkembangan dan aktiviti Azwan Ali,” katanya.

Ketika ditanya perkembangan terbaru mengenai dirinya, Azwan Ali akui masih bergiat aktif dengan persembahan bagi program-program tertutup serta telah berjinak dengan perniagaan online, rendang hasil resepi ibunya sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt wayar putus dek non azwana aliyah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:13 PM | Show all posts
dia banned sebab tak dijemput kekdahnya, wajar la dia meroyan. ko nak jemput tong sampah ke kat majlis kau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk ig die td. Tgh bz dok export rendang mak tom ke brunei katanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:16 PM | Show all posts
Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di ‘timeline’ saya.


dia maki orang dia bahagia
orang  bagi dia komen negatif dia tertekan
you reap what you sow

itu signal dari Tuhan supaya saya ‘tone down’.

confirm tone down kejap aje ni
harus sebulan dua ni meroyan, merempan, memaki hamun jadi makanan harian
maklumlah baru balik drari umrah kali ke * gtu kan


Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:17 PM | Show all posts
so kesian.....

tapi hakak tak hingin nak makan rendang yg dijual si sewel ni...geliii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2015 12:17 PM | Show all posts
“Saya lebih tenang apabila tutup Twitter. Jika tidak, setiap hari saya tertekan dengan komen-komen negatif termasuk makian yang penuh di ‘timeline’ saya.


iols rasa most of negative comments tu datang dari laharan heols jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:17 PM | Show all posts
perniagaan online, rendang hasil resepi ibunya sendiri.


Dah berbaik ke dgn ibu? Ke aku yg salah faham?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:17 PM | Show all posts
ok jap.
isu restoran dgn nabil tau
isu eksiden tu, yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:18 PM | Show all posts
aiyoh tak nak limelight tapi mintak peluang jadi penyampai anugerah.  sah sah TING TONG kronik dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:18 PM | Show all posts
Themilo replied at 9-9-2015 12:13 PM
dia banned sebab tak dijemput kekdahnya, wajar la dia meroyan. ko nak jemput tong sampah ke kat majl ...

haha bukan dia yg ban, tapi dia tak dijemput gitu

Kontroversi tu dia yg cipta sendiri kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:23 PM | Show all posts
Nanti AJL ada lah muka dia ni. Dia dan AJL mana boleh berpisah. Dah 2-3 tahun nampak je mjuka dia ni kat sana. Propahanjeng
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:31 PM | Show all posts
“Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatkan.



Diperalatkan celah mana?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sentap tak dijemput kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:37 PM | Show all posts
eiiii hidup asik nk salahkan org!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:45 PM | Show all posts
kena banned or tak dijemput? 2 ayat berbeza maksud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2015 12:48 PM | Show all posts
Star_el replied at 9-9-2015 12:17 PM
Dah berbaik ke dgn ibu? Ke aku yg salah faham?

eh... mmg dia baik dgn mak tom tu kan...?? azmin je yg dlu gaduh dgn ibu dia... kalau x salah la...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:49 PM | Show all posts
buat kecoh je..elok lah kau band majlis org..sbb org pun tak hingin  
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:50 PM | Show all posts
who care.... ada ke takde ke bukan orang cari
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2015 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang taknak jemput la tu. Buat semak je. Dah 8 kali gi umrah, patut sekarang dah jadi lelaki soleh la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084002 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list