Giliran Anugerah Skrin pula akan tiba bagi mengiktiraf kerja-kerja warga industri seni drama lakon TV/rancangan TV dan perfileman anjuran TV3 yg akan diadakan pada 8 Nov 2015 di PWTC, KL..
Setakat hari ni tak pasti samada Astro akan join balik atau tidak memandangkan tahun lepas tak join Anugerah ni.
RTM dan TV Al hIJRAH akan join selalunya ...
Makanya, Mulai Jumaat ni (18 Sept), jam 1.30 petang , tv3 akan tayang balik drama-drama yg akan dicalonkan utk tahun ni antaranya :
1) Kereta Kita (tayang masa hari merdeka/hari malaysia) : Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahya, Amyra Rosli, Dato' Rahim Razali, Fadilah Mansor
Sinopsis : Amran sering pulang lewat kerana sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Proton Saga merah yang dinamakan Azizah menjadi kebanggaan abah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran. Amran berjanji dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka dan juga ada kisah hidup mereka.
2) Dari Pintu Neraka (tayang masa hari raya 2014) : Amar Asyraf, Syafiq Kyle, Sheila Rusly, Nad Zainal, Shakila Koriri
p/s : Amar Asyraf mungkin akan tercalon top 5 best actor drama Sheila Rusly mungkin akan tercalon top 5 best actress drama
Sinopsis : Kamal berasal dari keluarga yang miskin tetapi dia seorang yang angkuh. Dia sering terlibat dengan aktiviti gengster, vandalisme dan juga kes jenayah. Keluarga Kamal sudah puas memberi nasihat supaya dia berubah tetapi gagal. Satu hari, Kamal telah pecah rumah dan membunuh tuan rumah itu. Akhirnya, Kamal ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ibunya sering melawat dia di penjara. Kamal mula bertaubat dan mahu meminta maaf daripada adik-adiknya.
p/s/s : Babak ibu (Sheila rusly) menyuapkan nasi ke mulut kamal (amar asyraf) masa kamal kena tangkap dan dibawa ke dalam van polis sangat sedih dan meruntun hati ye....
endingnya rasanya si kamal tu mati sbb sakit
3) Lorong Kecil Ke Syurga : Faizal Hussein, raja Ilya, Muhammad Iz Ilham, Pyan Habib, Kodi Rasheed, Zazli Baginda
p/s : Faizal Hussein mungkin akan tercalon best actor drama
Sinopsis : Azmi ialah bekas banduan yang hidup bergelandangan. Secara kebetulan, Azmi bertemu dengan Haikal yang jauh lebih muda daripadanya. Sebenarnya, Haikal ialah anak kandungnya. Sejak itu, Azmi mendapat semangat baharu untuk hidup. Teman segelandangan Azmi, Pak Seman, sering menulis puisi dan ia banyak menyedarkan Azmi tentang tanggungjawab dan ilmu agama.
4) Talak : Fizo Omar, Diana Danielle, Fadzil Zahari, Reen Rahim, Hafreez Adam
Sinopsis : Badrul amat mencemburui persabahatan isterinya, Yasmin dengan Mukhriz yang sama-sama bekerja di sebuah syarikat penerbangan sebagai anak kapal. Badrul telah meletakkan syarat jika salah seorang daripada mereka meniduri orang lain maka terjatuhlah talak. Namun, Badrul telah melanggar syarat itu. Badrul sedar dirinya hidup dalam dosa dengan isteri sendiri tetapi dia tidak sanggup kehilangan Yasmin.
p/s : Fizo Omar maybe ada chance utk nominate top 5 best actor walaupun tipis Diana Danielle calon top 5 best actress, peluang 60% Reen Rahim, kalau ada kategori pelakon tv harapan, mungkin sheols akan dicalonkan
Sinopsis : Mengisahkan seorang tukang kunci, Sudin, yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan. Sudin juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci milik Sudin telah mendatangkan amarah kerana Sudin merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu. Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.
p/s : Syafie Naswip mungkin calon best supporting actor RitRud ada chance calon best actress drama
6) Hak : Sara Ali, Amar Asyraf, Watie Sadali, Erry Putra, Julia Ziegler
Sinopsis : Wanda bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tetapi sering pulang lewat malam sehingga mengabaikan pelajarannya. Keluarganya terkejut apabila Wanda hamil dua bulan dan tidak tahu siapa bapa kepada bayinya. Wanda terpaksa berhenti sekolah. Malah selepas kejadian itu ayahnya diserang strok dan lumpuh. Selepas Wanda melahirkan seorang bayi lelaki, bayi tersebut telah diberikan kepada keluarga angkat melalui Jabatan Khidmat Masyarakat. Wanda marah dan tidak bersetuju. Wanda telah menjejaki keluarga angkat tersebut, ‘menculik’ anaknya dan lari ke Kuala Lumpur. 7) Jalan Taubat : Mubarak Majid, Shukri Yahya, Zulkifli Ismail, NorAlbaniah, Chacha Maembong
Sinopsis : Kemiskinan dan malu dengan kerja ayahnya, Pak Ali sebagai tukang cuci tandas, Zul menjadi nakal dan suka memberontak. Zul meninggalkan ibunya yang terlantar sakit di rumah untuk ‘menarik’ nombor ekor di kubur. Malangnya Zul ditangkap pihak agama. Lebih malang lagi, ibunya meninggal dunia pada malam dia sedang melakukan kerja ‘menarik nombor’.
p/s : Shukri Yahya ada chance calon top 5 best actor drama Mubarak Majid ada chance calon top 5 best supporting actor drama
8) Cahaya Malaika : Que Haidar, Sharifa Shahora (@kakprik), Riz Amin, adik Puteri Luvvna, Normah Damanhuri, Roy Azman, Kodi Rasheed, Ku Frida (Mak Engku)
Sinopsis : Ezra seorang penulis yang menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya. Dia juga dibebani hutang. Ezra melarikan diri dengan membawa keluarganya tinggal di kampung rumah peninggalan arwah ibunya. Isterinya Lily meninggalkan Ezra dan anak mereka, Hanna untuk mengejar kekayaan. Ezra mula rasa tertekan dengan kepayahan menjadi seorang bapa tunggal. Dugaan Ezra tidak berhenti di situ. Dia disahkan mengidap barah otak. Ezra tekad untuk menghabiskan novelnya supaya dapat menjamin masa hadapan Hanna.
p/s : Que Haidar - maybe calon top 5 best actor Sharifah Shahora - maybe calon top 5 best actress adik Luvvna - ada peluang utk calon top 5 best actress/ best supporting actress Normah Damanhuri - mungkin ada peluang calon top 5 best supporting actress drama Kodi rasheed - kalo ade kategori pelakon TV harapan, heols boleh tercalon
so, ada lagi drama2 hebat drpd RTM, TV ALhijrah, astro (barangkali kalo theyols join balik) yang akan tercalon utk anugerah skrin 2015 kali ini... makanyaa...tunggu saja update naaa.... hikhikk....
Makanya chuolss dah pernah tgk ke kelapan-lapan drama di atass sebelum ni??? huhuu....
p/s/s : Anugerah Sri Angkasa apa cer ........................??? lama giler anugerah tu menyepiii......
TV AL HIJRAH
- Mencari Jalan Pulang (Lisdawati, Azhan Rani & Sherie Merlis) - good portrayal of middle class Malay Muslim family and their problems
Nomination: Lisdawati as Best Actress, Sherie Merlis as Best Supporting
ASTRO
- Girlfriend Aku Dari Neraka (Kinah, Aiman Hakim, Ayda Jebat) - calon drama komedi yang gila hazab lawak
Nomination: Kinah as best Actress
- Saloma Part 1 & Part 2
Nomination: Best Telemovie, Best Director (Melissa Saila), Best Actress (Nabila Huda), Best Supporting Actor (Azhan Rani / Tony Eusoff)
ayooo kaka ..citer tangkal besi tu 5 tahun yg dulu yer ... hehehh... sezaman dengan citer hebat lakonan elaine daly apa dosaku ...elaine menang best actress kat anugerah sri angkasa mengalahkan calon feveret elly suriati masa tu ...
by the way tangkal besi citer pasal botak chin kan... klo tak silapp...