CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14991|Reply: 83

Zara Zya Lawan Cakap Syarikat Pengurusan??

[Copy link]
Post time 1-10-2015 10:51 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya memberitahu dia menolak tawaran sebuah syarikat pengurusan artis popular baru-baru ini kerana enggan terkongkong dengan jadual yang diatur syarikat berkenaan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, biarpun tawaran yang diberikan memberi faedah kepada kedua-dua pihak, namun dia lebih selesa mengurus kerjayanya sendiri tanpa melibatkan banyak pihak.

"Saya ditawarkan untuk bernaung di bawah sebuah syarikat pengurusan artis popular, namun terpaksa saya tolak dengan baik kerana buat masa ini saya fikir ia tidak perlu.

"Kalau jadual saya diatur oleh orang lain tentu mereka tidak tahu bila masa saya ingin berehat dan ia akan menjadikan saya seperti dikongkong serta buat perkara yang saya tidak suka," ujarnya kepada mStar Online.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem pertamanya iaitu Rembat di Cineleisure, di sini.

Jelas Zara, dia lebih suka menguruskan hal berkaitan tawaran filem atau drama itu sendiri daripada melalui pihak ketiga.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjayanya yang kurang mendapat tempat di filem berbanding drama televisyen, Zara berkata, kebanyakan tawaran filem datang ketika dia sibuk dengan penggambaran drama.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia tidak dapat menerima tawaran itu walaupun mengetahui filem tersebut mempunyai potensi yang baik dan mampu mengukuhkan namanya dalam industri.

"Saya bukan tidak ada tawaran filem tapi kebanyakan tawaran yang datang pada waktu yang salah iaitu ketika jadual saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya anggap ia seperti ujian, bila sibuk penggambaran banyak tawaran datang dan bila saya tidak buat apa-apa, tiada pula tawaran," ujarnya.

Sementara itu, Zara mengakui lega apabila filem yang menjalani penggambaran dua tahun lalu akhirnya mendapat tarikh tayangan pada 8 Oktober depan.

"Akhirnya dapat juga saya menjawab pertanyaan peminat-peminat saya yang tidak habis-habis bertanya tentang tarikh tayanyan filem ini.

"Mereka tahu saya berlakon filem kerana saya sering muat naik di Instagram ketika penggambaran dulu, itu yang mereka tanya bila filem nak keluar. Lagi pula peminat saya teruja nak lihat lakonan saya di layar lebar," ujarnya.

Zara membawa watak Azira dalam filem Rembat dan bergandingan dengan pelakon-pelakon polular iaitu Shaheizy Sam, Aniu dan Zizan Razak.




- http://www.mstar.com.my/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 10:54 AM | Show all posts
Tajuk misleading dekkk. Dia menolak, bukan melawan
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols speku syarikat anam Datuk K yg bambam tu... A Klasse

P/s tajuk berita so misleading
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:06 AM | Show all posts
tajuknya.. lari kemain dari maksud isi ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pauliza at 1-10-2015 11:10 AM

murah rezeki Zara Zya ni.banyak job.setakat ni drama2 lakonan sheols hit .tahniah sebab 2 drama sheols Zahira & Hidayahmu Ramadan tercalon dalam drama rantaian terbaik anugerah skrin .At least takde lah orang nak cakap 1 hit wonder dgn drama LYMA sajok .kontroversi pun kurang .harap maintain mcm ni,biar kurang gosip tapi kerja tip top & job kencang.

Stay tuned Tuan Anas Mikael ,drama bersiri terbaru Zara Zya bermula 9 Nov di Astro Ria.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:10 AM | Show all posts
aah tajuk misleading... suke tgk zara zya berlakon~~ natural dan spotan je~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 11:12 AM | Show all posts
pelakon gred C ni laie....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:14 AM | Show all posts
tajuknya.. adeh~~

suka tengok dia berlakon..

menjadi je wataknya, hatta tempelan sekali pun...

kipidap zara zya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 11:26 AM | Show all posts
iols speku A Klasse anak tiri bambam opportunistic ct
ada nmpk heols komen2 kat ig zara. ingat nk bisness join venture ke hape, ghuper nyer nk manage retis. tp kes nadzainal tu ok ke cara heols manage? boleh improve lg ye asrap.
iols hope zara stick je la dgn along. selama ni pun heshe dh bagus dh.

p/s: adib tok k nk kawen chuolss tp dgn sapa......jeng...jeng...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:29 AM | Show all posts
MH37O replied at 1-10-2015 12:12 PM
pelakon gred C ni laie....

pelakon gred C pon kena la bg publicity chuolss. untung2 naik jd gred A. chuols porumer gred brape?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:32 AM | Show all posts
syarikat menejement ni biasa amik baper persen dr job retis tu ek?
imej nad zainal dah clear kaaa lepas kes x layan anak yatim?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 1-10-2015 11:26 AM
iols speku A Klasse anak tiri bambam opportunistic ct
ada nmpk heols komen2 kat ig zara. ingat nk b ...

yup iols rasa sheols buat decision yg betul.setakat 2 tahun nama sheols naik ,nampak job tak putus .orang rasa sheols sendu sebab kurang gosip + isu fc lama yg dah bubar tu.sedangkan banyak je muka sheols kuar kat tv.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 1-10-2015 11:29 AM
pelakon gred C pon kena la bg publicity chuolss. untung2 naik jd gred A. chuols porumer gred brape ...

porumer pun ada gred ke jah oi .
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:37 AM | Show all posts
pauliza replied at 1-10-2015 12:34 PM
yup iols rasa sheols buat decision yg betul.setakat 2 tahun nama sheols naik ,nampak job tak putus ...

tak dilupakan jasa2 peminat2 virtual yg sentiasa sokong zara
kipidap jahh





Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:45 AM | Show all posts
pauliza replied at 1-10-2015 12:35 PM
porumer pun ada gred ke jah oi  .

ada jahh oii......

gred A : komen berinformasi (info betul tak betul blkg cite), cadangan membina dan tak bias
gred B : 70% komen berinformasi 30% bias ke retis pojaan
gred C : 30% kutuk retis bukan pojaan 70% sembah ratu retis pojaan
gred D : 100% sembah ratu retis pojaan, meratip hiba kalu retis dicerca
gred E : kaki gaduh


ko katne jahh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 11:51 AM | Show all posts
just go for mana yg awak selesa. semoga sukses
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 11:53 AM | Show all posts
bergerak sendiri bagus,xde halangan x terikat....duk bawah kompeni pun bagus,karier berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 12:03 PM | Show all posts
baru tau porumer ada gred...erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 12:04 PM | Show all posts
apapun suka je zara zya...nk2 berlakon drama 'isteriku bukan tukang masak' haa cenggitu kot tajuknya..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 1-10-2015 11:45 AM
ada jahh oii......

gred A : komen berinformasi (info betul tak betul blkg cite), cadangan membi ...

hahaha..entahlah ..yg pasti iols x sembah ratu ke retis pojaan ..kalo bagus iols puji bagus,kalo ada yg tak betol,iols hencap jua

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.101733 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list