|
SELEPAS lima tahun perkahwinan dengan Austin Green, aktres terkenal Megan Fox akhirnya menfailkan perceraian pada Ogos lalu. Namun baru-baru ini, Green yang juga merupakan pelakon drama 90210 memberi respon ke atas kes perceraian mereka.
Dalam tuntutan kes, Green meminta Fox membayar nafkah kerana kini dia tidak lagi boleh bekerja akibat penyakit Vertigo selepas terlibat dalam kemalangan hujung tahun lalu. Green juga meminta hak penjagaan dua anak mereka.
Green, 42 dan Fox, 29 berkahwin pada 2010 selepas menjalinkan hubungan selama lima tahun. Pasangan ini mempunyai dua orang anak, Noah Shannon, 3 dan Bodhi Ransom, 18 bulan. Green juga mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan terdahulu.
Ogos lalu, Fox telah memohon cerai daripada suaminya dengan alasan tiada persefahaman dan dia juga meminta hak penjagaan anak. Dalam dokumen cerai tersebut, Fox meletakkan tarikh 15 Jun sebagai hari akhir bersama.
Menurut laporan US Weekly, ada sumber memberitahu pasangan ini masih lagi cuba menjalinkan hubungan baik disebabkan anak-anak mereka. Bagaimanapun kedua-duanya sudah punya perancangan lain untuk membawa haluan hidup sendiri.
-manggaonline-
|
|