CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7507|Reply: 19

PRIYANKA CHOPRA menyerlah dalam Quantico

[Copy link]
Post time 2-10-2015 05:34 PM | Show all posts |Read mode

                                    FILEM televisyen bersiri Quantico memulakan tayangan pertamanya di saluran AXN 701 dan AXNHD 721 pada  28 September, selama sejam bermula pukul 10.00 malam.
Quantico yang bergenre terrorism thriller dikatakan bakal menjadi obsesi baru para penonton seluruh dunia. Siarannya di sini serentak pada hari sama siaran di Amerika Syarikat.
Yang menariknya, Quantico menampilkan aktres terkenal Bollywood, Priyanka Chopra sebagai teraju utama. Memegang watak pelatih FBI bernama Alex Parrish, aktres berusia 33 tahun itu dilihat menyerlah.
“Memegang watak utama dalam Quantico merupakan satu pengalaman baru yang sangat berharga. Inilah yang saya cari selama ini.
“Saya beruntung kerana Quantico turut dibarisi aktor dan aktres berkaliber di samping pasukan produksi yang hebat.
“Saya sangat teruja semasa masuk lokasi episod pertama dan seterusnya banyak ilmu dipelajari.
“Sebagai pelakon, sudah tentu saya sentiasa inginkan cabaran berat agar lebih menyuntik semangat juang dalam dunia lakonan,” kata Priyanka kepada wartawan dalam satu temu bual khas mengenai penglibatannya dalam Quantico, baru-baru ini.
Quantico juga dibintangi Jake McLaughlin sebagai Ryan, Aunjanue Ellis (Miranda), Yasmine Al Massri (Nimah Amin), Johanna Braddy (Shelby), Tate Ellington (Simon) dan Graham Rogers (Caleb).
Barisan pelakon siri Quantico.

Siri ini berkisar tentang sebilangan pelatih muda FBI di pangkalan latihan Quantico, Virginia, Amerika Syarikat.
Mereka adalah anggota pilihan terbaik yang bijak dan perlu mengharungi pelbagai latihan ketat dalam usaha melengkapkan diri menjadi anggota FBI yang tidak berpaling tadah. Setiap pelatih digambarkan mempunyai kisah silam yang disembunyikan.
Namun tanpa diketahui, salah seorang daripada pelatih FBI itu adalah pengganas yang bertanggung jawab atas serangan terhadap Amerika Syarikat sejak tragedi 9/11.
Siri ini digarap oleh Josh Safran, merangkap penerbit eksekutif. Beliau sebelum ini pernah terlibat dalam pembikinan siri popular Gossip Girl dan Smash. Quantico merupakan siri terbaru milik stesen televisyen ABC.  
“Quantico adalah siri menarik dan menghiburkan.  Saya telah mempersiapkan diri cukup lama sebelum masuk ke lokasi penggambaran.
“Saya belajar memahami kerja-kerja FBI. Lebih penting saya turut belajar cara mengendalikan senjata api,” ujarnya.
Priyanka lahir pada 18 Julai 1982. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tamil, Thamizhan pada 2002 sejurus meraih gelaran Miss World 2000.
Tahun berikutnya, beliau membuat debut filem Bollywood berjudul The Hero: Love Story Of A Spy dan diikuti dengan filem yang meledakkan namanya, Andaaz. Dari filem ini beliau memenangi anugerah Filmfare Best Female Debut.
Priyanka membina jenama namanya sebagai antara aktres papan atas Bollywood melalui beberapa filem komersil antaranya, Mujhse Shaadi Karogi (2004), Krrish (2006) dan Don: The Chase Begins Again (2006).
Pada 2008, beliau meraih National Film Award untuk Best Actress, serta Filmfare Award untuk Aktres Terbaik bagi peranannya dalam Mode. Filem popularnya yang lain ialah Krrish 3 (2013), Agneepath (2012) dan Don 2 (2011).
Salah satu babak lakonan Priyanka sebagai Alex Parrish dalam Quantico.


                                                                    -manggaonline-



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow... ma idol
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 10:44 AM | Show all posts
suka tgk dia masa berlakon don
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 12:46 PM | Show all posts
Yes, tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 06:52 PM | Show all posts
yg tudung tu ada kembar kat Quantico.. dah tgok last week.. not bad..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni mmg best!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 04:25 PM | Show all posts
iols x teruja sgt dgn dia.. ntah kenapa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 09:09 AM | Show all posts
wah teruja gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 09:59 AM | Show all posts
mcm best je tgk 1st episode dia. xsaba nk tgk 2nd epi..
tp harap2 bkn gadis bertudung tu yg jd terrorist... asek nk kondem org islam ajew....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:22 PM | Show all posts
butang overdose terbukak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 04:16 PM | Show all posts
dia alih suara kan dalam cite ni..terganggu iolss nengok pasal suara yg di alihkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:53 PM | Show all posts
jula7 replied at 5-10-2015 04:16 PM
dia alih suara kan dalam cite ni..terganggu iolss nengok pasal suara yg di alihkan tu

ooo ye ke..
iols ingat mmg suara dia betul sbb mcm ade slang2 belah india je english nye..hehe

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 07:54 PM | Show all posts
citer ni mmg best..
x sabar nk tggu next episode..
kagum tgk priyanka chopra, body lawa naw naw..kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 11:21 AM | Show all posts
ala..........terlepas...lupa nk tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 02:02 PM | Show all posts
cantik gila dia dlm quantico ni..tapi bila letak sebelah ummah kokesen kadang2 dia nampak berkerak sikit

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:38 PM | Show all posts
mzzenma replied at 6-10-2015 02:02 PM
cantik gila dia dlm quantico ni..tapi bila letak sebelah ummah kokesen kadang2 dia nampak berkerak s ...

dlm quantico ni mmg nmpaklh bkerak si priyanka bila duk ngn plakon org putih...nmpak ktara sgt...aku prasan mekap dia ngn nimah tu cam tebal y pompuan org putih tu cam simple je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju la dgn korang.. nampak hodoh pla priyanka ni klu blakon disamping kokosen. Lagi2 kat rmh guna axn hd, nmpk jelas la muka priyanka ni x beseri.. padahal muka dia sebelum ni kat bollywood cantik gila. Pastu, betul ke suara tu bkn suara dia? Sbb aku kagum tgk dia ckp english.. mmg american accent. Sbb dlu  msa remaja dia mmg tgal ngn auty dia di usa. antara rmi2 plakon india yg cantik, dia jg yg tpilih kn. Jd heroin utama pla tu. Maknanya besar jg la pngaruh dia ni kat sna
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 02:59 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 4-11-2015 09:28 AM
Setuju la dgn korang.. nampak hodoh pla priyanka ni klu blakon disamping kokosen. Lagi2 kat rmh guna ...

set2 melayu sunni....mesti kena putih baharu nak nampak cantik...
cantik jah aku tengok dia walaupun berkerak...
walhal pelakon2 kokesen tu semuanya muka petani tapi putih kan....

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2015 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aijinmisaki replied at 6-11-2015 02:59 AM
set2 melayu sunni....mesti kena putih baharu nak nampak cantik...
cantik jah aku tengok dia walau ...

Fyi, aku bukan melayu. mak bapak aku xda Yg keturunan melayu. Sory to say mmg di mata aku dia hilang seri dlm quantico ni. Xtau knp, mgkn jg mekap dia x mcm dlm bollywood. Mgkn jg hilang keremajaan di situ sbb mmg aku tgk dia dlm film sblm ni dia 20s. Did i mention yg priyanka gelap lg legap? Ade ke.. enko je kot yg pandang negatif sgt dkt komen org
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara priyanka betul lah dlm cerita tu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069915 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list