CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3309|Reply: 11

Uols Tak Paham Konsep MV Sampai Mati? Ini Jawapan Hazama

[Copy link]
Post time 4-10-2015 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Hazama menyangkal dakwaan kononnya klip video lagu Sampai Mati nyanyiannya menggambarkan kejadian di hari akhirat.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 31, berkata ada segelintir pihak telah menyalah tafsirkan hal itu sebaliknya lagu berkenaan menceritakan tentang percintaan yang bertemakan konsep metafora sesebuah cinta.

"Lirik lagu dan klip video ini sudah jelas menunjukkan mengenai seseorang yang sanggup buat apa sahaja demi cinta. Jadi pengarahnya, Sanjay menghasilkan klip video berasaskan ungkapan "demi cinta, saya sanggup renangi lautan api" atau orang kata ianya metafora cinta.

"Jadi saya anggap orang yang mengkritik klip video ini tidak faham maksud yang cuba disampaikan, atau mereka mungkin tidak pernah bercinta, kerana itu mereka tidak faham," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.



Dalam video muzik Sampai Mati  itu, ia menunjukkan Hazama sedang melalui cabaran luar biasa seperti berjalan di atas tali merentasi gaung, terjun dari kawasan berpuncak tinggi ke dalam lautan dan merentas laluan yang penuh dengan letupan api demi cintanya buat kekasih.

Ia telah dimuat naik pada 18 Ogos lalu di YouTube dan sudah mendapat lebih  299,000 tontonan.

Bagaimanapun klip video tersebut dikritik seolah-olah menggambarkan seorang lelaki yang mencari cinta di hari akhirat dan wanita yang ditampilkan dalam klip berkenaan tidak bertudung.

Sementara itu beritahu Hazama, isu bertudung tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan ia hanya sekadar klip video biasa.

Tidak mengendahkan kritikan tersebut, Hazama mengambil isu yang dibangkitkan sebagai perkara positif di mana klip video berkenaan mendapat perhatian ramai.

"Saya ambil perkara ini positif. Dalam pada itu saya pun berpuas hati melihat hasil klip video ini memandangkan ia dihasilkan 100 peratus teknik pengimejan berkomputer (CGI).

"Dan penggambaran lagu ini adalah satu pengalaman yang lain kerana lokasinya hanya di studio. Saya berpuas hati dengan klip video ini," ujarnya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols malas nk youtube...lagu potret dah ada mtv blom?

Malaysia ni lagu sikit punya popular tp video klip xdek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2015 12:41 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 4-10-2015 12:39 PM
Meols malas nk youtube...lagu potret dah ada mtv blom?

Malaysia ni lagu sikit punya popular tp  ...

Potret x de MV kaka. Harap maklum. Bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 4-10-2015 12:41 PM
Potret x de MV kaka. Harap maklum. Bertabahlah

Lagu dah nak lemau xde mtv lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edoraixora at 4-10-2015 03:45 PM

Aku paham jer mv ni
Straight to the point je aku rase
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 03:47 PM | Show all posts
enchikfitz replied at 4-10-2015 12:41 PM
Potret x de MV kaka. Harap maklum. Bertabahlah

akim sibuk tunang kot
malas sgt cari model, amik ummu saje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2015 04:10 PM | Show all posts

wanita yang ditampilkan dalam klip berkenaan tidak bertudung.


kok wanita di akhirat bertudung? dlu ustaz ustazah iols gigih cite psal manusia semua bogel di pdg mahsyar smpai la ditentukan ke neraka/syurga gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape lak nk kene paham?kesah plak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2015 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim replied at 4-10-2015 04:26 PM
Nape lak nk kene paham?kesah plak aku

Malu ah bogel. Hihihi

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 07:03 PM | Show all posts
betapa xda keja nya org, hbs MV artis pn nk kritik.....pastu metion model x pakai tudung plak...korg yg x pahm konsep pastu nk suh vid tu ikut kehendak korg yg lebih islamik lah konon.....choy sgt prangai.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 09:04 PM | Show all posts
hm .. so so lah kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk menganalisa mv bagai. Layan lek2 je sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.078779 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list