CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5776|Reply: 76

[Tempatan] Kenderaan Uber Akan Dihalang Dari Memperbaharui Cukai Jalan OIeh JPJ

[Copy link]
Post time 5-10-2015 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Diterbitkan pada 28 minit lepas oleh Effi Saharudin.

Kenderaan yang digunakan untuk perkhidmatan Uber akan diharamkan dari memperbaharui cukai jalan mulai hari ini. Ini adalah antara langkah yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) untuk membanteras perkhidmatan Uber yang dikatakan melanggar undang-undang. SPAD kini melihat pengekalan data kenderaan yang menawarkan perkhidmatan Uber. Mereka kemudian melakukan intipan sebelum mengumpul bukti gambar dan video kenderaan-kenderaan ini telah digunakan untuk membawa penumpang. Notis kemudian akan dihantar kepada pemilik untuk menghadiri temuduga bagi membantu siasatan. Kenderaan kemudian mungkin disita kerana melanggar Seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.



Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemilik yang degil akan dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka. Mereka tidak boleh lari dari diambil tindakan undang-undang kerana bukti sudah terkumpul. Sejak kebelakangan ini pihak SPAD semakin serius dalam membanteras perkhidmatan seperti Uber dan GrabCar. Tindakan mula diambil setelah pemandu teksi melakukan protes besar-besaran terhadap perkhidmatan membawa penumpang yang dikatakan menjejaskan periuk nasi mereka.

Kami hanya berharap pihak SPAD dan JPJ akan turut meningkatkan pemantauan teksi Lembah Klang yang turut terkenal dengan memandu seperti tiada pedoman, kenderaan yang kotor, memukul penumpang dan paling penting sekali enggan menggunakan meter. Mereka harus adil dan menyedari mengapa Uber dan GrabCar menjadi pilihan warga kota walaupun mereka diklasifikasikan sebagai perkhidmatan awam yang haram.

Sumber Rujukan: The Sun Daily
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:25 PM | Show all posts
kalau la SPAD & JPJ boleh buat tindakan sama yang cepat dan berkesan ke atas kesalahan2 lain.... hanya mengharap
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ne kalau rakyat bantah pulak... Pusing ckp lagi SPAD JPJ. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:31 PM | Show all posts
Pemandu2 teksi ni bila dah ada Uber dan GrabCar baru nak -protes bagai kononnya menjejaskan periuk nasi..tapi mereka tak cermin diri mereka dulu kenapa orang benci kepada pemandu pemandu teksi ini...antaranya cas tambang sesuka hati, tipu pelanggan, tak mahu ambil pelanggan, tak mahu guna meter..tiadk beradab, tidak sopan, bawak teksi macam samseng...tengking penumpang ugut penumpang...harap pemandu teksi ni ubah akhlak diri sendiri dulu sebelum nak komplain bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:33 PM | Show all posts
teksi buruk cekik darah 1: 0 teksi murah berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
coconico replied at 5-10-2015 12:25 PM
kalau la SPAD & JPJ boleh buat tindakan sama yang cepat dan berkesan ke atas kesalahan2 lain.... :sl ...

Aku setuju...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2015 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa pusat depo SPAD dah penuh ngan kenderaan disita...jadi kena pikir cara lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:36 PM | Show all posts
hari1 replied at 5-10-2015 12:31 PM
Pemandu2 teksi ni bila dah ada Uber dan GrabCar baru nak -protes bagai kononnya menjejaskan periuk n ...

cas kastemer sesuka hati pun tetap miskin melarat....padanlah tak kaya2 makan rezeki haram..boikot je taksi2 ni lagi2 yg warna merah putih tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 12:47 PM | Show all posts
kang tak pasal2 JPJ & SPAD kalah saman   
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalaulah SPAD boleh secekap ini bila ambil tindakan ke atas pemandu teksi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:54 PM | Show all posts
bukan semua pemandu teksi tu camtu perangainya.....area Putrajaya ok saja....yg buat taik tu, bukan semua pemandu teksi..ada yg pemandu kedua aje pun...

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
iniaroonz replied at 5-10-2015 12:54 PM
bukan semua pemandu teksi tu camtu perangainya.....area Putrajaya ok saja....yg buat taik tu, bukan  ...

Ni mesti kes sewakan permit kat org lain ni.ni laa org melayu terutamanya..dah duit mudah je
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-10-2015 12:52 PM
Kalaulah SPAD boleh secekap ini bila ambil tindakan ke atas pemandu teksi.

Bukan setakat teksi..lori 2 yg bawak muatan merbahaya sampai org lain mati..bas bawak laju .selamba bawak lebih had laju di lorong kanan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:03 PM | Show all posts
org ramai mahukan service yg berkualiti dgn harga yg berpatutan...

bkn mcm teksi merah putih yg ade skang nih...

kalo rakyat sendiri rasa xselesa.. pelancong lagi laa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Botak SPAD meroyan lagi !!!:
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:15 PM | Show all posts
mikasa replied at 5-10-2015 12:59 PM
Ni mesti kes sewakan permit kat org lain ni.ni laa org melayu terutamanya..dah duit mudah je

bukan org melayu aje....bangsa lain pun ada....

korang nak service efficient..korang tak tau ke maintenance teksi tu berapa nak kena bayar....6 bulan sekali kena gi check kat Puspakom....yg Puspakom lak....lori, bas yg macam nak rebah tu, lulus Puspakom...yg org teksi ni....sebab tak de duit nak hulur bawah meja....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2015 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
iniaroonz replied at 5-10-2015 01:15 PM
bukan org melayu aje....bangsa lain pun ada....

korang nak service efficient..korang tak tau ke ...

Kereta baru pun nak kena masuk puspakom ker?

Kecuali laa teksi dah lebih 5 taun..semua no berkait ngan duit...duit duit2...semua nak buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa utk pengguna Uber/Grabcar berpiket depan SpAD Hq


Kalau taxi berdemo..laju laa spad buat kerja...kalau pengguna berdemo agak2 apa respon?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:26 PM | Show all posts
buat Uber dgn Grabcar ni betul ke boleh dpt 3K seminggu
ada sorg mamat dlm fb aku galak nau promo ajak jd driver
seminggu dpt 3K katanya lg banyak dr gaji dia bulan2
tp aku tgk skrg dia pun dh angkat Audi A3 pulak
dulu drive proton jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2015 01:27 PM | Show all posts
hari1 replied at 5-10-2015 12:31 PM
Pemandu2 teksi ni bila dah ada Uber dan GrabCar baru nak -protes bagai kononnya menjejaskan periuk n ...

btul sgt..... taknak guna meter tu satu hal....
mmg pdn muka je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072700 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list