CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26439|Reply: 106

[AKSI] KELUARGA PONTIMAU [MARSHA,KEITH FOO]

[Copy link]
Post time 6-10-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 22-1-2016 02:54 AM

TV3 akan menyiarkan sebuah drama fiksyen terbaru berjudul 'Keluarga Pontimau'. Sebuah drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd dibawah arahan Khabir Bhatia dan Nurhanisham. Dihasilkan dengan teknologi animasi 3D. Barisan pelakon tidak kurang hebatnya dengan menampilkan lakonan Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje sebagai watak utama. Dibantu oleh Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, dan ramai lagi. Saksikan Keluarga Pontimau yang akan disiarkan di slot Aksi TV3 bermula 6 Oktober ini pada hari Selasa, jam 10.00 malam.

JUDUL : KELUARGA PONTIMAU
EPISOD : 13 Episod
TARIKH / MASA : 6 Oktober 2015 (Selasa, 10.00 malam)
SIARAN : Slot Aksi TV3
SKRIP: Ashraff Zain dan Sharmaine
PENGARAH : Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu)
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Keith Foo, Marsha Milan Londoh, Amelia Henderson, Sean Lje, Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Suraya, Nurul Fatihah Ali, Lee Yvonne, Angelin Tan, Esma Daniel, Dazrin Kamaruddin

WATAK PELAKON
Keith Foo sebagai Eddy (Harimau Jadian)
Marsha Milan sebagai Elvira (Pontianak)
Sean Lee sebagai Joe
Amelia Henderson sebagai Sabrina
Esma Daniel sebagai Jabar
Yasmin Hani sebagai Julia
Lee Yvonne sebagai Hilda
Dazrin Kamaruddin sebagai Rayyan

SINOPSIS KELUARGA PONTIMAU
Rayyan (Dazrin Kamaruddin), seorang penulis novel fiksyen yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan untuk memulakan novel fiksyen terbarunya. Rayyan mengalami kesukaran untuk menulis dan mengalami writer’s block. Pada suatu hari, Rayyan sedang minum secawan kopi sambil memerhati tingkah laku jiran-jirannya. Pergaduhan satu keluarga telah menarik perhatiannya. Mula timbul satu idea untuk menggabungkan watak Pontianak dan Harimau Jadian. Pelik tetapi sememangnya Rayyan gemar dengan kelainan yang dapat menjadikan jalan cerita novelnya itu lebih menarik. Lalu Rayyan memulakan penulisan mengenai “Keluarga Pontimau” yang turut menerapkan nilai-nilai murni yang dapat Rayyan perolehi menerusi pemerhatian di kawasan kejirannya itu.

Keluarga Pontimau adalah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit. Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya.

Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kekuatan yang yang lebih daripada Eddie. Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lee) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang diantara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah.

Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson). Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira. Dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kalau dia mahukan sesuatu dia pasti akan mendapatkan tanpa peduli akan apa yang akan terjadi. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma. Dan anak bongsu mereka Baby George yang lahir setelah mereka berpindah, juga memiliki kuasa mengalihkan barang melalui minda dan juga keupayaan berkomunikasi melalui minda.

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2015 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Spe tgk drama ni td? Cam best jgk tp x fokus sgt td, dok tgk sambil borak ngn mak. Esk nk tgk kt tonton la.

Ade jgk plakon yg x knl. Watak marsha best jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cite ni.. tak macam typical drama melayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Watak baby siapa? Best rupanya cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 01:49 AM | Show all posts
mcm adam family
best...lain sikit.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 02:47 AM | Show all posts
meols tengok tadi.. hahaha lawak giler
especially masa housewarming

spaghetti rasa pisang, air rasa garam, sandwich ada cacing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2015 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Glass_shoes at 7-10-2015 06:56 AM

Best...tp muke dazrin busuk lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 7-10-2015 01:49 AM
mcm adam family
best...lain sikit.........

Haa btolll mcm adam's family. Dok pk la smlm....mcm pnh ade cite omputih pesen2 gini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 07:39 AM | Show all posts
Glass_shoes replied at 7-10-2015 06:51 AM
Best...tp muke dazrin busuk lg

hahhahhaha kita pun baru nak ckp........
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:26 AM | Show all posts
Haaa. macam Addam's Family.

Tapi best ja. Kekekekkee

Suka tengok kawasan perumahan elit tu. kekekeke

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:30 AM | Show all posts
ubatnyamuk replied at 7-10-2015 08:26 AM
Haaa. macam Addam's Family.

Tapi best ja. Kekekekkee

area lestari perdana, seri kembangan..rumah tu selalu je shooting..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:31 AM | Show all posts
d_dalia replied at 7-10-2015 08:30 AM
area lestari perdana, seri kembangan..rumah tu selalu je shooting..

Ooo. Tapi sekali dua tiga bijik rumah depa guna.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:31 AM | Show all posts
Edited by d_dalia at 7-10-2015 08:33 AM

best gak..kena follow ni..kelakar..yg jd watak Joe tu hensem dan cool..fasih je bhs melayu
keith foo pun best berlakon...harimau sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 08:34 AM | Show all posts
ubatnyamuk replied at 7-10-2015 08:31 AM
Ooo. Tapi sekali dua tiga bijik rumah depa guna.

kejiranan yg bagus lah utk ditunjukkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 10:12 AM | Show all posts
d_dalia replied at 7-10-2015 08:31 AM
best gak..kena follow ni..kelakar..yg jd watak Joe tu hensem dan cool..fasih je bhs melayu
keith fo ...

tp spe yg jd joe tu ek? plakon baru ke? yg jd ank pompuan tu pon bdk baru ek?

tp best la.... lawak tol drg, nk cover identiti hantu drg tu

btol tu, mmg kena folo ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2015 10:16 AM | Show all posts
d_dalia replied at 7-10-2015 08:34 AM
kejiranan yg bagus lah utk ditunjukkan..

sebut psl cite psl kejiranan ni, tingat dlu kt astro ade drama bersiri 'Senja Permai'.... spe ingat? best gak drama tu..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2015 10:22 AM | Show all posts
babyorange replied at 7-10-2015 10:12 AM
tp spe yg jd joe tu ek? plakon baru ke? yg jd ank pompuan tu pon bdk baru ek?

tp best la.... la ...

yg jd joe tu youtuber, sean lee..femes di youtube..yg adik kembar tu kan amelia henderson yg vj sport kat astro tu..
ada thread kat bod gosip kot, dia convert masuk islam kawin dgn kerabat diraja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:23 AM | Show all posts
babyorange replied at 7-10-2015 10:16 AM
sebut psl cite psl kejiranan ni, tingat dlu kt astro ade drama bersiri 'Senja Permai'.... spe inga ...

hahaha.. tu aeril zafril ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 10:45 AM | Show all posts
Edited by mat_arof at 7-10-2015 10:47 AM

aku tengok semalam drama ni..

best..kelakar lah juga...nak ketawa je..

lain dari yang lain drama ni..

baru best nak layan drama melayu

aku bosan dan tak minat nak layan drama melayu yang typical asik cintan cintun yang membosankan..

memang best drama ni..
suka part yang marsha nampak gambar harimau kat botol ..hahaha..sambil nak cari suami nak tunjukan gambar harimau
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Glass_shoes at 7-10-2015 11:22 AM
eddlisa_uyuk replied at 7-10-2015 07:39 AM
hahhahhaha kita pun baru nak ckp........


Redha ajelah
Dazrin di mana2




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.088471 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list