CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2739|Reply: 19

Tetap mahu jadi penyanyi

[Copy link]
Post time 8-10-2015 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tetap mahu jadi penyanyi
AINULYAKIN ISHAK
8 Oktober 2015



PELAKON Arja Lee menyifatkan perjalanan karier seninya dalam bidang nyanyian masih belum tiba walaupun pernah tampil dengan single pertama, Cerita Pada Mereka, awal Januari tahun lalu.

Lebih memilukan, Cinta Pada Mereka hanya mampu bertahan selama sebulan di corong-corong radio sebelum ‘senyap’ sehingga ke hari ini.

Pun begitu, itu bukan alasan utama untuk pemilik nama sebenar Azharudin Ramli ini mengaku kalah, sekali gus berputus asa terhadap bidang yang diminatinya itu.
"Saya bukanlah menyanyi hanya sekadar untuk berseronok mahupun mengisi lapang.

"Saya memang mahu menjadi penyanyi. Saya percaya saya boleh menjadi penyanyi yang baik kerana jika tidak, mengapa hingga hari ini saya masih lagi menerima pelbagai jemputan," katanya pada Zass ketika ditemui pada sesi tayangan khas filem Rembat, baru-baru ini.

Tidak mudah berputus asa, artis berusia 31 tahun itu bakal tampil dengan single keduanya, Bintang Malam hasil sentuhan penyanyi, Asfan Shah.

"Kali ini, saya akan mengetengahkan konsep balada rock berbanding balada sebelum ini. Imej saya juga akan bertukar sepenuhnya.

"Apa yang pasti, kali ini saya berusaha untuk mencari identiti sendiri agar tidak lagi disamakan dengan penyanyi lain.
"Insya-ALLAH, lagu ini akan dilancarkan sekitar November depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Arja dapat dilihat menerusi filem terbaharunya, Rembat yang kini sudah berada di pawagam.

Bukan itu sahaja, Arja juga baru saja tamat menjalani penggambaran filem Sayu Yang Syukur dan kini semakin aktif menguruskan perniagaannya.

sumber - Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2015 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sedapkah sore heshe nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 11:31 AM | Show all posts
lor penah ada lagu ke..??

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:33 PM | Show all posts
aku penah dengar dia nyanyi masa jadi tetamu jemputan rancangan masakan yg si anis nabilah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:34 PM | Show all posts
siapakah?

tahun depan mencobalah masuk AF2016
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:40 PM | Show all posts
mlm td tgk rancangan jgn gelak kat tv9 tu...arja&asfan 1 team kena  jwb soalan...asfan tak dpt jwb soalan, Gua apakah yg paling besar di malaysia?..arja bisik2 bagitau jawapan Gua niah...ermm..ada lah sikit perbezaan antara artis yg masuk univ atau tidak...lps tu asfan kena soal negeri pengeluaran terbesar nanas pun tak dpt jwb..arja tak tolong dah pasal nnt kena denda lg sbb tolong member..huhu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 12:43 PM | Show all posts
off topic...last week ada Amar kump titan dan salah sorg kump forteen yg tinggi tu, tak tau nama..Amar kena spell perkataan english dan bdk forteen tu kena tulis apa yg amar eja..amar tu blh tahan gak bijak, semua spelling betul, bleh tahan susah gak perkataan nya..tapi sedihnya bdk forteen tu dok salah je bila tulis, kalo tak dgr pun apa yg amar sebut bleh kot eja sendiri..tp satu benda tak tau..aduh artis..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 01:08 PM | Show all posts
i suka dia dalam lari, nampak bijak orangnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 01:52 PM | Show all posts
sedap ke suara dia? bersungguh nampaknya mau jadi penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:06 PM | Show all posts
d_dalia replied at 8-10-2015 12:43 PM
off topic...last week ada Amar kump titan dan salah sorg kump forteen yg tinggi tu, tak tau nama..Am ...

citer ape ni? kesiannye aku sbb xtahu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa. aku ingat dia cina
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:16 PM | Show all posts
budakmanentah replied at 8-10-2015 02:06 PM
citer ape ni? kesiannye aku sbb xtahu

rancangan Jangan gelak kat tv9 setiap rabu mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:16 PM | Show all posts
BebeQ replied at 8-10-2015 01:08 PM
i suka dia dalam lari, nampak bijak orangnya.

dlm rancangan lain pun dia nampak bijak
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:23 PM | Show all posts
ellejo replied at 8-10-2015 02:15 PM
laaa. aku ingat dia cina

aku pun ingt dia cina gak.. hahaa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
IxoraP replied at 8-10-2015 02:23 PM
aku pun ingt dia cina gak.. hahaa..

sekali azharudin ramli daaaa.
bumiputra sangat nama heshe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 05:07 PM | Show all posts
erm .. gudlak lah bradaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 05:09 PM | Show all posts
arja ni kalau org interview pun nampak ok je cara jawab..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ammar tu nmpak bijak n brpljaran...better than kwan dia lg sorg tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon pun ok. Filem dalam botol tu pun ok....sedih la filem tu byk kena snub dlm FFM terutamanya Ahkak Ogy...Ahkak Ogy sgt tidak over, menjadikan lakonannya sgt menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe betul2 bogel sis dalam scene mandi filem pprt nek raja azmi, Anu Dalam Botol. Heshe jadi shemale bottom
btw, heshe memang ada masuk audition AF season bila ntah. Rasanya season hazama / faizul menang tu. Sekali dengan Asfan & Fida. Tapi semua terkandas sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.070475 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list