Memulakan karier sebagai seorang penyanyi selepas tamat pengajian di Akademi Fantasia (AF9) beberapa tahun lalu, nama Ayda Jebat sebenarnya lebih sinonim dengan dunia lakonan selepas satu per satu drama lakonan beliau menjadi popular di kalangan peminat.
Namun, bakat nyanyian Ayda Jebat tidak dapat dinafikan selepas lahir dengan lagu terbaru berjudul Siapa Diriku yang kini menjadi siulan ramai. Kami juga tidak terkecuali dilanda demam lagu ini. Ini antara sebab kenapa kami sukakan’nya.
1. Senang Diingat & Catchy.
Siapa pun yang mendengar lagu ini pasti akan terus ingat bait liriknya selepas sekali dengar. Kalau didengar berulang kali, memang akan melekat di kepala berhari hari. Tidak kisah pun sebab memang lagu ini sedap untuk dinyanyikan.
2. Jadi Tema Drama Baru M.A.I.D
Kami sudah nyatakan yang Ayda Jebat memang sinonim dengan drama hits dan terbaru beliau akan muncul dengan drama berjudul M.A.I.D gandingan sekali lagi bersama Zul Ariffin yang memang merupakan pasangan skrin paling diminati ramai.
3. Video Muzik Warna Warni & Penuh Ceria
Video muzik untuk lagu Siapa Diriku telah dilancarkan di Youtube pada 14 September lalu & dalam masa seminggu ianya sudah ditonton lebih 270,000 kali. Video muzik yang turut menampilkan Fasha Sandha, Michael Ang dan pastinya Ayda Jebat ini mendapat tajaan OPPO Malaysia.
Ayda Jebat turut dilantik sebagai duta produk untuk peranti OPPO R7 Series ini. Bertuah badan. Beliau juga ada muncul dalam segmen khas Buletin Utama menerangkan kelebihan OPPO R7 Series ini. Nice, bukan selalu selebriti kita masuk berita!
Selain itu, Ayda Jebat juga membuat pengumuman di laman sosial beliau termasuk Instagram dan Facebook memaklumkan para peminat yang beliau kini sedang berkolaborasi dengan OPPO.
4. Imej Ceria & Bertenaga Ayda Jebat
Peribadi Ayda Jebat sebagai seorang yang ceria dan sentiasa bertenaga memang dapat kita lihat menerusi lontaran suara dalam lagu ini dan juga video muziknya.
Tapi iols suker lagu nih pun sbb melody nya mmg cathcy!!
lagi pun bila dgr dia nyanyi live...sore bestt!! samaa...so ok lahh...
muka dia?? berpuluh2 kali lagi cantik dari iols lahh..
pernah sekali dua ngetest ngomen kt ig dia ke mana ntah...dia balas komen!!! padahal kita bukan lah jenis fan tegar dia ke hapa...so for me...sheols jenis perihatin lah kot...rajin n jenis baik2 jugak kot...
baca komen peminat or bukan peminat then reply...
experience org lain mb berbeza....
aku tahan diri dari dengar dan nasib baik tak pernah dengar
takut kekalau melekat dalam kepala nanti sebab kadar keterlekatan lagu2 yang catchy dalam kepala aku selalunya amat tinggi ..
Ko nak tiru video all bout that bass... Masalah nya backgroun kaler2 yg dipilih sgt menyakitkan mata... Dgn lighting xcukup, muka semua org nampak gelap.. Plus budak2 menari bersepah... Video paling sampah... Baik video sissy imann entah apa rasa... Dah la comel... Aku amik jadi bini kang... Hahahahaha