CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69339|Reply: 360

Kisah Misteri Nukilan Kagiru

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by medangmru at 11-10-2015 09:51 AM

As salam rakan-rakan …walaupun dah lama dan tiada kepastian samada TT masih senantiasa online di sini. Saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan kisah yang saya alami sendiri. Tiada copy paste dari mana blog/website@facebook. Saya bekerja di sebuah Kilang di Kulim Hi tech….oleh kerana kesihatan ibu yang kurang memberangsangkan saya dan isteri berpindah kembali ke kg halaman dari pulau pinang. Setiap hari saya akan berulang-alik dari Alor Setar – Kulim Hi Tech dimana saya berkerja Shif 7 AM – 7PM @ 7PM – 7AM.

Jika kerja shif pagi, saya akan bangun seawall jam 4 AM untuk bersiap dan akan bertolak sebelum jam 5 AM. Mungkin rakan-rakan former sekelian tertanya- tanya kenapa saya bertolak terlalu awal bukan? Ianya kerana perjalanan yang agak jauh dan saya lebih suka keluar lebih awal agar tidak terlalu tergesa-gesa memandu. Selalunya saya akan menggunakan Highway PLUS Alor Setar – Bertam dan akan melalui Tasik Gelugor- Lunas-Kulim Hitech. Saya akan tiba di bertam pada kebiasaan jam 6 AM seiring dengan laungan azan Subuh.

Kisahnya bermula begini, pada hari kejadian, saya seperti kebiasaanya bangun seawal pukul 4 AM.Bersiap , panaskan enjin kereta serta isteri membekalkan air panas untuk perjalanan saya ke tempat kerja agar dapat menemani saya didalam perjalanan disamping dapat membantu menyegarkan mata yang masih rindukan tidur yang lelap. Saya memasuki lebuhraya utara selatan menghala ke susur keluar Bertam. Sesampai di Gurun  hujan mulai turun renyai, saya masih utuh memandu ditemani teh o panas disulami dengan hembusan asap rokok. Saya masih membuka tingkap agar udara nyaman di pagi hari dapat menyegarkan saya.

Takkala melepasi RnR Gurun, saya mendengar bunyi seperti ada seseorang di bahagian belakang penumpang. Tersentak dari itu, saya membuka radio dengan alunan ayat suci Al-Quran. Bertam masih jauh untuk saya sampai ke destinasi, saya cuba bertahan dengan menganggap ianya hanya sekadar mainan perasan. “Arrrrrrghhh……’ suara seorang perempuan jelas kedengaran di bahagian penumpang.”Astaga…’bisik saya didalam hati, tiada apa yang mampu saya lakukan selain daripada hanya mampu menoleh ke side mirror untuk melihat jikalau ada sesiapa dibelakang. Dengan sedikit keberanian dan Tawakal kepada Yang Maha Esa, saya menjeling ke side mirror.

Kelihatan Susuk tubuh seorang perempuan dengan mengendong sesuatu yang tidak jelas kelihatan.’Astafirullahhala’zzim’ hanya itu yang mampu keluar dari mulut seorang hamba Allah SWT yang serba naif ini. Selepas sahaja saya melihat perempuan itu, jelas kedengaran suara tangisan yang mendayu membuatkan saya lebih seram dan gelisah. Saya cuba untuk memberanikan diri.


Saya meneruskan perjalanan dengan kelibat perempuan dan suara tangian masih kedengaran. Kelajuan ditambah kerana sebagai insan yang naif dan masih kurang ilmu dunia dan akhirat saya masih gagal untuk menyembunyikan rasa takut yang menyelubungi diri saya. Takkala saya melalui Sungai Petani Selatan tiada lagi suara tangisan tapi diganti dengan gelak tawa halus yang menyeramkan dengan kelibat perempuan itu masih jelas kelihatan. Saya memperlahankan permanduan kerana saya sudah hampir hilang keberanian dan fokus memandu. Alunan ayat suci masih belum mampu menghalau kelibat itu untuk keluar dari kereta saya. Dalam sepuluh minit kemudian saya tib di Tol Bertam, ketika itu baru kelibat itu hilang dari pandangan. ‘Alhamdulillah’ hanya itu yang mampu keluar dari bibir saya. Saya memberhentikan kenderaan untuk seketika ,Subuh masih belum masuk ketika itu kerana cara permanduan yang melebihi had seketika tadi.

Selepas 5 minit berhenti , saya kembali meneruskan perjalanan.Jam menunjukan pukul 5AM. Waktu Subuh sekitar 5:40AM pada ketika itu. Saya menoleh kebelakang dan dengan senang hati tiada lagi kelibat tadi. Saya meneruskan perjalanan menuju ke Tasik Gelugor, kepada sesiapa yang pernah melalui jalan ini, selepas Stesen Minyak Buraq Oil saya harus melalui jalan terus di temani kelapa sawit di kiri dan kanan sebelum sampai di simpang 3 Tasik Gelugur. Selepas Buraq Oil saya menelefon isteri saya dengan keadaan jalan yang cukup lenggang hanya saya di jalanraya.

Diantara perbualan diantara saya dan isteri:
Saya:  ‘As salam Ayang’..
Isteri: “Wasalam abang, dah sampai mana nih?
Saya: Abang dah menuju ke Tasik Gelugor nih..
Isteri: Abang memandu ke?
Saya: “Ya, tengah memandu ni tapi abang guna hand free, kenapa ayang?
Isteri: Siapa yang tengah bercakap tu? Macam suara perempuan jer?
Saya: ‘Huh? Perempuan mana pulak ayang nih, buat abang suspen ja..abg sorang la nak ada sapa plak? Abang xdengar apa pun , radio pun tak buka.
Isteri: ‘Ada lah abang, kejap-kejap menangis, kejap-kejap ketawa, kejap-kejap bercakap. Abang cari tempat yang cerah sikit kalau boleh berhenti kat masjid mana-mana yang berdekatan.
Saya: ‘Hmmm tak apalah sayang, nanti abang sampai abang call balik.

Saya tetap meneruskan perjalanan sehingga simpang 3 Tasik Gelugor dan berhenti berdekatan Balai Polis selepas simpang tersebut. 5 minit kemudian ada seorang anggota Polis menghampiri saya dan bertanya hala tuju saya dan kenapa kelihatan gelisah. Saya memberitahu yang saya dalam perjalanan ke Kulim Hitech dan berhenti seketika untuk menghilangkan mengantuk. Tapi saya tak dapat menyembunyikan wajah gelisah dan takut saya. Anggota Polis itu terus bertanya kepada saya jika saya ada apa-apa masalah. Akhirnya saya menceritakan kejadian yang saya alami sebentar tadi.

Anggota tersebut menasihatkan saya agar berehat seketika dan memperbanyakan membaca ayat-ayat suci Al-Quran kerana mungkin makhluk itu masih mengekori saya. Katanya tawakal lah kepada Allah SWT dang tingkatkan keyakinan kepadaNya , In shaa Allah makhluk itu akan hilang dan pergi begitu sahaja kerana ia hanya dating untuk menakutkan anak Adam sahaja. Slepas azan Subuh baru saya mempunyi kekuatan untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerja dan Alhamdulillah saya selamat sampai.

Ini hanyalah salah satu dari pengalaman saya selama 5 tahun bekerja dan menggunakan jalan tersebut, sehingga sekarang saya masih mengingati setiap peristiwa yang saya lalui. Jika ada kelapangan akan saya kongsikan bersama forumer sekelian. In shaa Allah. Maaf saya ucapkan jika penceritaan yang kurang memberangsangkan serta tidak mendatangkan seram kepada pihak tuan/puan , niat saya hanyalah sekadar untuk berkongsi sahaja.Terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 12:20 PM | Show all posts
misteri betul ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 12:20 PM | Show all posts
Sempena bos sy tak ada kat office ni...sy memberanikan diri untuk membuat tread saya yg pertama...yang first ni saya ambik balik post saya semalam kat tread sebelah...kalau ada sambutan In shaa Allah akan saya ceritakan kisah yang lain...semuanya adalah kisah sendiri dan yang terjadi kepada saudara dan kenalan terdekat sahaja...bukan cerita dari mulut kemulut.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 12:40 PM | Show all posts
saja tak boleh pikir nak letak tajuk apa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 12:41 PM | Show all posts

edoraixora...ada jugak orang baca cerita saya nih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 12:52 PM | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 12:41 PM
edoraixora...ada jugak orang baca cerita saya nih...

belum bace lagi

tgok 1st post tadi, cume ade ni je
tu yg ckap misteri sgguh ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2015 01:02 PM | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 12:21 PM
As salam rakan-rakan …walaupun dah lama dan tiada kepastian samada TT masih senantiasa online di si ...

mak aii seramnye...hantu jenis cik pon ni mmg terlebih sikit seramnye
tapi kire kuat jugaklah awk boleh drive dgn tenang

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 01:02 PM | Show all posts
oh okes2.. gud2..
ade bace kt thread sebelah...
sila update lagi yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2015 01:31 PM | Show all posts
teruskan menulis tt...bahasa tt bagus bukan bahasa pasar yang buat kita pening nak paham cerita...
seram payah nak habaq aihhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 02:15 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 8-10-2015 01:31 PM
teruskan menulis tt...bahasa tt bagus bukan bahasa pasar yang buat kita pening nak paham cerita...:l ...

Terima kasih semua...sekejap saya tengah mengarang nih....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:19 PM | Show all posts
kagiru replied at 8-10-2015 02:15 PM
Terima kasih semua...sekejap saya tengah mengarang nih....

iols kat penang nih kagiru...bukan nak menakutkan tapi area BKE tuh memang macam2 cita dah dengar...
yang tergolek tengah2 hiway pun ada...yang tumpang pun ada....memang skeriii....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 02:38 PM | Show all posts
parking dabel jap
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:01 PM | Show all posts
pg2 dah kluar rumah... seblm subuh.. drive sensorg lak tu.. mmg skeri meri.. elok pasang bacaan Quran sepjg jln.. kuat2 pun xpe.. hilang ngantuk gak.. hilang rasa takut jugak... tp jgn pasang ayat ruqyah sudah ye.. ayat rugyah x boleh dipasang waktu drive.. ok... pasang ayat Al-Baqarah.. masih bekerja di Kulim Hi-tech lg?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Penceritaan macam ni la i suka. Baru best nak baca. Cerita lagi TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:17 PM | Show all posts
Shahreen74 replied at 8-10-2015 03:01 PM
pg2 dah kluar rumah... seblm subuh.. drive sensorg lak tu.. mmg skeri meri.. elok pasang bacaan Qura ...

tak dah resign dah shahreen..sekarang dah balik kampung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:18 PM | Show all posts
Misteri ke-2 coming soon In Shaa Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2015 03:20 PM | Show all posts
Kisah kedua-

Terjadi pada tahun 2012, saya sekeluarga (2 buah kereta) memulakan perjalanan ke Lata Mengkuang , Sik Kedah. Perkelahan yang sudah dirancang dengan hampir 2 bulan tergendala kerana saya tiada kesempatan untuk bercuti. Keseronokan dan keriangan anak-anak kecil terpancar dari wajah mereka yang tidak lagi boleh disembunyikan. Begitu juga dengan semua dewasa yang lain, tidak terkecuali dengan saya sendiri.


Kami memulakan perjalanan pada pukul 10 pagi dan sampai ketempat yang dituju hampir pukul 12 tengahari. Kepenatan memandu jelas sekali hilang bagai ditiup angin takkala kami sampai kedestinasi. Hutan yang menghijau, air jernih yang sejuk umpama dari peti sejuk membuatkan kami sekeluarga tidak sabar untuk terjun dan merasainya.



Sambil menjamu selera dan mandi, ada juga anak-anak cuba menangkap anak ikan dan udang kecil menggunakan penyauk yang senantiasa ada di dalam bonet keretaku. Terhibur sejenak melihat teletah mereka menangkap ikan dan udang. Haikal anak saudara isteri saya terus menangkap ikan dan udang dan memasukan ke dalam botol untuk dibawa balik katanya. Saya tidak berfikir apa-apa hanya mengiyakan saja permintaannya. Perkelahan itu kami akhiri pada hampir pukul 6 Petang, puas sudah kami bermandi dan bersuka ria. Abang ipar saya mencadangkan agar kami terus saja ke Ayer Panas Legong di baling kerana jaraknya sudah tidak jauh dari Lata mengkuang. Sebelum kami bergerak dari Lata Mengkuang, ibu saya menegur:



Ibu: Amir, siapa perempuan yang ikut kita naik ke parking tadi?
Saya: Eh perempuan??? Rini (Isteri saya) adalah….yang lain kan naik kereta abang…
Ibu: Adalah…mak tengok dia ikut je belakang kamu tadi…sampai kat parking mak tengok muka dia macam masam je.
Saya: Kebetulan je tu dia naik ke parking sekali dengan kita mak, mungkin couple yang tengah bergaduh kot.



Saya cuba menenangkan keadaan, cuba untuk tidak lagi melayan sebarang pertanyaan mak sebab isteri dan penumpang lain dah seram semacam. Untuk pengetahuan forumers sekelian, mak saya nih seorang Ustazah Al-Quran Tajwid (orang kedah panggil la) @ustazah mengaji petang. Mak hanya mendiamkan diri seperjalanan ke lokasi air panas lengong. Sampai ja ke destinasi kami keluar dan masuk ke kawasan air panas dan kami disana sehinggalah masuk waktu Insya. Selesai menunaikan solat Insya, saya dan bang ipar berbincang mengenai jalan pulang. Saya dana bang ipar bersetuju untuk melalui Pekan Baling – Parit Panjang – Pekan Jeniang – Gurun – Alor Setar. Saya meminta agar abang ipar saya mengetuai perjalanan kerana sebagai Pemandu lori beliau lebih berpengalaman mengenai selok belok jalan disana. Untuk Pengetahuan rakan forumer jalan yang akan kami lalui ini agak sunyi dan di kelilingi hutan di sebelah kanan dan kiri jalan.



Dari Air panas legong kami menyusuri Pekan Baling tanpa sebarang masalah, setelah itu saya bersa agak aneh kerana sepengetahuan saya dari Pekan Baling untuk ke simpang parit panjang tidaklah terlalu jauh hanya memakan masa sekitar 10-15 minit perjalanan sahaja. Tapi sudah 30 minit kami memandu tanpa melalui simpang tersebut. Saya menelefon abang ipar saya dan ini adalah diantara perbualan kami:



Saya: Abang dah jauh ni, saya rasa kita dah terlepas simpang parit panjang tu.
Abang: Abang pun rasa macam tu jugak , taka pa amir ikut ja abang.
Saya: Okey bang tapi kalau ada apa-ap nanti abang call ja saya.

Kami meneruskan perjalanan, untuk pengetahuan forumers sekelian, jika kita henda ke Pekan Baling dari arah Lengong kita akan melalui satu tugu menyerupai Siong. Dalam perjalalan kami ini secara tiba-tiba kami melalui mercu tanda tersebut yang telah kami lalui semasa keluar dari air panas tadi. Saya mula merasa aneh, tapi cuba saya simpan sahaja didalam hati agar tidak menakutkan penumpang yang lain.



Saya menelefon abang agar berhenti seketika di tepi jalan agar kami boleh berbincang. Saya mengatakan mungkin kami terlepas pandang simpang ke parit panjang tadi. Sekali lagi kami terpaksa melalui Pekan Baling untuk ke simpang tersebut. Kali kedua juga sama, alih – alih kami kembali ke mercu tanda Siong tersebut. Perjalanan yang kami tempuhi ini agak jauh juga kerana ia umpama kami berpusing di satu arah yang sama. Kali ketiga saya yang mengepalai perjalanan, hasilnya tetap sama dan kami kembali ke mercu tanda Siong juga.

Jam menunjukan hampir pukul 12 malam. Saya menasihati agar kami kembali ke pecan Baling dan berhenti di Stesen Petronas. Disana kami mengisi minyak dan saya bertanya kepada pekerja Petronas tersebut arah ke simpang tiga Parit Panjang. Dia menunjukan jalan yang sama yang telah kami lalui 3 kali. Pekerja tersebut seperti mengerti keadaan saya, dia bertanya samada kami sesat dan tidak jumpa simpang tersebut.
Pekerja Petronas: Abang tak jumpa simpang tu ka?


Saya: Ya, dah 3 kali saya lalu jalan nih dari selepas Insya sampai sekarang dan dah 3 kali jugak saya lalu Petronas nih.
Pekerja: Abang macam ni lah abg pergi lagi sekali In sha Allah jumpa banyak tawakal bang sini pelik sikit, tambahan orang luar. Kalau kali ni tak jumpa jugak abang dating sini balik.


Saya pun meneruskan perjalanan kembali menuju ke simpang tersebut yang sudah 3 kali hilang dari pandangan mata kasar. Mak saya tak henti membaca ayat suci Al –Quran. Tapi kali keempat jugak kami tetap tidak jumpa simpang tersebut tambahan pula kami melalui jalan yang sangat gelap. Saya dapat mengagak yang kami sudah pun mula melalui lebuhraya Durian Burung yang ketika itu masih belum siap untuk digunakan sepenuhnya. Jalan terlalu gelap , anak-anak yang masih belum tidur sudah mula menangis. Saya menelefon abang agar kami berpatah balik kerana jika kami meneruskan perjalanan entah apa yang akan kami lalui. Setelah berpatah balik, kami terserempak dengan 3 orang tua yang sedang lepak di tepi jalan. Ada beberapa rumah ayang telah pun bergelap, hanya cahaya lampu jalan sahaja yang menerangi jalan. Saya memberhentikan kenderaan dan turun untuk bertanya kepada mereka lokasi sekarang.  


Saya: As salam pakcik, boleh saya tanya apa nama tempat ni?
Pakcik: Wasalam encik, ni kampong Batu Lapan. Encik ni nak kemana?
Saya: Saya nak ke simpang parit panjang pakcik, dari pecan baling tadi tajumpa-jumpa simpang nya.Dah kali ke -4 saya cari simpang tu.
Pakcik: Dah jauh terlepas ni, encik dari mana?
Pakcik ni tak lepas dari memandang kearah kereta saya.
Saya: Saya dari Alor setar , tadi ke Lata Mengkuang lepas tu ke air panas sekarang nak balik ikut Parit Panjang tapi tak jumpa jalan.
Pakcik: Encik patah balik akan jumpa terus saja simpang tu ada tapi mungkin dikaburkan dari pandangan. Jangan ikut jalan ni sebab jalan gelap dan tiada stesen minyak. Lagipun jarang orang lalu kawasan nih.
Saya: Terima kasih pakcik.


Saya tak menunggu lama kerana 2 orang rakan pakcik tersebut hanya diam dan terus menerus memandang kearah kereta saya. Saya kembali meneruskan perjalanan dan sekali lagi saya berjumpa dengan stesen petronas tersebut. Untuk sekelian kalinya saya berhenti lagi disana. Stesen ini agak besar dan masih ada orang disana. Abang ipar datang kepada saya:


Abang: Apa yang pakcik tu cakap tadi amir:
Saya: Pakcik tu cakap dah jauh bang kita sesat, mungkin dikaburkan dari pandangan mata kasar. Tapi seram saya tengok kawan pakcik tu asyik memandang ja kea rah kereta saya.
Abang: Errrkkkk….Kawan??? kawan yang mana ni amir? Kan pakcik tu sorang ja?
Saya: Huh? Kana da kawan dia lagi 2 orang kat situ? Abang jangan memain camni.
Abang: Kau yang memain bukan aku, aku tengok jugak kau bersalam macam ada orang lain selain pakcik tu.
Saya terkesima seketika, saya terus ke kereta dan bertanya kepada isteri, ada Nampak tak 3 orang masa saya bertanya jalan tadi? Jawapan yang saya terima amat memeranjatkan saya. Saya hanya berbual dengan seorang pakcik sahaja. Orang kedah kata ‘Telan ayaq lioq pun tak lepaih’, saya tanya isteri kenapa tak cakap masa dalam kereta tadi? Dia kata dia takut sangat masa tu.



Saya tak ada pilihan lain selain berjumpa sekali lagi dengan pekerja Petronas tadi dan meminta dia agr menunjukan jalan ke simpang tersebut. Seperti saya katakan, jaraknya dari Petronas itu tidaklah terlalu jauh dan dalam masa yang singkat kami dapat berjumpa dengan jalan yang sebetulnya. Selepas mengucapkan Terima kasih kepada pekerja Petronas tu (Terima kasih sangat Apit) saya meneruskan perjalanan ke rumah dan kami selamat sampai di rumah pada pukul hampir 4 pagi.



Kesokan harinya dua orang anak saudara demam panas dan ikan bersama udang yang ditangkap mereka sudah pun hilang hanya tinggal bekas kosong bersama air dari Lata Mengkuang walaupun hakikatnya banyak anak ikan dan udang yang mereka tangkap..sehingga sekarang saya dan keluarga masih tidak dapat merungkai kisah tersebut…..sekian terima kasih…nanti sambung lagi In shaa Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2015 03:22 PM | Show all posts
time nak dekat subuh tu mmg time kesukaan 'makhluk' ni.. yelah dah ujung2 waktu sebelum azan ye tak, nak tuka syif... .tu yg tumpang tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:25 PM | Show all posts
myakayina replied at 8-10-2015 03:22 PM
time nak dekat subuh tu mmg time kesukaan 'makhluk' ni.. yelah dah ujung2 waktu sebelum azan ye tak, ...

sampai sekarang...bila saya lalu lagi jalan tuh..rasa seram masih ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2015 03:28 PM | Show all posts
edoraixora replied at 8-10-2015 01:02 PM
mak aii seramnye...hantu jenis cik pon ni mmg terlebih sikit seramnye
tapi kire kuat jugaklah awk ...

Saya taklah kuat sangat...cuma kalau saya terlalu memikirkan rasa takut tu...saya mesti terbabas atau hilang kawalan...lagi la teruk hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.369979 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list