CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3274|Reply: 2

Penemuan Pintu Gerbang Ke Neraka Di Turki

[Copy link]
Post time 9-10-2015 07:01 PM | Show all posts |Read mode

Jika di China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat Daya Turki. Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.

"Pluto" berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan mitos Greco-Roman.

"Bilik ini penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang ahli geografi Yunani Strabo.

Penemuan gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor arkeologi klasik dari University of Salento.

"Kami mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini," ungkap D'Andria,

Di dalam gua tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal sumber

Beberapa ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati. Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu dekat, karbondioksida akan membunuh semua makhluk hidup.

Dulu dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.

"Ini adalah penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.

Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini?




dairishare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2015 03:31 PM | Show all posts
kalau pakai mask dgn tong oksigen gitu agak2 leh lepas msk ke dalam x?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 09:18 PM | Show all posts
ell768 replied at 26-10-2015 03:31 PM
kalau pakai mask dgn tong oksigen gitu agak2 leh lepas msk ke dalam x?

BISMILLAH

blh try kalau nak,

tp saya suggest Tuan/Puan hulurkan dahulu sebelah daripada tumit kaki,

apakah ianya akan meng-ge-le-gak sampai ke otak ?

kalau ianya meng-ge-le-gak, maka benarlah janji-janji Allah itu

WALLAHU'ALAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054952 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list