CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5815|Reply: 2

Tunku Laksamana Johor dipakaikan pangkat inspektor

[Copy link]
Post time 13-10-2015 04:03 PM | Show all posts |Read mode



SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menyemat pangkat Inspektor Polis kepada Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene Johor Bahru, hari ini. Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. - Foto Zain Ahmed


JOHOR BAHRU: Anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim hari ini dipakaikan pangkat Inspektor dalam majlis ringkas di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini. Majlis pemakaian pangkat terhadap Tunku Laksamana Johor itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Berangkat menyaksikan majlis itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; dan isteri Che' Puan Khaleeda Bustamam serta anakanda lain. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Tunku Abdul Jalil yang ditemui pemberita selepas majlis itu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pemakaian pangkat itu, sekali gus berterima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Saya mengikuti latihan kepolisan empat tahun lepas dan hari ini saya ditauliah sebagai seorang Inspektor.

"Saya akan menghadiri kursus lain yang sesuai pada masa akan datang sama ada di Johor atau di mana-mana pun dihantar," kata Tunku Abdul Jalil yang sebelum ini mengikuti kursus latihan Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Sementara itu, Khalid berkata dengan pemakaian pangkat itu, Tunku Abdul Jalil kini menjawat jawatan Ketua Turus Pengelola Diraja Istana Johor mulai hari ini. Beliau berkata, Tunku Abdul Jalil akan memikul tugas bersama pegawai keselamatan istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor dalam memastikan keselamatan istana dan harta benda.

Menurutnya, Tunku Abdul Jalil akan dipanggil untuk menghadiri kursus lain kelak bagi meluaskan pengalaman dalam ilmu kepolisan termasuk pentadbiran dan siasatan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88661

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2015 05:06 PM | Show all posts
download tongku !
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2015 12:17 AM | Show all posts
-electrifying- posted on 13-10-2015 05:06 PM
download tongku !

Gillite bond tort ku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.054326 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list