CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4431|Reply: 8

Batu corak beruang panda berharga RM99 juta

[Copy link]
Post time 15-10-2015 11:16 AM | Show all posts |Read mode



BATU yang dikatakan mempunyai corak dua panda.


Beijing: Seorang pengumpul batu mendakwa sebiji batu dalam koleksinya bernilai 150 juta yuan (RM99 juta) kerana mempunyai corak dua beruang panda.


Lelaki itu, Li, berkata, corak pada atas batu itu kelihatan membentuk dua haiwan berkenaan, menjadikan batu itu amat berharga kepada peminat batu.


Menurutnya, dia menemui batu itu di pantai Qingdao, timur China, 12 tahun lalu.


Batu itu dikategorikan sebagai basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di dasar laut. Di belakang, batu itu kelihatan seperti batu biasa.


Menurut Li, di atas batu itu ialah corak dua panda, satu besar dan satu lagi kecil.


Dia memberitahu wartawan, apabila menunjukkan kepada peminat batu lain, ramai yang kagum, malah ada yang menawar untuk membelinya dengan harga 700,000 yuan (RM462,000).


Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia diberitahu harga batu itu boleh mencecah RM99 juta.


Penilaian itu bagaimanapun dipertikaikan beberapa pakar.


Ada yang berkata, nilai batu itu mungkin berpunca daripada penambahan bilangan peminat batu. Ada juga yang berkata, sukar untuk menentukan harga pasaran batu itu kerana tidak ada pihak berkuasa yang dapat mengesahkannya.


Mereka berpendapat, harga yang dinilaikan itu hanya spekulasi.





- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85300#sthash.WNtPGfm3.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2015 01:10 PM | Show all posts
Tak nampak ketara sangat pun Pandanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2015 01:22 PM | Show all posts
abang nmpk satu panda je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 02:48 PM | Show all posts
tak nampak sangat pandanya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 03:05 PM | Show all posts
agaknya siapa yang nak beli ??
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 05:48 PM | Show all posts
ramai ke yang suka buat koleksi batu ye... hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2015 12:09 PM | Show all posts
reka2 letak rege mahal.. lps tu org lain up kan harga.. dan lagi.. dan lagii....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2015 01:43 PM | Show all posts
mattzzx replied at 17-10-2015 07:05 AM
agaknya siapa yang nak beli ??

najib kot nak beli.. dia kan kaya-raya.. pencinta panda pulak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2015 01:44 PM | Show all posts
makton replied at 19-10-2015 01:43 PM
najib kot nak beli.. dia kan kaya-raya.. pencinta panda pulak tu

mungkin jugaaa....???

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.171042 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list