CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13302|Reply: 67

Jep Sepahtu Kalah Saman Akhbar Metro!

[Copy link]
Post time 24-10-2015 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by xanderz at 24-10-2015 10:07 AM


Jep & Shuib (Sepahtu) Gagal Saman Fitnah Terhadap Metro Ahad



Kumpulan Sepahtu dianggotai oleh Jep (kiri) dan Shuib.



KUALA LUMPUR: Kumpulan pelawak Sepahtu pada Jumaat gagal dalam saman mereka terhadap kumpulan akhbar The New Straits Time Press (NSTP)(M) Berhad berhubung penerbitan satu artikel yang mendakwa seorang daripada anggota kumpulan itu mengamuk kerana tidak terpilih sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Datuk Anita Harun menolak saman yang dikemukakan anggota kumpulan itu, Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Shahmira Muhamad selaku plaintif, dalam kamarnya pada Jumaat.

Prosiding itu dihadiri peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili kumpulan pelawak itu, manakala peguam She Yi Ooi mewakili syarikat penerbitan berkenaan selaku defendan.

Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.



Peguam itu berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Pada 18 Mei lepas, Mohd Nadzri, 30, atau lebih dikenali sebagai Jep dan Shahmira, 31, yang lebih dikenali sebagai Shuaib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel bertajuk "Jep mengamuk Sepahtu Kalah", yang disiarkan melalui ruangan Cik Pang dalam akhbar Metro Ahad pada 15 Februari lalu mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah dan berniat jahat terhadap mereka.

Mereka mendakwa artikel yang menyatakan bahawa Jep mengamuk di belakang pentas dengan memaki dan mengugut untuk mendapatkan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga tewas dalam MLM2014 adalah satu fitnah.

Kedua-dua plaintif mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud bahawa mereka mempercayai ilmu hitam dan bomoh, tidak mempunyai semangat bersaing yang sihat, bersikap tidak matang dan tidak profesional.

Jep dan Shuib juga mendakwa artikel yang disebar luas di media sosial memberi impak negatif terhadap mereka dan menjatuhkan populariti mereka dalam kalangan masyarakat serta artis tempatan.

Oleh itu, mereka memohon deklarasi bahawa kenyataan libel yang disiarkan defendan adalah fitnah selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, kos serta dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan NSTP yang difailkan pada Julai lalu, defendan menafikan perkataan-perkataan dalam artikel itu mengandungi unsur fitnah.

Syarikat penerbitan itu mendakwa telah secara jujur tanpa niat jahat dan berdasarkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab telah melaporkan secara langsung keadaan dan aksi semasa MLM 2014.  

p/s kira betul la jep mengamuk sebab x menang kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
So macam mana ni?

Maknanya betullah Jepp mengamuk backstage ms MLM 2014?

Tp meols tgk si Jepp ni pun stok2 berangin & emo semacam je
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:07 AM | Show all posts
so maknanya, apa yg HM lapor tu betullah. sbb tu sepahtu kalah saman.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
So betul la dia mengamuk?
Ke camne?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2015 10:09 AM | Show all posts
setiap manusia ada perangai baik dan buruk

biasalah...

yang tak tahan tengok batak2 jep ni selalu anggap beliau ni maksum
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari pasal nga wartawan..siap la packing utk masuk gua sendu... tak gitu kaka @sepitsiput  ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2015 10:16 AM | Show all posts
Aizul Rohan ketika ditemui pemberita berkata tuntutan saman anak guamnya ditolak selepas mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan oleh akhbar Metro Ahad itu tidak memalukan plaintif.


Tataulah betul ke x
Yg pasti tak menang saman sbb artikel tu x memalukan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:30 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 24-10-2015 10:07 AM
So macam mana ni?

Maknanya betullah Jepp mengamuk backstage ms MLM 2014?

yg aku perasan die wat lawak jerit2 pastu perasan sesorg2 kelakor....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak sepahtu kena improve lagi supaya lebih international. Kalau letk subtitle, org luar pun boleh gelak
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muko patutla nampak slow je 2 ekor ni sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 10:59 AM | Show all posts
jep nmpk hipokrit.. sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke memang dia mengamuk tp bukan sbb kalah.. alasan dia mengamuk sbb dia rasa ada unsur sabotaj plus banyak masalah teknikal.. aku bace mane tak ingat.. ke tu retis lain?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh aku mmg x bkenan dengan si jep ni. Aura kepurapuraan dia tu sesuatu sgt. Lepastu ko tgk ig follow 13 14 orang je. Follow unfollow..kawan2 sendiri gak. Aku rasa dia ni ada masalah la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kah kah kah.. Rasakan ko jep. Kat fb ko kebal sebab ramai batak. Kat cari nih, dihencap ummah je la ko. Cakap jenis jerit-jerit, pastu suka hina fizikal orang lain.. Selayaknya ko kalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dia cume kalah kes.s/ada dia mengamuk atau tidak itu hal lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jep ni kuat beno sentap. Dah macam org pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Elemen libel setiap satu tu tak dipenuhi sebab tu ditolak. Buatlah rayuan. Jep ni macam emosi terlebih. Nampak shuib layankan je dia. Tak silap dia ada on air kat sinarfm dengan pelawak lain, kerap jugak.

Agaknya jep ni pelawak gred apa ntah. Gred grid grud.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 11:56 AM | Show all posts
so dia mengamuk lah ekk??? pelawak gred C camtulah...tak dpt job mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 12:20 PM | Show all posts
jefri90 replied at 24-10-2015 10:32 AM
Lawak sepahtu kena improve lagi supaya lebih international. Kalau letk subtitle, org luar pun boleh  ...

aah.....mcm runningman kan heheee wlpn baca subtitle je pon da ble gelak ngn prangai drg...

eh ot ke iols ni? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
babyorange replied at 24-10-2015 12:20 PM
aah.....mcm runningman kan heheee wlpn baca subtitle je pon da ble gelak ngn prangai drg...

...

A'ah. Running man. Hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.072149 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list