CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4488|Reply: 26

Polis Evo catat sejarah kutip RM17.30 juta, padam rekod The Journey

[Copy link]
Post time 29-10-2015 07:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by (=_=) at 29-10-2015 07:30 PM

KUALA LUMPUR: Filem ‘Polis Evo’ terbitan Astro Shaw dan diproduksi oleh Tayangan Unggul telah mencatat sejarah dunia perfileman Malaysia apabila berjaya mengutip RM17.30juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekaligus memecah rekod kutipan tiket paling tinggi yang dipegang filem ‘The Journey’ terbitan Astro Shaw, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.

Mula ditayangkan pada 17 September 2015 lalu, Polis Evo merupakan tentang filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Filem aksi dan jalan cerita yang mengangkat martabat anggota polis dalam kegiatan membasmi jenayah serta turut menyajikan elemen persahabatan dan kekeluargaan ini telah mencipta satu fenomena baru sehingga berjaya menarik hati penonton untuk terus melabur di panggung. Menariknya, filem ini masih berada di 71 pawagam seluruh Malaysia untuk minggu ke-7.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, “Meskipun industri perfileman tempatan mengalami masalah kutipan tiket yang suram di pawagam, namun masih ada beberapa karya mampu dibanggakan. Pihak Astro Shaw, termasuklah pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia serta rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem Polis Evo di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.“

“Memandangkan kejayaan ini, Polis Evo berjaya menjadi penanda aras industri perfileman negara. Masyarakat Malaysia kini semakin peka dan bijak menilai kualiti sesuatu filem diterbitkan. Bagi tahun 2016, semestinya Astro Shaw akan terus menerbitkan filem unik, berkualiti serta memberi lebih tumpuan terhadap bahan cerita dalam sesuatu karya itu. Kami berharap penonton akan kembali ke pawagam untuk memberi sokongan kepada filem tempatan.”

Selepas ini, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem romantik bertajuk ‘Langit Cinta’ bagi pembukaan tahun 2016. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 7 Januari 2016. Selain itu, Astro Shaw turut mempersembahkan filem OlaBola, Aliff Dalam 7 Dimensi, Dukun Doktor Dani dan Hantu Rumah Sakit Jiwayang akan ditayangkan pada tahun 2016.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 07:36 PM | Show all posts
Polis Evo ni memang filem yang ada kualiti. Memang patut pun pecah panggung.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 07:41 PM | Show all posts
Kalau seorang tengok 10X.. tiket doploh hengget...

Iols rasa Sembilu dulu walaupun 6 juta tapi tiket murah..

Rasanya takleh kira kutipan dah.. kena kira jumlah penonton

Pening plak
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
I rase mcm nk tgk sekali lg je. first time tgk x hayati sgt.sbb asyik gelak n asyik terpana tgk set2 jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:10 PM | Show all posts
sampai sekarang masih tak berkesempatan nak tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoh..so korg xleh marah klu tuk usop layan zizan..

zizan ni single jer kompem muvie pecah panggung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2015 08:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengoklah hasilnya jika karya berkualiti penonton sanggup tonton dan beri sokongan untuk filem melayu..harap lepas ni tiada lagi filem sekadar melepaskan batuk ditangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2015 08:50 PM | Show all posts
Well done! Tp lepas baca tajuk next filem astro shaw...ai terkedu kat hantu rumah sakit jiwayang...harap bukan klon mig atau mat deham....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 29-10-2015 08:50 PM
Well done! Tp lepas baca tajuk next filem astro shaw...ai terkedu kat hantu rumah sakit jiwayang...h ...

Rasanya hantu rumah sakit jiwa je tapi yang tu tersilap didekatkan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:05 PM | Show all posts
katibism replied at 29-10-2015 07:41 PM
Kalau seorang tengok 10X.. tiket doploh hengget...

Iols rasa Sembilu dulu walaupun 6 juta ta ...

kan .... meols ingat lagi pi tengok pilem Pasrah ..... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2015 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
citer ni mmg x puas tgk sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iolss cerita ni memang best. Tapi scene Wan Hanafi Su tu pendek pulak, huwaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertarik dgn watak Mat Yam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
best sgt ke polis evo ni? x tgk lg
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 06:06 AM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 29-10-2015 08:58 PM
Rasanya hantu rumah sakit jiwa je tapi yang tu tersilap didekatkan..hehe

Ingatkan jiwa + wayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah team polis evo..filem2 berkualiti yang lain macam jwanita,kapsul tenggelam dek kehangatan polis evo
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:32 AM | Show all posts
polis evo akan masuk astro 1st tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:44 AM | Show all posts
dah boleh donlod ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:48 AM | Show all posts
Polis Evo memang best. Nak tengok lagi tapi macam malas pula. Cukupla sekali. Tunggu keluar astro first pula, itu pun kalau keluar lah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075431 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list