CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: af_mania

Noor Hasliah Abu Hassan sentap dgn BABIL??

[Copy link]
Post time 19-11-2015 11:13 AM | Show all posts
saya suka dengan guruan Nabil tetapi adakalanya guruan Nabil agak keterlaluan walau pun tiada kena mengenakan dengan diri saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 12:22 AM | Show all posts
nmpk positif je skang..alhamdulillah dah bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:22 AM | Show all posts
doubleA replied at 18-11-2015 06:15 PM
arwah bapaknya Mohamad Saleh tu memang femes as musician kt singapore, memang hebat.
tokram and b ...

thanks bro...dpt gak info sket2

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 08:24 AM | Show all posts
rasanya takder isu pun.. sajelah reporter ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip si nabil emo malam ni mcm period asyik kenakan jehan??
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zie_indah at 23-12-2015 09:38 AM
danieladam replied at 17-11-2015 10:06 PM
entah  kenapa iols rasa taraf kak yah ni  mcm perempuan simpanan jje pada tok ram...


Uish jgn begitu ...itu yg u rasa x sama dgn apa yg diorg rasa..mana dpt kita dpt selami apa yg diorg rasa kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
orenmango replied at 17-11-2015 09:07 PM
Mana sentapnya? Wartawan cuba provoke tapi kak yah jawab rilek je tu...

Typical reporter... komen ...

Bukan wartawan yg provoke... tt ni yg bodo... tajuk kat metro tulis ambik yg posiitif... si tt ni tulis alyah sentap... nak kasi tred takde isu ni jadi panas... keji giler...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:20 AM | Show all posts


“Kau rasa serius sangat, kenapa?”
Dikutuk kiri dan kanan, bertubi-tubi, Nabil anggap dirinya mangsa keadaan
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN  |  22 Disember 2015 4:05 PM

BENARLAH, jejaring sosial di internet itu sendiri mempunyai daya ‘pukau’ yang sungguh luar biasa. Melihat apa yang dilalui oleh Nabil Ahmad ketika ini, hati kita boleh jadi jatuh kasihan kepada hamba Allah yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan ini.

Mana tidaknya, semenjak dulu sehingga sekarang, dia tidak habis-habis dirundung masalah, berkaitan dengan persepsi dan pandangan serong orang lain. Nabil berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai kesan komunikasi langit terbuka, dikutuk, disindir, dicerca dan dimaki hamun dengan sesuka hatinya di laman sosial.

Terbaharu, apabila gurauannya kepada Datuk Jamal Abdillah ketika final Gegar Vaganza dipertikaikan banyak orang, daripada golongan tua sehingga muda, meletakkan Nabil sebagai pesalah kerana berani ‘mempermain-mainkan’ biduan tersohor itu ketika muncul di kerusi juri acara.

Meskipun Jamal sendiri langsung tidak menyalahkan Nabil, malah meminta supaya peminat tidak ‘menghukum’ pengacara popular itu, lain sekali cara penulis tidak bertauliah di luar sana melayan dia. Melalui laman-laman sosial dapat kita saksikan betapa teruk bapa kepada dua anak ini dikecam ‘pahlawan papan kekunci’.

Pun begitu, lelaki ini tidak pernah tewas, jauh sekali kalah. Saya mengenali dia sebagai seorang ‘adik’ yang sangat hormat orang tua, sangat tekun dalam pekerjaan dan seorang lelaki yang terlalu menyayangi sesiapa juga yang berada dalam tanggungjawabnya. Bagi dirinya, sebagai penghibur, sebagai tukang lawak dan sebagai penyampai, ada prinsip yang kemas dan kukuh dalam diri.

Ditanya tentang satu demi satu cerita ‘karat’ yang dikaitkan dengan dirinya, mudah Nabil menjawab “Dalam hidup ini, lebih baik kita pilih untuk ‘enjoy’ sahaja. Jangan simpan jauh dalam hati, meskipun kala kita mahu marah,” demikian, katanya dalam bahasa paling sabar, merendah diri.

Menurut Nabil, sebagai pengacara dan pelawak, berat tanggungjawab yang dipikul dirinya. Dalam keadaan sekarang dia perlu sentiasa melahirkan satu jenaka yang di luar kotak atau lari dari kebiasaan.

“Justeru, dari segi mental, saya kena kuat, sangat-sangat kuat. Saya tak boleh lemah hanya dengan kutukan orang, sebaliknya tunjukkan yang kita kekal positif setiap masa dan ketika walaupun ada orang mahu menyaksikan kita jatuh,” kata Nabil, panjang lebar kepada Mega dalam perbualan kami pada petang yang rembang.

Mega tanya, Nabil jawab

Ada yang kata Nabil semakin kurang ajar, apakah perkataan itu tepat untuk ditujukan kepada anda?

Kalau saya kurang ajar, Astro sudah lama gantikan saya dengan orang lain. Kerja ini dah bukan jadi rezeki saya lagi. Tetapi, sampai sekarang, rezeki saya masih ada dalam bidang ini dan rezeki itu datang daripada Allah S.W.T yang patut saya syukuri.

Berpandukan kes Jamal Abdillah dan sebelum itu M. Nasir, label itu dikaitkan dengan Nabil, apa yang ingin diperkatakan?

Kurang ajar? Tak tahu apa masalah mereka sambil buat tanggapan demikian sebab saya sendiri tak boleh nak tolong. Sebenarnya, orang yang berpandangan begitu, dia sendiri bermasalah. Dia tak reti bezakan ini rancangan hiburan dengan rancangan yang serius. GV tu program selama dua jam, yang kau nak rasa benda ni serius sangat, kenapa? Mana orang yang kata saya kurang ajar tu? Apakah Datuk Ramli MS yang kata saya kurang ajar? Bukan! Kalau yang kata saya kurang ajar itu ialah budak darjah lima, kenapa hendak dilayan? Macam inilah, kalau tak boleh tonton rancangan yang saya buat, sila tengok rancangan lain. Ada 190 rancangan di Astro, nak tengok rancangan agama, mereka boleh buka Oasis. Kalau orang baik dan soleh, jangan tengok. Kalau tak faham tentang bahasa dunia hiburan, ada banyak channel lain menunggu. Tukar sajalah.

Maknanya, segala apa yang dibualkan Nabil, mesti sudah mendapat kebenaran pihak produksi, begitu?

Orang kena tahu, sebelum sesuatu rancangan langsung, kita akan ada sesi latihan, berhari-hari. Kalau saya ini jenis yang melampau, pasti pihak produksi sudah awal-awal lagi bagi amaran, jangan sentuh sesuatu bab sensitif, tetapi itu tidak berlaku. Saya hanya buat benda yang sudah dipersetujui sama-sama. Itu yang orang lain tak tahu. Skrip, pengarah semuanya ada, ada orang nak tahu ke soal ini?

Apabila dikritik dengan teruk, balik rumah, apa yang Nabil rasa?

Saya cakap jujur, saya tak tipu. Alhamdulillah, Allah bagi saya kuat, Allah bagi saya sabar. Saya tak kisah, entah-entah yang bercakap adalah budak darjah lima yang jauh lebih kurang ajar dengan emak atau ayah dia. Kenapa kita perlu melayan?

Apa yang Nabil simpulkan kepada orang yang selalu tak senang dengan pihak lain? Selalu cari salah pihak lain, seperti dia sendiri maksum?

Mereka adalah sejenis keyboard warrior, tidak ada manfaatnya dan memang kerjanya suka buat fitnah. Saya ambil kata-kata Prof. Dr. Muhayya. Dia ada cakap, orang yang jadi keyboard warrior ini adalah orang yang kurang kasih sayang. Orang jenis ini tiada kawan, tiada perhatian keluarga dan bermasalah dengan diri mereka sendiri, habis semua orang dia hendak serang. Jadi, kenapa kita perlu layan?

Nampak macam tidak senang dengan kehebatan orang lain, kan?

Barangkali ya. Bayangkan, mereka tiada kawan, tidak mendapat perhatian keluarga, bermasalah dengan diri sendiri, habis semua orang dia nak ‘serang’. Saya jadi kesian orang macam ni. Dia hanya kenal saya di TV, tetapi boleh pula buat fitnah terhadap diri saya. Mereka tak ingat ke, dosa itu akan dibawa sampai dah mati?

Melihat komen-komen sebahagiannya ada yang keluarkan ayat seperti: Nabil selepas pergi kerjakan ibadah haji di Mekah, perangai makin bertambah teruk? Bagaimana Nabil menerima persepsi sedemikian?

Allahuakbar! Siapa mereka hendak menilai saya sampai sebegitu sekali? Saya hanya cari makan sahaja, untuk anak-anak dan isteri. Saya tak ganggu orang pun. Tetapi kalau sampai macam itu sekali kata-kata mereka, soalnya ialah, siapakah mereka untuk menilai amal dan kebajikan orang lain? Sebagai manusia, diakui saya ada silap, tetapi saya sendiri tidak mengukur salah silap orang lain. Jangan babitkan segala amal dan kebajikan yang saya buat dalam hal sebegini. Pada zaman millenium ini, sesiapa sahaja boleh bercakap, tentang apa sahaja pasal orang lain, mereka tak perlu fikir jauh pun. Tetapi, kita dapat tengok, orang yang ada kehidupan sendiri, mereka tetap enjoy, tak simpan hal orang lain dalam hati mereka, buat hal sendiri sahaja.

Adakah Nabil baca semua komen-komen berbentuk kutukan itu?

Kak, buat apa saya hendak baca? Saya nak baca pun tidak ada masa sebab sibuk dengan kerja dan urus keluarga. Yang bercakap kosong sebegitu, itu bukan masalah saya lagi dah. Ia tak jadi kudis pun pada diri saya. Mereka itu tidak berakal, bawa-bawalah bertaubat. Mereka ini yang patut dekatkan diri dengan Tuhan. Saya percaya, apabila kita bekerja secara profesional, banyak orang yang akan sokong kita. Banyak orang yang akan suka dan faham akan tanggungjawab yang kita pikul. Tetapi, golongan seperti ini bukan jenis bercakap kepada media dan mereka simpan rasa suka dan respek mereka itu sendiri sahaja. Yang bercakap, yang buat bising tak tentu arah ini hanyalah sebanyak dua peratus sahaja. Inilah kelompok orang yang hendak menyaksikan kita jatuh merudum yang akan sentiasa ada rasa tak puas hati.

Kutukan tepat ke muka

Memahami komunikasi dua hala antara artis dan peminat pada zaman sekarang sangat berbeza, Nabil tahu adalah perlu untuk dia menjadi ‘sejuta’ kali lebih kuat dibandingkan generasi pelawak terdahulu. Artis zaman dahulu barangkali lebih bertuah kerana mereka tidak mudah menerima penghinaan atau kata-kata kutukan yang dihambur tepat ke muka, seperti mana dilalui oleh Nabil dan kawan-kawannya.

“Orang yang hendak jadi penghibur dan dikenali ramai pada zaman sekarang, perlu sejuta kali lebih kuat dibandingkan dengan generasi terdahulu. Bezanya, artis zaman dahulu mereka tidak mudah kena hina.

“Peminat dulu kalau tak suka, akan bercakap dengan diri sendiri atau kawan terdekat sahaja, tetapi sekarang, apabila dia tak suka dia boleh cerita kepada satu dunia. Sebab itu saya kata zaman sekarang ini jadi artis sangat mencabar.

“Keadaan makin buruk apabila ditambah dengan kewujudan blogger tidak bertauliah. Ini lagi haru sebab mereka hendak menjual iklan. Mereka akan cari makan dengan cara menjual fitnah. Kalau apa yang saya cakap ni salah, takkanlah ada berita orang mati sesuka hati mereka sengaja mereka-reka dan disebar meluas?

“Apa jenis manusia sebegini, yang boleh cipta berita orang mati dengan sesuka hati mereka sahaja? Apakah orang sebegini kita hendak layan? Cari makan dengan menjual fitnah, bayangkan apa jenis orang sebegini?” tanya daripada Nabil yang tidak mampu dijawab.

Mahu terus kekal dalam ‘mood’ positif dan tidak menyalahkan sesiapa, Nabil sedar diri akan tanggungjawab utama yang harus dipikul oleh dirinya. Setiap kali menerima tawaran bekerja, tugas dan tanggungjawab utamanya adalah memberi kepuasan kepada ‘majikan’ mengikut garis panduan yang telah diberikan.

“Seperti dalam Gegar Vaganza, majikan saya ialah Astro. Dan saya perlu ikut apa juga yang diarahkan, demi memastikan penonton sentiasa berada bersama-sama dengan kami. Jadi, adalah menjadi tugas kami sebagai pengacara untuk menjayakan rancangan itu dengan sehabis baik, menggunakan kreativiti kami, semaksimum mungkin. Tetapi orang lain tidak tahu akan hal ini.

“Saya akan rasa sangat bersyukur sebab orang bukan hanya bercakap tentang peserta program itu, tetapi mereka bercakap tentang semua yang terlibat. Tentang pengacara, tentang juri, tentang tukang beri sponsor, semua. Jadi ia adalah sebuah rancangan yang mendapat sambutan hebat dan sebagai pengacara kami berjaya sudah,” katanya, penuh makna.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.uLEHqX76.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054293 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list