CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8201|Reply: 126

[Tempatan] NOW dedah lagi, Yapeim belanja RM100,000 ke New York

[Copy link]
Post time 23-11-2015 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-11-2015 08:15 AM

NOW dedah lagi, Yapeim belanja RM100,000 ke New York

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/now-dedah-lagi-yapeim-belanja-rm100000-ke-new-york
OLEH NABIHAH HAMID                                                                        
Published: 23 November 2015 3:36 PM


Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir berkata Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) mengadakan lawatan ke New York dengan kos RM100,000 pada September 2014. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2015.

Selepas pendedahan terbaru skandal Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) di Perancis minggu lalu, Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).        

Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.        

"Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.        

Program di bawah Kelab Santun Amerika 2014 itu didakwa diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS.        

"Apakah keperluan Yapeim bersama dalam lawatan perdana menteri ke New York sedangkan Yapeim adalah agensi berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah jabatan kerajaan.        

"Berapa banyak lawatan ke luar negara melibatkan Yapeim bagi 2013, 2014 dan 2015?" soal Akmal yang turut menggesa pihak terlibat menjawab pendedahan lain pernah dibuat NOW sebelum ini.        

Pada sidang media hari ini, Akmal turut menunjukkan dokumen permohonan perbelanjaan yang diluluskan Timbalan Pengerusi Yapeim Datuk Zaleha Hussin.      

Permohonan itu dibayar kepada Pemangkin sebanyak RM101,720.        

Sehubungan itu, Akmal menuntut Yapeim menjawab persoalan yang dibangkitkan hari ini.        

Akmal juga menggesa struktur pengurusan dan pentadbiran Yapeim dirombak termasuklah mereka dilantik sebagai lembaga pemegang amanah hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah dan dilarang memegang jawatan lain dalam Yapeim.        

"Struktur anak syarikat dan institusi milikan Yapeim perlu disusun semula agar pertindihan peranan dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kos pengurusan," kata Akmal. – 23 November, 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaaa puak2 lahanat ni dh pi niuyok,paghis, ostolia naik bisnes class
Kpd yg dah buat potongan gaji, mohon berbangga
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:17 PM | Show all posts


untuk memantapkan
dan memajukan
ekonomi ummah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:17 PM | Show all posts
hakak senyum sinis jah...klu dana christian dgn yahudi pun gitukah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:18 PM | Show all posts


apalah sangat seratus ribu
bukan satu biliyon pun


kata macai lahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan korang ciput so jangan banyak tanya...

Kata macai dizek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 04:20 PM | Show all posts


germany
australia
new york
paris


bekeperluan tahap
emergensi sangat kah perlu
ke negara negara di atas
atas nama memantapkan
ekonomi ummah

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Main golf tak salah islam pon tak larang...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan duit penyumbang... ni duit pinjaman..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:21 PM | Show all posts
depa ni pi jalan2 obesea tak ajak mzz pun
mungkin sebab mzz tak potong gaji derma kat depa kut
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumbangan korg ciput je nak beli bola golf pon xcukup so tak yah perasan... kata macai dizek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga newyork pulak, kenapa isis xbom je menteri lahanat macam ni, aman sikit dunia nanti. Mohon cacai @rashiman @dizek jilat dubor menteri. Diorang dpt jalan keliling dunia tpi cacai dpt apa? Kencing tikus adalah kahkahkah!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:25 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 23-11-2015 04:21 PM
Sumbangan korg ciput je nak beli bola golf pon xcukup so tak yah perasan... kata macai dizek

ambuiii..marah naaa mommy dgn macai dijek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:26 PM | Show all posts
"business untung berbillion billion, bukan pakai duit derma pun!"

-macai, muntri pasola & CEO Yapeim
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:27 PM | Show all posts
zzola replied at 23-11-2015 04:20 PM
germany
australia
new york

kalau hantar pegi misi kemanusiaan ke afrika, ak tak terasa hati sgt. ni pegi NY? pekejadahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 23-11-2015 04:25 PM
ambuiii..marah naaa mommy dgn macai dijek

Nak marah buat per u..kami ni semekin sumbangan ciput je.... so jangan perasan..amik baliklah duit sumbangan tu.....
Skit pon xde kesan...kalu stop..yapeim duit banyak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 04:28 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 23-11-2015 04:27 PM
Nak marah buat per u..kami ni semekin sumbangan ciput je.... so jangan perasan..amik baliklah duit ...

penat kita merotib...dijek jilat2 bersih dpt sisa 2.6b mommy
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:30 PM | Show all posts
dzek coming in 5... 4... 3...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 23-11-2015 04:28 PM
penat kita merotib...dijek jilat2 bersih dpt sisa 2.6b mommy

Memang betullah skrg ni orang kata peminta sedekah  lagi kaya dari orang makan gaji...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat marhaen layak main batu seremban je..pemimpin kena main golf baru layak.... kata2 macai dizek..

Kang aku tanya hadis mana karang...kata pemimpin layak main golf je..macamlah sorg2 lahir2 terus pegang kayu golf..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.082706 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list