CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3637|Reply: 10

6 Risiko Menanti Lelaki Bila Dapat ‘Awek Cun’!

[Copy link]
Post time 23-11-2015 09:05 PM | Show all posts |Read mode

Setiap lelaki pasti rasa bertuah jika dapat bercinta dengan awek cun. Bahkan, ada di antara lelaki yang berasa bangga dan juga puas bila berjaya berdampingan dengan awek cun.
Bercinta atau mempunyai awek cun ini besar risikonya.Biarpun cantik di pandang mata, namun mereka juga memiliki pelbagai kelebihan dan kekurangannya. Jika anda bercadang untuk memiliki kekasih yang tergolong dalam senarai awek cun, bersiap sedia dengan risiko yang menanti anda, antaranya:
Saat sedang bahagia, mungkin anda akan terlupa betapa jauh berbezanya anda dengan si dia.Apatah lagi, jika anda memiliki wajah yang kurang kacak.Anda pasti akan dibanding-bandingkan dengan lelaki lain yang dianggap lebih sesuai untuk menjadi kekasih pasangan anda. Selain itu, jika si dia bukan setakat awek cun, tetapi juga kedudukannya lebih tinggi, sudah pasti ramai yang berpendapat bahawa anda hanya ingin mengikis duitnya sahaja, sedangkan semua itu tidak benar.
Walaupun anda berasa gembira kerana dapat awek cun, namun perasaan was-was jika suatu hari nanti si dia akan tertarik kepada lelaki lain. Sememangnya mempunyai awek cun boleh membuatkan anda dihantui rasa takut. Macam-macam yang akan bermain di fikiran anda, takut si dia dirampas oleh lelaki lain, takut si dia curang dan sebagainya. Ketakutan tersebut boleh membuatkan anda menjadi lebih posesif serta menimbulkan pergaduhan yang tidak boleh dihindari.
Apa yang hendak dihairan kan, sudah lumrah kehidupan awek cun sememangnya ramai yang menggoda.Ianya sudah menjadi risiko buat anda yang menjadi pasangannya. Situasi inilah yang boleh membakar api cemburu anda yang mana akhirnya anda boleh bergaduh dengan mana-mana lelaki yang cuba menggoda pasangan anda.
Biasanya awek cun ini memang dilahirkan dengan modal yang besar. Ini adalah kerana kebanyakan awek cun gemar melakukan penjagaan diri di salon-salon kecantikan. Sebagai kekasih yang ‘gentleman’ sudah pasti anda perlu menanggung semua itu.
Disebabkan dah dapat awek cun,secara automatik anda akan berusaha untuk memenangi hatinya. Anda tidak sanggup si dia berpaling kepada lelaki lain. Biasanya inilah perkara yang sering menjadi kelemahan lelaki kerana wanita akna menjadi lebih dominan dalam kehidupan cintanya. Jadi, tidak mustahil anda akan menuruti apa sahaja kemahuan ataupun permintaan daripada awek cun anda itu.
Disebabkan terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliki, ramai awek cun yang mempunyai sikap ego yang sangat tinggi.Sebagai awek cun yang sering menjadi buruan atau kegilaan ramai lelaki, si dia mula berfikiran bahawa anda sudah cukup bertuah kerana berjaya memilikinya dan akan membuatkan anda tunduk pada egonya.

http://www.wom.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 02:30 PM | Show all posts
ntah knape fakta ni  buat aku rse bahagia plak...hahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:47 PM | Show all posts
nicuya replied at 25-11-2015 02:30 PM
ntah knape fakta ni  buat aku rse bahagia plak...hahahahahahahahaha

kenapa ko rasa bahagia??
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:51 PM | Show all posts

sbb aku xcun.....hahahahahaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:58 PM | Show all posts
nicuya replied at 25-11-2015 03:51 PM
sbb aku xcun.....hahahahahaha.....

pastu pasangan ko good looking ka?? aku tak faham...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:07 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 25-11-2015 03:58 PM
pastu pasangan ko good looking ka?? aku tak faham...hahaha

aku xde pasangan lg la beb....kehkehkeh...maksud aku fakta tu bg aku harapan "there is a hope"...gtu..ada pencahayaan agung baq ang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 04:20 PM | Show all posts
nicuya replied at 25-11-2015 04:07 PM
aku xde pasangan lg la beb....kehkehkeh...maksud aku fakta tu bg aku harapan "there is a hope"...g ...

ohh..kikiki..
aku pulak msa baca artikle ni rasa mcm tipu je..sbb aku rasa tunang aku x ansome and aku cantek(perasan!)..
Tapi tunang aku takda pun pasaan insecure nih, dia slalu bajet dia ansome jeh! ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:24 PM | Show all posts
tanak-balik replied at 25-11-2015 04:20 PM
ohh..kikiki..
aku pulak msa baca artikle ni rasa mcm tipu je..sbb aku rasa tunang aku x ansome an ...

owh...so kt sini dh ade perbedaan pendapat dr rupa paras yg berbeda...hahahaha
sbb tu ko rse tu tipu....maybe sbb dh tunang kot..die rse selamat kt situ..xpe..lucky you beb..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 04:34 PM | Show all posts
nicuya replied at 25-11-2015 04:24 PM
owh...so kt sini dh ade perbedaan pendapat dr rupa paras yg berbeda...hahahaha
sbb tu ko rse tu t ...

kiki...aku rasa rupa paras dah tak releven dah bg lelaki as long as dia tau dia berkualiti kut..
Pape pun, ko pun good luck yer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:11 PM | Show all posts
sgt beruntungla spe ade pasangan, boleh bandingkan dgn kita, org yg x de psangan die nk bandingkan dgn sape?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 09:53 PM | Show all posts
kalau awek cantik mcm nih....
memang kompom bukan utk aku jadikan bini.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.574883 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list