CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] BAUKSIT:Kisah Debu Merah

[Copy link]
Post time 30-11-2015 09:15 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 28-11-2015 08:09 PM
bidang kuasa sapa?
jbtn alam sekitar?
jpj?

bukan bidang koser sesaper, jike KERABAT punya, mana ada saper yg berani bersora.
Lombong boksit dimiliki oleh kroni kerabat pahang. Skean.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Last2 salahkan pembangkang ....kelakar ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:20 AM | Show all posts
budaktua replied at 29-11-2015 02:27 PM
pengalaman sendiri juga sebenarnya....

lombong boksit tu di Bukit Gohlah, bukan tersebar ke bukit goh, memang di bukit goh pon..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:23 AM | Show all posts
rosmahisham replied at 28-11-2015 09:05 PM
klu kat lpt n lpt2 blh tau keta yg lalu kuantan.hbs keta disaluti debu merah.kita yg lalu sekejap po ...

bukan semua bandar Kuantan, hanya area Bukit Goh dan kawasan yg dilalui lori boksit.
atau kenderaan yg melalui area Bukit Goh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg berkuasa kat pahang sapa?  Debu merah ni bukan benda yg tak boleh nampak. Rakyat dah bising ..do something about it lah ....kang time pilihanraya dgn rakyat ni lah korang menagih undi ..mmg jikakrr betul .. Sang penguasa pi mana? Tidur ka? Inilah penangan bila duit jadi Tuhan buat puak2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 09:34 AM | Show all posts
x pe...baushit di negeri umno...ia selamat dan halal
kecuali lah ia di p.pinang dan selangor, seperti apa yg azalina katakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2015 09:53 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 30-11-2015 09:34 AM
x pe...baushit di negeri umno...ia selamat dan halal
kecuali lah ia di p.pinang dan selangor, sep ...

ye memang betul..sbb berlaku kat negeri jajahan bn, halal dan selamat gitu...kalu berlaku di penang atau selangor, sekejapan saja JAS serbu buat siasatan mcm tak cukup tanah...tv3 suku rtm siap buat liputan berhari2 berminggu....kira untunglah rakyat selangor dan penang ni sbb kerajaan dan media sgt perihatin semua benda ada liputan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 10:00 AM | Show all posts
nour2001 replied at 30-11-2015 09:19 AM
Last2 salahkan pembangkang ....kelakar ...

Kalau dah iq dan eq rendah...tak layak untuk kita layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 11:27 AM | Show all posts
mana tb3 suka karam singh walia
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 11:46 AM | Show all posts
pasemboq replied at 29-11-2015 09:12 PM
patutlah berhala muka hitam persis dibakaq api neraka jah
belum pun mampos tuhan dh tunjuk sis

oh em gee, I pun perasan tu jugak...mcm kena bakar..mata merah berair2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 11:47 AM | Show all posts
tu la org putih kata, 'read between the lines', iq ribu2 x kan x blh faham apa maksudnya bila pembangkang kena cuit,
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 11:53 AM | Show all posts
crossfire replied at 30-11-2015 09:23 AM
bukan semua bandar Kuantan, hanya area Bukit Goh dan kawasan yg dilalui lori boksit.
atau kendera ...

pelabuhan kuantan jgn lupa, bukit goh ada dua, satu rtp, satu felda, yg felda tu setakat bln ogos katanya xde permit melombong pun, peneroka siap dpt surat saman ptg lg, blh pulak mb phg ckp nak tlg settle hal tu, ingat nak tlg stop projek. sedih betul,
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 12:39 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 30-11-2015 11:53 AM
pelabuhan kuantan jgn lupa, bukit goh ada dua, satu rtp, satu felda, yg felda tu setakat bln ogos  ...

kerabat sultan aoklah punye kerje...
hadaplah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde bezanya isu lynas dan isu bauksite ni...dua2 sama mnjahanamkn rakyat, cuma isu lynas lebih cepat spread krn melibatkn company international..dan isu bauksite ni melibatkn company croni2 jer..dan ada sesetengah2 pihak takut nk brtindak lebih2, takut kena sumpah kot..he..he....dua2 perlu diketengahkn..harapkn
akhbar mini dan harakah jer cover isu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 01:12 PM | Show all posts
xpe jer bauksit ni

asal bukan jual tanah/projek cam kat negeri selatan tu

.....kata mereka

pahang tu kaya ngn pelbagai sumber

hmmm tp hadap jer masalah alam

satu persatu dah ditunjukkan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmph. Akak dah lama boikot cuti2 mesia di kuantan. Debu jalan stained up to cherating roads. :
Tenang je akak exit lpt di ganu. Udara bersih. Best.
Kat pintu gerbang kemaman siap ada e signboard cakap lori bauxite not allowed in towns. Sila guna jln alternatif. Sian org kg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 02:17 PM | Show all posts
ape lg nk buat spy bleh stop mnde...depa duk wat dungu, wat pekak, wat buta je nih...geram gler...dh ngadu kt JAS pon xde respon...sedihnye........sat gi abih kebun2 durian org....bukit2 dh x hijau dh...hopefully dato fuziah x give tlg lg lps petition kne tolak arotu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:22 PM | Show all posts

‘Kalau Beta Tahu, Beta Pukul Dia’ – Sultan Pahang

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Sultan Ahmad Shah juga mengakui bahawa kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.

“Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng.

“Mereka (peneroka haram) melakukannya di dalam negeri beta, sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta. Semua tertakluk kepada undang-undang, beta sebagai pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

“Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya menerusi agensi-agensi sedia ada,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas berkenan mencemar duli melawat kawasan Lembah Bertam yang terjejas ekoran banjir kilat pada 5 November lalu di sini hari ini. Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menjawab soalan pemberita mengenai pengeluaran ‘surat kuning’ dari istana yang kononnya membenarkan aktiviti penerokaan tanah di daerah ini untuk tujuan pembangunan dan pertanian, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak tahu menahu mengenainya.

Baginda juga menafikan bahawa pihak istana sewenang-wenangnya mengeluarkan surat berkenaan dan meminta pihak berkuasa tempatan memeriksa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sekiranya ada kontraktor atau syarikat yang mengemukakannya.

“Beta tidak tahu-menahu mengenai perkara ini. Kalau beta tahu, beta pukul dia (orang yang guna surat kuning),” titah baginda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 02:29 PM | Show all posts
di negeri umno, segalanya halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2015 03:37 PM | Show all posts
Isu bauksit: Kesukaran paling seksa!
DIANA SURYA ABD WAHAB
                                                                 6 Disember 2015                                 


                                                            Laluan yang dilalui pengusaha dan pemandu lori dalam aktiviti perlombongan bauksit di Kampung Padang.

                                                                       


                                                                       




                                                                                                                                                                          KUANTAN – Teruja melakukan tugas! Begitulah semangat yang dirasai wartawan Sinar Harian sebelum dibawa Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit untuk turut serta bersama wakil petugas media yang lain mengikuti lawatan meninjau ke laluan aktiviti penggalian bahan mineral bauksit di Kampung Padang, dekat sini.
        Peluang diperoleh sepanjang mengikuti tinjauan yang bertujuan memberi pendedahan lebih jelas berhubung struktur tanah dan kawasan terjejas akibat perlombongan tersebut digunakan sehabis baik.
        Mana tidaknya, sebelum mengikuti sesi tinjauan ini, wartawan Sinar Harian yang terlibat, telah terlebih dahulu bersiap sedia membuat sedikit pencarian maklumat sebagai langkah awal melakarkan gambaran secara bayangan supaya minda tidak kosong sebelum turun ke lokasi tugasan.
        Justeru, acap kali berdepan kesukaran ketika melalui laluan keluar-masuk ke lokasi perlombongan, detik-detik itu dilalui dengan kesabaran paling cekal.
        Sehinggakan, ketika kereta yang dipandu hampir tersasar ke tepi jalan berikutan keadaan jalan licin akibat hujan, tidak sedikit pun menggugah semangat untuk terus maju ke depan.
        Fokus!  itulah titik penumpuan tinggi yang diberikan bagi mendapatkan bahan dan informasi terbaik.
        Malah, maklumat bahawa terdapat sebuah kolam takungan air di laluan tersebut daripada bauksit yang datangnya daripada pelombong berlesen turut tercatat kemas di dalam buku catatan.
Perjalanan sangat mencabar
        Keadaan jalan tanah merah yang layaknya hanya mampu dilalui lori, tetap gagah diredah semata-mata ingin sampai ke target dinyatakan dan kesannya, nah... laluan mencabar mengambil masa 15 minit itu terasa seperti 30 minit!
        Namun, Alhamdulillah... laluan lori balak yang berlopak, berlubang, licin, berbatu dan dipenuhi tanah bauksit akhirnya berjaya ditempuh.
        Sepanjang menempuh pengalaman pemanduan penuh mencabar itu, beberapa faktor sekeliling turut diperhatikan antaranya didapati laluan berkenaan tidak hanya di lalui lori dan lori pelombong, bahkan turut diguna pakai oleh orang awam kerana terdapat penempatan penduduk kampung dengan deretan rumah dibina di sepanjang laluan berhampiran kawasan perlombongan tersebut.
        Sebaik tiba di lokasi, cabaran lain pula terpaksa ditempuh. Kesukaran paling seksa! itulah kata-kata yang sesuai digambarkan. Kasut dipakai tiba-tiba terasa 'meninggi' dek tanah yang menempek pada kasut setelah berjalan ke hulu ke hilir meninjau kawasan.
        Sudahlah tiba-tiba diri terasa 'meninggi', kaki pula lenguh kerana perlu memikul beban tanah yang melekat pada tapak kasut. Ia sangat tidak selesa. Sungguh! Sungguh,  tidak sanggup rasanya berdepan masalah sebegini sepanjang hari.
        Terus terlintas di fikiran, bagaima-nalah kesukaran dan nasib penduduk di kawasan sekitar di sepanjang laluan itu yang terpaksa berdepan masalah leceh sebegini saban hari... bukan sahaja kotor, alam sekitar juga boleh terjejas.
Air sungai terdedah bahaya
        Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit, Fuziah Salleh yang turut serta turun padang berkata, runtuhan tebing kolam tadahan air bauksit mungkin dianggap kecil dan boleh dibaiki tetapi ia tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa tidak berulang.
“Kejadian hujan berlarutan selama empat jam minggu lepas sudah mampu merobohkan benteng kolam tersebut. Jika masa akan datang kita hadapi hujan sehingga seminggu, keadaan itu pasti beri kesan kepada penduduk sekitar.
“Perkara ini akan beri risiko amat besar kepada penduduk Kuantan amnya kerana air yang mengandungi bahan mineral bauksit ini boleh mengalir ke sungai-sungai berdekatan yang merupakan sumber air minuman,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar, di kolam tadahan air bauksit, Kampung Padang, di sini, semalam.
        Dalam pada itu, katanya, kadar raksa (merkuri) di sungai-sungai di Kuantan sudah melebihi kadar dibenarkan.
“Contohnya air Sungai Pinang mengandungi 14 kali ganda raksa, manakala Sungai Riau sebanyak sembilan kali ganda dan Sungai Mabok sebanyak 10 kali ganda raksa daripada jumlah yang dibenarkan bagi air mentah yang kita gunakan untuk sumber minuman.
“Sungai Pinang dan Mabok merupakan air sungai yang mengalir ke Sungai Kuantan kerana kedudukannya di hulu Sungai Kuantan yang mana pusat air yang diambil untuk dirawat di Loji Rawatan Air di Semambu,” katanya sambil memberitahu perkara tersebut adalah satu ancaman serius dan besar kepada warga Kuantan.
“Ancaman raksa seharusnya tidak berlaku di Kuantan dan sebelum ia berlaku, kita perlu bertindak terlebih dahulu.
“Kita tak mahu ia terjadi seperti di Minamata, Jepun di mana limpahan toksik ke dalam sungai telah menjejaskan kesihatan penduduk setempat sehingga mengancam nyawa kehidupan bukan sahaja manusia malah hidupan alam yang lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/isu-bauksit-kesukaran-paling-seksa-1.459116


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.122997 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list