CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5381|Reply: 9

[2016] LANGIT CINTA [FAZURA,KEITH FOO,FARID KAMIL]

[Copy link]
Post time 30-11-2015 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 2-12-2015 07:43 AM

SELEPAS melakar kejayaan menerusi filem adaptasi novel Ombak Rindu, pengarahnya, Osman Ali sekali lagi akan membuka tirai 2016 dengan filem terbaharunya berjudul Langit Cinta.
Filem yang akan mula ditayangkan pada 7 Januari 2016, merupakan filem pertamanya yang diadaptasi ke naskhah novel.
Pengarah Pilot Cafe ini juga memberitahu, inspirasi cerita Langit Cinta diperoleh selepas beberapa lama filem Ombak Rindu ditayangkan.


"Ramai yang meminta untuk saya menyambung filem Ombak Rindu itu untuk siri kedua, namun oleh kerana kita tidak dapat mencipta sambungan cerita kedua cerita itu, maka saya terfikir untuk menghasilkan satu cerita cinta berlainan.


"Justeru itu, saya tidak mahu filem Langit Cinta ini dibayangi oleh Ombak Rindu. Apa yang saya ambil, penontonnya yang sama menonton Ombak Rindu akan menonton pula filem terbaharu saya ini nanti.
"Kita tidak buat filem ini sambungan daripada Ombak Rindu, tetapi kita cuba bawakan perasaan  kepada penonton yang menonton Ombak Rindu akan jatuh cinta dengan watak dalam Langit Cinta dan dibuai oleh emosinya, itu yang saya kekalkan dalam Langit Cinta," katanya pada majlis pelancaran filem berkenaan di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Apabila idea tersebut sudah tersemat di dalam fikiran, Osman tidak membuang masa untuk berkongsi jalan ceritanya dengan pihak Astro ketika itu.
"Cerita dan idea filem ini adalah dari saya sendiri, justeru apabila saya sudah menyiapkan jalan cerita yang ringkas, terus bertemu dengan pihak Astro untuk berbincang.
"Alhamdulillah, pihak Astro ketika itu tertarik dengan jalan ceritanya dan sudi menjadi penerbit untuk filem ini selain mereka sendiri yang banyak memberi sokongan serta motivasi untuk menghasilkan filem ini," katanya.


Berkongsi mengenai jalan cerita filem tersebut, Osman berkata, filem tersebut diinspirasikan oleh sebuah kehidupan yang sebenar daripada watak-watak yang dia kenali.
"Sebenarnya ia adalah kisah bagaimana pertemuan ayah dan ibu saya di sebuah pulau di sebelah Thailand suatu ketika dahulu.
"Di pulau itu, ayah bertemu dengan ibu dan kemudian bermula bibit cinta mereka dan akhirnya berkahwin. Daripada situ saya mendapat satu jalan cerita menarik yang boleh dikembangkan," katanya.
Osman menggarap Langit Cinta dengan mempertaruhkan artis antaranya Keith Foo (Aliff), Nur Fazura (Khadeja), Fauziah Ahmad Daud, Datuk Jalaluddin Hasan, Farid Kamil (Budiman) dan Siti Saleha (Dr Suzana).  




Filem terbitan bersama Astro Shaw dan Alaf 21 ini mengisahkan percintaan antara dua darjat. Aliff Zulkarnain (Keith Foo) yang berasal dari sebuah keluarga berada sanggup melepaskan segala-galanya demi cintanya terhadap seorang gadis desa, Khadeja (Nur Fazura). Namun, cinta suci mereka telah ditentang oleh keluarga Aliff lalu memisahkan ikatan mereka sebagai suami isteri. Khadeja terpaksa berjiwa kental  berdepan dengan pelbagai dugaan hidup meskipun Aliff tiada di sisi. Di saat Khadeja hampir putus harapan pada cinta Aliff, Budiman (Farid Kamil) menawarkan dirinya bagi merawat luka di hati Khadeja.


Berdepan cabaran cuaca
Setiap penggambaran pasti ada cabaran yang perlu ditempuhi sebelum sesebuah filem itu berjaya dihasilkan. Begitu juga bagi produksi ini di mana faktor cuaca adalah cabaran utama pengarahnya.
Menurut Osman, selain berdepan perkara indah di sebuah pulau yang cantik di Pulau Perindu berhampiran Pulau Tuba, Langkawi, mereka juga melalui rintangan angin monsun pada bulan September tahun lalu ketika penggambaran.


"Bulan itu adalah waktu monsun di sebelah Pulau Andaman. Banyak berdepan rintangan seperti ombak besar dan ribut di tengah lautan.
"Ada satu hari ketika mahu memulakan penggambaran di tengah laut, di mana kesemua bot dan peralatan sudah bersedia, cuaca tiba-tiba berubah. Ombak besar mula kelihatan, justeru ada antara artis tidak dapat menahan keadaan itu, lalu terpaksa kami berpatah balik ke daratan.
"Ada juga kita sudah turun ke laut, tiba-tiba Jabatan Laut menyuruh kami naik semula ke darat kerana akan berlaku ribut di tengah laut yang boleh membahayakan keselamatan, jadi sekali lagi kami patah balik.


"Kejadian cuaca yang tidak menentu itu menyebabkan penggambaran yang sepatutnya dijalankan selama 40 hari terpaksa dilanjutkan ke 50 hari," katanya.
Kongsi Osman lagi, filem tersebut terpaksa kehilangan 30 peratus babak yang sepatutnya dilakukan mengikut skrip.
"Kami banyak melakukan pertukaran semasa hasilkan filem kerana banyak menghadapi halangan cuaca. Justeru ada babak yang sepatutnya dilakonkan di laut terpaksa di tukar ke daratan.
"Tetapi 70 peratus apa yang saya bayangkan termasuk rumah dapat kita binanya sendiri dan jayakannya," katanya.


Selain itu, Osman berkata, sebagai pengarah dia memikul tanggungjawab besar di mana perlu memastikan filem itu dihasilkan dengan penuh ketelitian.
"Ia penting kerana demi memastikan Langit Cinta menepati kehendak yang saya inginkan sebelum ini dan kehendak penonton," katanya.


Sinematografi alam
Filem yang menelan belanja sehingga RM1.5 juta ini juga mengetengahkan cinta sesama manusia dan cinta kepada pencipta.
Osman berkata, dalam filem tersebut, seolah-olah ada pencarian dan akhirnya akan ada pertemuan di mana ada kegembiraannya.
"Kemuncak sebuah cinta dalam filem ini, sebenarnya saya letakkan cinta sampai langit. Di mana tema cerita penentu segala cinta adalah kuasa ALLAH. ALLAH menentukan hala tuju cinta watak dalam filem ini.


"Selain itu, istimewanya filem saya kali ini apabila saya gunakan sinematografi alam semula jadi sebagai salah satu watak.
"Di dalam Ombak Rindu dahulu saya tidak berpeluang bermain alam dengan banyak, namun kali ini alam salah satu watak," katanya.
Mengulas pula mengenai pemilihan Fazura sebagai watak Khadeja yang mungkin agak sukar berdialog dialek Kedah berikutan dia bukanlah berasal dari utara tanah air, Osman berkata, Fazura dapat membawakan watak seperti apa yang diinginkan.


"Memang ada beberapa dialognya terpaksa saya betulkan kerana saya sendiri orang kawasan tersebut dan tahu akan dialek di sana.
"Tetapi 70 peratus dialognya dapat dilakukan dengan baik, sedap telinga mendengar tutur katanya dalam menjayakan watak Khadeja itu," katanya.


Adaptasi ke novel
Keistimewaan filem ini yang tidak boleh ditinggalkan adalah ia telah  diadaptasi ke naskhah novel di mana penulis Damya Hanna terpilih menghasilkan novel Langit Cinta. Damya Hanna ketika majlis itu sempat mengucapkan penghargaannya kepada Osman kerana memberinya peluang dan kepercayaan untuk menghasilkan novel daripada filem.
"Sememangnya dunia novel tidak asing buat saya, namun untuk adaptasi dari filem ke novel adalah pengalaman pertama saya dan ia ada cabarannya sendiri.


"Cabarannya apabila saya perlu kembangkan daripada 90 muka surat skrip kepada 500 muka surat novel.
"Justeru, banyak perkara perlu dibincangkan sendiri dengan Osman untuk mengetahui lebih terperinci mengenai cerita dan watak.
"Beberapa kali saya datang berbincang dengan Osman untuk mengetahui setiap hubungan antara watak kerana di dalam filem, ia tidak disebut terperinci, apabila dijadikan novel perkara itu sangat penting," katanya.


Penulis berusia 33 tahun ini mengakui skrip filem itu menyentuh hati sehingga menangis.
"Ketika baca skrip ini memang saya menangis, lagilah ketika menulis novelnya, dibuai perasaan sedih turut saya alami sendiri.
"Alhamdulillah novel mula diterbitkan pihak Alaf 21 Sdn Bhd dan telah pun dipasarkan. Rata-rata pembaca menyukai novel tersebut dan sangat menantikan tayangan filemnya," katanya yang sempat ke lokasi penggambaran untuk mendapatkan gambaran cerita.

-sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 04:50 PM | Show all posts
ingatkan pengarahnya nona tanjung tadi yang bukak benang ni~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 07:52 AM | Show all posts
kalau tayang skrg....dgn kes fazura lagi skrg...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 11:59 AM | Show all posts
Ramai kata cerita ni best.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok..aku bagi 3/5 bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 02:03 AM | Show all posts
Filem yg meruntun jiwa. Skrip, pengarahan, aku puas hati. Sinematografi memang lawa.

Lakonan yang cemerlang dari Fazura. Dia ada harapan untuk menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik lagi. Farid Kamil pula ada peluang menang Pelakon Pembantu lelalki Terbaik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2016 05:16 PM | Show all posts
Rhyno replied at 9-1-2016 02:03 AM
Filem yg meruntun jiwa. Skrip, pengarahan, aku puas hati. Sinematografi memang lawa.

Lakonan yang ...

Akak rs much better than ombak rindu kan nok

Fazura mmg sllu di underrated... Dia sbnrnye good actress..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2016 12:09 AM | Show all posts
Semalam tgk with my mom... Not bad.. Certain scene touching ... 3/5.. Buat i yg x minat genre mcm ni.. Heheh tgk pun sbb my mom la suka kat keith foo .. Adoiyai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2016 01:06 PM | Show all posts
Damya hanna umo 33 ?
dari sekolah menengah lagi dah bace novel dia
mudanyaa

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2016 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingsenyum replied at 14-1-2016 01:06 PM
Damya hanna umo 33 ?
dari sekolah menengah lagi dah bace novel dia
mudanyaa

Agak aaa. Rasanya dia start femes ade la belas2 tahun lepas.

Maksudnya dia la pelopor penulis2 novel bbnu mcm skrg eh? Huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.992777 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list