CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22500|Reply: 109

Kisah Kelakar Seram Kau dan Aku

  [Copy link]
Post time 1-12-2015 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Tujuan dibuka benang ni untuk sama2 kita berkongsi kisah kelakar seram, mistik, sakti yang dialami diri dan kawan-kawan serta forumer semua... Kisah ini adalah kisah benar yang disampaikan dengan cara tersendiri bagi mengelakkan sebarang epilepsi, insomnia, paranoia, penyakit kering gusi, metamorfosis dan sewaktu dengannya.

Kisah 1: Sudin VS Pochong Ikat Tepi

Kisahnya Sudin (bukan nama sebenar) pelajar asrama yang membesar dengan sihatnya sehingga tingkatan 5 merupakan antara gengster top 5 di sekolah. Pelbagai pengalaman pahit ditempuhi dibelasah senior hingga ada sedikit kecacatan kekal di kepalanya. Adapun Sudin bukanlah seorang yang terkenal alim sering berjemaah di surau seperti rakan-rakannya sebaliknya lebih memilih untuk solat di dorm atau tido hingga terlajak dari menunaikan kewajipannya.

Pada satu malam yang hening di kawasan koridor sekolahnya tingkat tiga, duduk Sudin lepak berseorangan memerhati kalau2 ada junior yang masih tak tido lagi kluar dorm tengah2 malam. Sebagai sekolah lama memang sekolahnya terkenal dengan kekerasan selain kerasnya simen dinding. Dalam samar2 tiba terlihat di blok sebelah tingkat dua kelibat seperti bungkusan kain kafan berisi susuk tubuh seakan manusia yang melompat2 di koridor yang tidak dinafikan dari segi istilah tanah melayu adalah pochong. Dengan tidak semena-mena Sudin berteriak, 'Woiiii Pochong!!!!!!!! Tunggguuuuuuuu!!!!!!!' Bergegar Blok akibat jeritan sudin memecah keheningan malam. Terus melompat Sudin turun dari koridor mengejar pochong tersebut dengan kelajuan bawah 12 saat untuk setiap 100 meter yang dilalui.


Setibanya di kawasan legar pochong memang hilang dah... lampu dorm2 lain dibuka, semua pakat keluar tengok apa yang berlaku... Saksi2 kejadian ada yang nampak ikut tingkap pochong melompat-lompat anak menjauhi Sudin... Ada yang nampak hilang camtu je.. Ada gak yang tak nampak langsung... namun kebanyakan yang nampak berdiam diri ketakutan sorok dalam selimut.


Selepas kejadian itu tidak nampak lagi kelibat pochong kat situ... Selang beberapa lama kemudian ada yang bercerita nampak pochong di tengah padang sekolah yang agak terpencil dari kawasan asrama. Kesimpulan yang didapati adalah manusia lagi kejam mengakibatkan kecacatan kekal pada kepala sudin cuma don't try dis at home sebab yang tt faham kita tak boleh terlampu takut dan tak bole juga terlampau berani dengan makhluk2 ni.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Terer sudin dia balik kejar pocong...1st time aku dgr org kejar pocong..selalu pocong yg laju mengejar org...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 04:43 PM | Show all posts
Bru 1 ke... Emmm... Takpe.... Kita tunggu kisah yg lain pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:20 PM | Show all posts
boleh sambung lagi TT seronok lak ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah bru satu cerita dah best
We want more
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 08:20 AM | Show all posts
Act 2: Kak Rose Albuquerque Di Senjakala

Siapa tak kenal Kak Ros (bukan nama sebenar)... Sebut jer Ros maka terbayang di minda pelajar-pelajar sebuah IPT seorang pelajar ayu yang rajin lagi cerdik. Ros tak gemar membuang masa di apartment sewanya dan lebih suka menelaah di library berbanding study di rumah kerana padanya kalau di rumah dengan kawan2 memang tak jadi study sama ada tido atau sembang.

Suatu hari yang ganjil, Ros bercadang untuk stayback lepas kelas sampai malam menghabiskan masa menelaah di library universiti sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Dekat2 maghrib Ros berasa berat kepala tak larat study dah, maka Ros pun jalan kaki balik ke rumah sewanya yang terletak lebih kurang 10 minit jalan kaki.

Setibanya di rumah, kawan-kawan sewanya ada yang duk dalam bilik, ada yang tengah layan tv kat ruang tamu. Ros yang baru balik tak semena2 duduk depan tv tanpa sepatah kata, keluarkan sikat dari beg dan duduk menyikat rambut. Kawan duduk sebelah buat tak tau walaupun agak hairan kenapa lain dari biasa perangai Ros ni...

Makin lama tekanan sikat yang dikenakan di kepalanya semakin meningkat sampai bunyi berkeriuk-keriuk kepala dia. Kawannya mula tak sedap hati... Disapa berkali2 oleh housmetnya tapi Ros buat bodoh dan tiba2 bangun pergi ke dapur yang tak jauh dari ruang tamu. Ros ambil pisau dan mula mengelar tangannya sambil menjerit2. Housmetnya yang memerhati dari tadi cepat2 menahan, rampas pisau campak dan panggil housmet lain untuk membantu. Housmetnya ada sorang tolong tahannya, sorang lagi panggil jiran2 lelaki yang juga dari pelajar2 universiti sama, ustaz universiti tersebut.

Tak lama lepas tu datang ustaz, bukan sorang tapi empat orang.. da macam team of heroes plak... ada yang berjubah bertasbih, ada yang bawa geng sorang, ada yang hanya bersinglet pagoda. Memang proses rawatan makan masa sampai kul 3 pagi sebab yang menghuni tubuh dia memang lain gak dari yang biasa ustaz2 ni hadapi... cakap melayu senyap je pastu bila ustaz ni cakap arab dia gelak sambil cakap arab balik pastu bertutur dalam lima ke tujuh jenis bahasa (Arab, Cina, Indon, Siam, Inggeris, Melayu) sambil maki2 ustaz ni sebab pandang rendah dia. Macam biasa memang ada sesi dialog antara pengubat dan jin katanya mereka ada bos dan datang dari tanah besar, ada yang dari sumatera. Kiranya bukan sekor tapi berekor2 sebab lepas sembuh, Ros akan meracau balik cuba ambil pisau kat dapur.

Panggil parents Ros rupanya memang rupa2nya Ros sanggup ambil apa yang dibawa neneknya sebelum pemergiannya. Even mak bapak dia tak sanggup tapi cucu ni ambil sebab katanya dia akan ikhtiar berubat sebab dia sangat sayang akan neneknya dan nak neneknya pergi dengan tenang.

Kesimpulan yang didapati adalah simptom2 macam ni jika ada cepat2 berubat ambil tindakan sebelum jadi histeria macam banyak kes sekarang berbunuhan sesama keluarga tak tau punca. Secebis pemikiran kreatif dan kritis, bayangkan kalau adala 1000 rakyat malaysia bersaka negatif camni kalau serentak diorang buat onar tak ke ada 1 battalion tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2015 08:59 AM | Show all posts
ni bukan criter benar la ni..bukan u alami sendiri kan.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 09:21 AM | Show all posts
citer betul yang bukan dialami sendiri tapi orang yang i percaya dan rapat alami... nak yang i alami firsthand masih perlukan kekuatan untuk dibuka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 10:23 AM | Show all posts
TT teruskn...tak kisahlah bukn dr penglamn sendiri..akak suka jek cara TT olah ayat dan pengalmn yg menarik... mohon momod timbangrasa sikit sbb TT nih baru post citer... sya suka jek....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:55 AM | Show all posts
ade cite bru lg nnt post ek.. suke je bace..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 11:57 AM | Show all posts
haha bole je sambung cuma betul tak betul tu kalau agak2 tak percaya bole je buat bacaan santai sambil makan snek... memang saje olah camni

Act 3: Kerana Terpaksa Aku Relakan

Jam menunjukkan pukul 8 malam sedangkan Mat (separa nama sebenar) masih lagi di dalam tandas melepaskan hajatnya yang agak besar... Bangunan pejabat di tengah2 kuala lumpur semakin lengang yang tinggal hanya beberapa kerat security guard yang jaga entrance kat tingkat bawah. Mat selalu OT takde masalah apa pun tapi malam ni perutnya meragam teruk.  Selalunya hajat yang kecik dilunaskan di tingkat yang sama pejabat namun kerana hajatnya kali ini besar terpaksa naik ke floor atas yang ada paip getah berbanding tingkatnya yang cuma ada paip tandas built-in. Floor atas adalah floor kosong yang masih belum disewa ruang pejabatnya.

Sedang fokus, tiba2 pintu tandas merangkap pintu emergency yang berat dibuka, kemudian ditutup sebanyak tiga kali. Mat memerhati dari pantulan cahaya dari celah ruang pintu bawah tandas dan ternyata ada susuk tubuh yang masih tidak dapat dikenalpasti. Nak aje mat tanya siapa di luar tapi memandangkan perbuatannya seakan menceroboh floor atas maka mat berdiam diri. Tak dinafikan Mat sedikit cemas namun tidak dilayan perasaan sebaliknya anggap itu hanyalah pak guard yang meronda.

Suasana senyap lepas kali ketiga pintu dibuka tutup membuatkan mat tenang sambil terus meneruskan agendanya. Tiba2 pintu terbuka kembali dan kali ini mat berasa seram sejuk... selang beberapa saat mat dengar suara perempuan yang menyanyi dalam bahasa seolah siam... Nyaring. Berpeluh mat namun keadaan perutnya tak mengizinkan dia memutuskan apa yang sedang diperjuangkan. Dibaca ayat2 di dalam hati kerana lokasi yang dia ada sekarang tak mengizinkan dia azan mahupun bertakbir secara nyata. Pintu tertutup dan suara yang didengarinya masih tak hilang masuk part chorus mungkin.

Tiba2 lampu tandas pun tertutup... memang lampu tandas tu ada sensor yang detect orang lalu baru menyala. Mat melambai2 tangan ke arah sensor lampu sambil duduk di mangkuk tandas berpeluh2 malangnya lampu tak menyala mungkin angle tak kena. Takde pilihan kerana ketakutan yang maksimum Mat capai hp di poket seluarnya yang dekat dengan kakinya, pasang mp3 sekuat mungkin dan mengiau seperti kucing sebagai satu tindakan refleks. Cepat2 dibersihkan apa yang patut dibersihkan walaupun masih terbantut dan mamat meluru keluar. Tak pandang kiri kanan.. tak tunggu lif terus guna tangga kecemasan.

Tanya pada pak guard ada cleaner siam ke kat sini... Pak guard nepal jawab semua da balik. Mungkin kosa katanya masih terhad. Mat keluar bangunan menarik nafas lega bersyukur selamat gak dan baru dapat rasa nikmat bernafas di muka bumi...







Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 03:16 PM | Show all posts
TT teruskn...citer yg jelas dan bahasa yg menarik... kepidap...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:15 AM | Show all posts
TT, tumpang bercerite..haha..

Cite ni aku dah post kat forum sebelah..lame sgt dah...area 4-5 thn lepas. Since aku xpandai bercerite yg sedap2 dbace, aku xnk bukak thread sndiri, wat malu jek..haha. So aku kopipes la ape yg aku tulis dulu ye, nak edit xsempat coz tgh keje ni

Masa : area 1994@1995
Mangsa : aku
Tempat : depan rumah aku - Kampar, Perak
Suspek : rasanya kak pon..

Aku xsure dh pernah post cite ni ke blom, tp ape pn aku tulis jela, tgh semangat lg nk cerita nih..hehe..

Kalu korg ingat lg kisah yg 1stime aku jmpa hantu tu, ni pn lokasi yg sama jugak, kt bawah pokok rambutan dpn umah nenek aku tuh..ceritanya mcm ni, aku ni tiap2 hari mengaji ms tu, sbb aim nk khatam darjah 5. Ngaji kt umah nenek aku je, so, xla jauh mana pn..So, lepas ngaji mlm tuh, aku pn nk balik..mcm biasa, aku buka pintu rumah nenek aku, then jerit 'makkkkk, bukak pintuuu'..hehe..takut punye pasal..yela, ms tu dh brapa kali dh aku jmpe benda tuh..hehe..Pas2 dgr mak aku ckp 'tolakkk'..maknanya, aku kena lari dan tolak la pintu rumah aku tu, sbb kuncinya dh dbuka. mak aku malas nk tgu kt pintu, agaknya ms tu tgh syok layan TV..hehe..Aku pn xkisah sgt, kalu btol aku lari, rasanya xsmpai 15 langkah besar2 dh smpai krumah..mmg dekat sgt2..hehe..

Aku pn jalan la..malas nk lari..smpai bawah pokok rmbutan (btol2 tgh2 antara rumah nenek dan rumah aku), aku dongak ke kanan, tgk bulan..kebetulan mlm tu bulan purnama, mmg bulat..kt tepi rumah kami ni, ada pokok durian, tgi sgt2 la (skrg dh xde, tumbang kena ribut, pastu hempap rumah nenek aku..) dan bulan purnama td, btol2 atas pokok durian tu..smpai nmpk mcm pucuk pokok durian tu tgh dok pgg bulan..cm2 la lebih kurang..dan tetiba, aku ternmpk mcm ada 1 makhluk yg tgh bdiri atas pucuk pokok durian tu, dan btol2 dlm tgh2 bulatan bulan punama tuh. mmg baekkkkkkkkk punye spot dia pilih.

Aku pn tunduk kbwh jap..aku fikir - mcm ada benda atas pokok tuh? So, aku dongak la lg skali..kali ni mmg sah, mmg ada dia atas tuh..yg paling aku tak tahan, tiba2 dia hulur tgn dia kedepan, dan trus terbang ke bawah..korang dpt bayangkn kn? mmg btol2 mcm dia nk cekik aku, dr atas pokok durian tu dh ready hulur tgn dua2 kt depan dan terbang ke arah aku..

Aku pn apa, lg, nk lari la..otak fikir ligat ms tuh..-kalau aku lari kedepan (ke rumah aku), xsempat nih, abis aku nnt, baik lari balik rumah nenek..aku pn patah balik kblkg, dan terajang pintu rumah nenek aku..pas2 lari dan lompat atas tilam..tgn aku dok tutup kedua2 tlinga aku, dan rs mcm xleh nk cabut dh..nenek aku cepat2 dtg, dan baca ayat 1000 Dinar..Alhamdullillah..xsmpai 5minit, aku ok balik..tp nk balik rumah mmg xberani la, tgu abah aku balik keje kol 10.45 nnt ambik le...huhu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 11:16 AM | Show all posts
BlackCarnival replied at 4-12-2015 11:15 AM
TT, tumpang bercerite..haha..

Cite ni aku dah post kat forum sebelah..lame sgt dah...area 4-5 thn ...

best2.. masuk je kat sini anda dialu2kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:27 AM | Show all posts
realmz replied at 4-12-2015 11:16 AM
best2.. masuk je kat sini anda dialu2kan

Hokey TT..mekasey
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2015 12:02 PM | Show all posts
Act 4: Sahabatku Su'ib

Dalam menelusuri kehidupan, manusia mencari... Daripada mencari keperluan asas kehidupan, kasih sayang, sahabat2, hinggalah mencari ketenangan kehidupan dan makna kehidupan itu sendiri... tak kurang juga ramai yang mencari tuhan, cari hantu dan apa-apa yang tak mampu dicapai mata kasar. Ingin diri kisahkan perihal sahabatku Su'ib (bukan nama sebenar) mungkin dengan perkongsian ini dapat membuka apa yang patut terbuka pada pembaca-pembaca.

Su'ib sahabatku bermula dia dari tidak mampu melihat benda-benda halus namun anaknya sering sakit dan mengadu ketakutan akibat penampakan. Sebagai seorang bapa... puas berikthiar kerana pada awalnya tidak mampu su'ib menerima sesuatu yang tiada pada mata kasarnya namun apa yang terjadi pada anak-anaknya sangat membimbangkan maka diikhtiar dengan belajar merasa dan membandingkan apa yang dirasa dengan apa yang dilihat sendiri anak-anaknya. Lama kelamaan kebolehannya terbuka sedikit demi sedikit... Dari dapat merasa, dia dapat menyentuh, menghidu, hingga ke tahap berkomunikasi, menterjemah bahasa alam sebelah...

Pesan sahabatku, proses pembukaan pada alam sebelah bergantung pada keterbukaan manusia itu sendiri.. ayat2 al-quran, kalam2 merupakan tenaga2 kekuasaan bermula dari hati2 mereka untuk mencapai maksud dengan izinNya. Sepertimana bayi melalui proses pengenalan, macam tu juga sahabatku yang nak access alam sebelah bermula...

Ramai kat luar sana sakit yang tak tahu punca dan takut untuk bertanya, menyimpan, sampai kena tekanan jiwa tahap maksimum... Nampak bayang2 pelik, ada yang nampak semua orang macam jin, ada plak yang malam bila nak tido rasa macam ada tekanan berat.. (To be continued... da nak dekat waktu jumaat)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tt sambung lg plis. Dh berapa kali jumaat ni xsmbng2
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 01:07 AM | Show all posts
Hari ni pon jumaat...tolong sambung..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 08:17 AM | Show all posts
Act 5: Jujurlah Padaku


Sebelum aku mulakan kisah aku, lebih elok kalau aku bagitau korang Sudin tu member aku, Ros tu member adik aku, mat tu member aku. Aku harap pembaca ok je dengan cara aku citer. Kalau nak dikisahkan, memang banyak benda paranormal, mistik, dan sakti yang berlaku pada aku dan sekeliling sampai aku tak mampu pilih mana untuk diceritakan.

Aku selalu dengar orang kata, 'Bila ko dah terlibat dengan benda2 macam ni memang tak boleh undur melainkan ko boleh kurang mendedahkan diri dengan buat bodo je.'  Jadi sebagai seorang manusia berjasad yang hidupnya sementara, aku memilih untuk buat bodo sambil menikmati pemandangan alam sebelah. Alam sebelah ni memang suka je kalo dapat body manusia ni.. ada feel... tapi pada aku, diorang sendiri tak dapat kawal tu yang jadi suara garau la... terlampau excited kot... maybe diorang bole perkemaskan lagi skill diorang undercover. Tapi jin2 yang level tinggi selalunya ada pada orang2 level atas yang nak lindungi diri...

Tentang apa yang aku lalui, dari kecil aku terdedah sebab keluarga aku berubat dan berguru tapi tak pernah galakkan aku pun. Tambahan pula, orang keliling aku ramai yang sakit dan berubat dengan macam2 kisah. Secara tak langsung, aku pun belajar serba sedikit dari pengalaman untuk diri sendiri, keluarga dan orang terdekat.

Jadi nak dengar citer korang kene tolong aku pilih genre mistik... family, saka, tarik duit, bunian, perguruan, cari guru, cari bomoh, cari hantu, sakti, kawan2, mimpi, prasejarah, buatan orang atau pape jer... kalo ada genre yang luar coverage pengalaman aku dan orang lain aku cakapla...










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2015 10:42 AM | Show all posts
Act 6: Secebis Kisah Jiwang

Waktu belajar aku pernah menyimpan hati pada seorang gadis, pernah juga aku luahkan secara direct namun cintaku ditolak kerana masih belajar... Pada aku itu tak jadi masalah sebab tujuan aku nak reserve je... Tapi kami masih berkawan macam biasa sehingga satu ketika ni aku dah tak dapat contact dia.

Selepas 6 bulan time kat universiti, tiba2 Sarah (bukan nama sebenar) hubungi aku luahkan masalah dia, katanya dia tergila2kan seorang lelaki da umur 59 beranak empat... da beristeri gak... siap nangis2 kata dia tak nak tapi ada masanya dia tak dapat kawal diri dah..

Aku pun bawa dia ke darul syifa', aku bajet bole jumpa harun din terus tapi rupa2nya anak buah dia yang tolong 'run' tempat tu gak... dalam darul syifa' ada bilik2 dan salah sorang ustaz ni scan dan buang apa yang ada dalam badan dia.. nampak gak dia macam kepanasan tak boleh duduk diam... Cara scan ustaz ni memang macam pengimbas kat airport... Lepas dibaca ayat2 al-quran dan suruh diulang... selepas beberapa percubaan... alhamdulillah okay da kata ustaz tu..

Alhamdulillah Sarah sembuh... mungkin masih dalam initial stage... katanya dia rasa ada dicalit tanpa sedar dan mungkin dalam makanan dah diletakkan sesuatu.. Nasihat aku pada Sarah jangan melayan dan ikut2 lelaki ni lagi... Lelaki ni bos tempat praktikal dia tak silap aku... Aku pun cakap kat dia, 'Dulu aku suka ko kata nak blaja... skang da lupa tujuan ke?'

Aku tolong je sebab family Sarah duduk jauh dan ayah dia selalu outstation. Dan aku kata gak kalau kena lagi memang aku tak dapat nak tolong sebab ko tak jaga diri sendiri. Lepas peristiwa tu, aku teruskan rutin aku dan dia pun sama dan sekali lagi terputus hubungan.  

Dekat2 abis belajar Sarah bagitau aku dia da kawen dengan lelaki tu. Aku terkejut pada masa yang sama aku ketawa... Isteri 1st mamat tu dah diceraikan dan bertambah2 masalah dia... Parents dia mula2 tak restu tapi dia melawan sampai majlis kawen terpaksa ajak jiran2 je... katanya isteri 1st pun anta macam2 sampai dia sakit2 selalu... Cakap gak dia tak bahagia... Aku cuma mampu kata kita yang pilih jalan hidup kita jadi apa yang kita pilih kita kena hadapi... aku kata gak aku bersyukur at least diorang da selamat kawen... Dia nak jumpa aku siap kata bintang kita bersilang dan kita ada chemistry... Aku letak noktah di situ dan teruskan hidup aku.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.132764 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list